Thursday, February 18, 2021

Unskilled and Unaware of it



Pernah tak hampa berjumpa dengan orang yang rasa diri dia lebih hebat dari orang lain padahal dia bukanlah pakar dalam bidang tersebut?

Ini lah yang dikatakan 'Dunning-Kruger Effect'. Pernah dengar tak? Dunning-Kruger Effect ni adalah satu fenomena psikologi bias kognitif dimana seseorang keliru menilai kemampuan yang dimiliki diri sendiri. Individu yang mengalami Dunning-Kruger Effect akan yakin kemampuan mereka jauh lebih tinggi dari yang sebenarnya. Depa ni tak mampu menilai kecekapan atau ketidakcekapan diri depa sendiri. Bukan sahaja melebih-lebihkan kemahiran diri sendiri, tapi juga tidak sedar kemahiran orang lain yang lebih tinggi berbanding depa.


Apakah ciri-ciri orang mengalami kesan Dunning-Kruger?
- Cenderung melebih-lebihkan tahap keupayaan atau kemahiran mereka sendiri
- Tidak mampu dan gagal mengiktiraf dan melihat keupayaan atau kemahiran orang lain
- Tidak tahu dan gagal mengenal pasti kekurangan dalam keupayaan dalam diri mereka
- Menolak sebarang kritikan walaupun ia bersifat konstruktif
- Cenderung menggunakan kemarahan dan tingkah laku yang agresif untuk menjamin kedudukan mereka

Menurut orang melayu kita, sikap yang macam ni dipanggil 'bodoh sombong'. Zaman moden sekarang kita panggil 'syok sendiri' atau 'palatao'. Kat mana kita nak tengok Dunning-Kruger Effect ni? Sebenarnya kat mana-mana pun ada. Tapi social media adalah platform paling bagus untuk kita tengok kesan ni. Kalau kat seksyen komen tu, dah terang-terang diri tu salah tapi tetap jugak rasa diri sendiri betul. Dalam banyak-banyak netizen kat Faebook paling menyakitkan hati. Keyakinan depa tu pehhh mana aku nak beli habaq mai? Contoh paling popular sekarang, isu vaksin COVID19. Macam-macam teori keluar dari netizen-netizen yang langsung takda background dalam perubatan. Taknak percaya pada yang pakar, percaya cakap orang yang entah sapa-sapa boleh pulak. 


Punca Dunning-Kruger Effect pada pendapat peribadi aku adalah ego. Sanggup tolak fakta sebab nak menangkan kepercayaan sendiri. Hanya sebab logik dimata kita tak semestinya relevan didunia nyata. Kita tak selalunya betul. Pastikan check dulu dengan yang pakar. Jangan disebabkan fakta tak seiring dengan pendapat kita, kita nak pertahankan juga pendirian yang salah tu. Aku pun sedar kadang-kadang aku pun buat palatao jugak. Bila terbukti apa yang aku percaya tu salah, tercyduk. Dah masuk 2021 marilah kita matangkan diri.

No comments:

Post a Comment

Hello kind soul, please mind your words. Gomawo ;

 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger