Wednesday, February 10, 2021

Rambut

Aku bangun pagi ni dengan rasa gatal teramat pada kulit kepala. Ya, aku ada masalah kelemumur sejak sekolah lagi, genetic condition sama dengan mak aku. tukar macam macam shampoo tak jadi apo. Apa yang aku dapat, rambut rosak sebab tak tahan dengan chemical bermacam-macam shampoo, mostly shampoo untuk kelemumur. Dulu aku ingat sebab resdung. Bila resdung aku dah pulih, kulit kepala aku sama ja gatalnya. Masalahnya sekarang aku dah ada total hair problem. Damaged hair & scalp. Tapi kelemumur aku bukan jenis berkeruping jatuh kat bahu macam salji. Aku punya kelemumur macam habuk lekat kat kulit kepala dan rambut. Dan aku rasa takda la banyak sangat. Aku pernah ja jumpa orang yang kelemumur banyak, kat bahu selalu penuh kelemumur, tapi tak gatal? 


Cari produk untuk rambut ni sama macam cari skincare. Kulit aku okay lagi, tapi rambut aku ni susah betul nak dapat produk yang sesuai. Sampai ke hari ini. Ya aku masih lagi menari shampoo yang sesuai dengan rambut & kulit kepala aku. Ada yang okay mula-mula, lepas 3-5 kali pakai takda kesan. Pakai produk natural? bebas chemical? Aku pernah bertahan 3 bulan dengan shampoo yang pakai bahan semula jadi ni. Orang kata memang take time sbb bahan natural. Aku sabar punya lama makin teruk kelemumur aku. Ya Allah, stress gila. 

Sekarang aku pakai Selsun penutup merah. Tu ja yang boleh buat aku bertahan seminggu. Lepas pakai, rambut aku kering kontang weh, takyah lap pakai tuala kot, kering terus. Lepas pakai berlayer2 conditioner pun kering lagi. Hahhha. Takpa lah yang penting aku tak garu kepala buat beberapa hari ni. Tapi, kalau aku stress automatik kulit kepala aku akan gatal, menambah stress yang sedia ada. mampoih. Sebab tu kadang seminggu aku guna shampoo ni 2 kali. Gugur jangan tanya lah. Dah la aku ni memang rambut nipis. Lepas mandi rambut yang gugur tu macam orang buat kemo. Banyak weh banyak! So basically kalau nk compare dengan dulu, sekarang rambut aku taklah kembang sangat sbb volume pun dah kurang. 

Aku habiskan duit lagi banyak dari skincare untuk rambut tapi rambut aku macam tu jugak. Rutin lah scalp treatment lah. Frust tau tak? Sekarang pkp aku banyak duduk dalam rumah, jarang la nak pakai tudung. Sama jugak gatalnya. Rambut aku jenis kerinting, jadi aku selalu pastikan rambut aku pendek supaya senang aku nak manage & jaga kebersihan. Aku teringin jugak nak rambut panjang tapi kalau benda tu menyeksa aku, buat apa kan? Paling panjang aku boleh pergi paras bahu ja. Tiap kali jumpa kawan2, eh rambut kau ni tak tumbuh-tumbuh ka? Sama ja dari dulu. Mana taknya, tiap sebulan-2 bulan aku trim bagi pendek balik. 

Disebabkan rambut aku rosak, rambut aku sangatlah tak cantik, bila kering serabai. Masa mula study dekat universiti, first time aku duduk dengan orang lain, aku risau gila roomate/housemate aku tak selesa dengan rambut aku ni. Aku selalu letak towel dekat kepala. Tapi bila dah beberapa lama aku  tengok tak ada sapa kisah pun dengan rambut aku, aku berani la buang towel tu. Sampai la semester 2 ke sem 4 aku duduk dengan housemate yang sama. Biasa la bila dah rapat, takda la bertapis-tapis lagi. Sumpah aku rasa nak keluar dari rumah tu. Sumpah aku rasa bersalah sangat. Jadi bila dah masuk sem 5, aku nak keluar dari group rumah, duduk dengan orang lain pula. Aku tak tahan salah sorang tu suka body shaming aku, bukan setakat rambut. Aku emo gila. Tapi apa aku boleh buat, bukan aku tak cari solusi. Rebonding? jujur aku tak kisah langsung buat tapi mak ayah aku tak bagi pula. Takkan aku nak kerintingkan balik tiap kali cuti sem? hahaahah. Anyway thankyou kepada kawan-kawan aku yang selalu cakap rambut aku cantik. aku tau korang tipu sebab taknak aku down. Mana nak kutip sahabat baik macam korang  ni? 

Ok stop flash back. 

Potong rambut! Ni favourite aku. Potong rambut akan bagi immediate relieve stress pada aku. Seolah-olah aku dah potong sikit beban/pressure dalam hati. ewah. Sumpah mood terus okay. Lega sangat. Dah jadi habit pulak tiap sebulan-2 bulan potong/trim rambut ni. Baru kejap tadi potong tapi kalini lain sikit. Aku potong jugak rambut depan kasi pendek. Kinda ada bang tapi dah kering ni dia naik atas woi. hahahhahah lawak gila. Terhibur tengok diri sendiri dalam cermin. Buat hal betul la. hahahahah aku tak habis gelak lagi ni 



2 comments:

  1. tak baik betul your friends yang body shame tu, kalau tolong cari solution takpe jugak 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? hahah but idk if i can blame her. Dia tak berada dekat tempat aku, so dia tak faham the struggles.

      Delete

Hello kind soul, please mind your words :)

 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger