Monday, April 28, 2014

Obama to Malaysia


Assalamualaikum. Orang bercakap pasal Barack Obama. Aku pun sibuk jugak. Bukan apa. Semalam lah ni. Terbaca statement dia pasal yang Jus Soli eh? Lebih kurang kan? Komen semua menakutkan haha. Kan dah timbul lagi isu perkauman kat situ. Aku tak nak lah cakap panjang-panjang pasal benda ni. Baca kat sini http://www.syazanazura.com/2014/04/president-barack-obama-in-malaysia-2014.html sebab aku totally setuju dengan dia. Kbai. Assalamualaikum. 

#Fishfish

Friday, April 25, 2014

24/4/2014 matriks


Assalamualaikum. Oh hey. Hmm 24 /4/2014. Dah lama aku tunggu tarikh ni. Lama ok tunggu result matriks ni. Sebelum ni, aku ingat matriks ni senang ke nak dpt. Score min 5A dan cukup credit, nah dah sebelah kaki masuk pagar matriks. Cuma taktau kat mana. Aku. Aku org yang nak sangat masuk matriks. Kenapa? Sebab aku tak boleh decide nak jadi apa sampai sekarang. So matriks adalah salah satu tempat selain f6 dimana aku ada masa nak fikir lagi soal "nak ambik kos apa buat degree" something like that yeah. Org akan cakap matriks ni no life, tempat buangan spm leaver atau whatever. Matriks for me is a great backup. Lagipun ramai je straight As student masuk matriks. No hal.

Hmmm,.. pkul 12.15am tak salah aku. Check via website. Jim jam and sunny. Fine. Guna sms. Check f6 dulu sebab taktau check via sms untuk matriks. Ohho bahagia rasanya sbb tak dapat f6. Padahal aku mmg suka f6 cuma family aku bangkang habisan f6 ni -____- Senyum kambing pastu check untuk matriks. Ok boleh pkai sms. Berdebar takut2 tak dpt pulak matriks. Mesej masuk. Adik aku tengok dulu. Dia kata johor. Aku blurr jap. Rampas phone. Anda berjaya blablablabla... KM JOHOR .... *kedipmata ... Biar betul ... Kenapa? apasal? awat? johor? Aku kat penang sekarang tau dak. Biaq betui hantar aku sampai johor nun. YAng palinga aku takmau pulak tu. Ha ha ha. Joke apakah ini? 

Kagome scares me😨 Aome me da miedo

Malam tu sakit hati. Panas hati. Makan hati. Patah seribu hatiku. Aku betul-betul dah plan kot. Paling jauh aku pikir perak. Apa saja motif suruh pilih 3 pilihan matriks kalau satu pun tak kena. Dem. Malam tu betul-betul nak menyumpah saja rasa. Malam? sebenarnya dah pagi tu. Aku pernah cakap kalau dorang bagi yang aku tak pilih, bersedialah untuk high kick, flying kick, low kick, centre kick, side kick bertubi-tubi dari aku.. Tapi impossible untuk aku buat tu saja. Aku perlu murder these people. Bakar pejabat dorang. 

.

Sedih. Marah. kecewa. Maybe sebab aku dah plan. Dan for sure rosak semuanya. Dan maybe sebab johor. Hujung tu. Aku ni dah lah kritikal mabuk darat. No joke punya >< stress. Tapi,.. aku sebenarnya perlu bersyukur. Atleast aku dapat. Ada org tak senasib dengan aku. Baru sekarang aku rasa nak dapat matriks ni susah. Entah lah. Atleast aku tak dak lah rasa rugi melampau-lampau dengan RM6 yang diguna untuk beli no pin matriks. Yang tak dapat? Sedih dia triple. Tapi dont worry la. boleh buat ryuan. For sure ramai yg akan tolak matriks lepas upu keluar. time tu kekosongan bnyak ok. Kepada yang tak dapat tu releks la. 

**

Dann... lately baru terasa errrrrrr.. redha? haha. Begitulah. Mcm mana pun aku kena jugak terima kenyataan. Allah the best planner, right? For sure ada something good behind all this. Thanks kawan-kawan yg support dan give advices, always encourage me and whatsoever. Thanks. Lap u guys :']  Dan tahniah kepada mereka yg dapat dekat dengan rumah. I'm still jealous of you people. Haha. 

For now. Tunggu upu. Moga dipermudahkan. Rabbi ya sir wala toa sir ya karim. Amin. 

Tuesday, April 22, 2014

Kebelakangan ni .. aaahhhh


Assalamualaikum. Ollo. WaaaSapsap? Ok. Penjahanam bahasa. Hmm. Ehem. Err, sementara masih hidup ni. Aku nak mintak maaf lah kat semua. Stranger atau tak, kalau aku ada buat salah, tersalah cakap mungkin, mengguris hati,.. Post benda yang tak bermanfaat dan eventually hampa terbaca.. Mintak maaf. Oke? Oke? Oke? Kadang-kadang bahasa aku ni tak dijaga, hentam keyboard tak pakai otak, pandai-pandai menasihat padahal diri ni bukan perfait pun. Ok sorry kalau terasa or what. Nak ingatkan balik, aku pun manusia. Buat salah is a must. So, aku nak zero-zero dengan hampa semua nah ^^ Sudi dak?

Tumblr. Sapa ada tumblr? Bagi ketiak bernafas lekas. Eleh ni nak suruh orang follow tumblr ka apa ni? Haha tak ahh. Kalau nak follow silakan. Tumblr aku inshaaAllah taklah semerepek blog ni. Aku cintan cintun dengan tumblr sbb aku suka reblog benda yang up semangat hehe. Bukan nak show off. Cuma entah.. ada satu feeling. Dan entah. Aku suka feeling tu. Entah. Entah. Betul-betul ENTAH. Sila abaikan ~



Insta? haha. Jangan salah paham. Aku no way la nak kongsi hikayat hidup kat insta. Insta ni bagi aku katalog. Macam-macam online shop wujud. Tu yang best. Lagi satu giveawaynya senang. Tak lah sekompelikated blog nak kena follow beriban blog sponser. Sebab nanti yang dapat bukan semua. Kan penat ikut syarat yang beriban tu. Ok jgn marah. Sorry. Join menda ni for fun only kan kan ehehehe.

#Sekarang tengah obses dengan cotton handsock wahaha. Kena tunggu masa dan waktu yang sesuai untuk lancarkan serangan shopaholicooo lol maap saya merepek sekali lagi. 

Sunday, April 13, 2014

Langgar budak sekolah


Assalamualaikum. JUMAAT. 10 APRIL 2014. Aku kena hantar adik-adik aku pegi sekolah. Drive kancil. Bukan main banyak kereta parking mcm haram. Tak. Memang parking secara haram. Buat mcm kawasan ni hak milik persendirian depa. Renggggggg.. eh bunyinya pelik. Sorang budak sekolah rendah tunggang basikal laju gila nak mampos dari selekoh kanan which aku nak masuk. 

Kereta yang diparking haram jadah [mintakmaap] menghalang aku nak tengok selekoh kanan tu. Takut-takut ada lagi spesis racer mcm budak tadi. Betul. Ada sekumpulan budak sekolah tengah datang dari selekoh kanan tu. Aku stop beberapa meter dari selekoh tu. Kang budak-budak tu bawak laju tak sempat pulak brek. Dan YA. Sorng budak lelaki mendahului kumpulan tu. Bawak basikal mcm kena ligan harimau. Perghh dia drift masa pusing selekoh. Laju sangat. Aku tak boleh ketepi sikit. kiri kanan kereta parking. Jalan tu muat satu kereta. Mula aku nak menyumpah. Astagfirullahalazim .. Nak reverse, tak sempat dah. Budak tu nampak aku. Riak muka jelas terkejut. Tekan brek. 

BANGGGGG! Hamek kau betul-betul depan belah aku budak tu cium cermin. Dah lah kereta tu lama tak basuh. Berhabuk. Allah saja yang tau perasaan aku time tu. Panik? Hmm taklah sangat sebab bukan aku yang langgar dia. Dia langgar aku. So chances untuk mati err mcm taklah kot. Ibarat bawak basikal langgar dinding. Serius ni first time. Aku taktau nak buat apa. Selalu dalam tv driver akan keluar kereta tanya cedera tidok. Budak tu dah berdiri balik betul-betul sebelah pintu aku. Takkan nak bukak. So turunkan tingkap. "Okey tak?" haha aku taktau nak cakap apa ni. Patut aku tanya ada luka kat mana-mana, boleh jalan tak NAsihat jgn bawak laju blablabla. Dengan sekumpulan budak jadi saksi kat belakang dia. Aku tanya tu ja. "okey tak". Dia pun cakap la ok. Takpa. ok. Lepas tu naikkan tingkap terus blah. 

Balik rumah. Aku rasa bersalah walaupun secara teknikalnya aku tak langgar dia. Dia yang langgar aku. Tak bolehlah nak saman aku. Saman pemilik kereta parking mcm asdfgjkl. Kalau ya, aku nak join saman jugak. Kurang ajar kurang sivik punya orang. Harapnya adik tu tak lah injured. Kalau ya, aku betul-betul bersalah dan perlu belanja dia choki choki. Btw, aku tak tengok lagi kereta. Entah calar ke hapa. Errkk. Takut jugak. Tapi malas betul nak turun bawah g check.

Alhamdulillah. Semua ok :3

  playerauditore:

Source: x

Tuesday, April 8, 2014

What people think


Assalamualaikum. Time to update new post yay. lol. Ok nampak situasi kat atas? Well, actually tu la aku setiap kali keluar rumah. eh? ok taklah sentiasa mcm tu. Boleh jugak jadi alasan kenapa aku ni indoor sangat. 

Tapi kan betul sangat gambar kat atas ni. Lagi-lagi bila semua mcm pandang kat aku. aduhh. Bagai satu dunia tengah kutuk aku. Kalau aku ni lawa boleh la dongak kepala dah kompomnya dunia tengah memuji kecantikkan aku. ceitt. Alhamdulillah aku tak lawa. Takde lah perasaan mcm tu. 

Well, bila kawan aku pulak story kat aku pasal situasi dia yang mcm kat atas... "wei mesti depa rasa mcm.." "malunyaa mesti depa pikiaq yang aku ni ... ", "blablablablabla" ....

Aku pulak mcm,... "well, tak pernah terpikiaq mcm tu pun.", "weh depa tak kesah pun la", "mana ada la weh, depa sembang pasai benda lain", "blablabla" ...... Sejujurnya sapa pun tak kisah ok. 

hmmm, so konklusinya, ignore pandangan orang. Buang masa dorang fikir pasal kita ni. haha aku ni ha. Kalau tak buat salah. Tak buat benda2 tak senonoh, no problem ley. Kalau dorang pandang semacam. Satu bende je kena pikir. "eh eh semua pandang. Comel sangatkah aku hari ni?"  

Friday, April 4, 2014

Chemical reaction nice effect

Assalamualaikum. Pehal dengan tajuk tu semacam je. Ehemm. Nampak tak sekarang selalu pulak aku hupdate. Terserlah pengangguran di situ. Ok apa-apalah. Whether you are science student or not. Entry ni cuma nak membuktikan keawesomeness ciptaan Allah. Very cool one.











Nampak semakin lama semakin octopus jadinya. Yang no 10 paling tak boleh blah. hahahahahahahahah adoi adoi

Paranormal Cativity

Assalamualaikum. uhuk, paranormal satu benda yang pelik tapi benar. Lumrah manusia akan takut. Semalam aku tengok ghost hunter. Bukan yg movie eh. Dia ala-ala seeker tapi lebih kepada nak menghalau hantu untuk keamanan org. ceh. So omputih yang buat ni. Mcm2 gadget la dorang guna tp camera yg paling penting. Kalau tak, tak boleh masuk tv kan. So ni antara contoh paranormal activity. Eh, paranormal cativity.





















mueheheheheheheheheheheheheeheheheheheheheheeheheheheheheheheheehehehehehehhe

Wednesday, April 2, 2014

Me and Novel Novelloss


.

Assalamualaikum. Alright. Novel melayu. Novel cintan. Sinonim sangatlah dengan fomfuan kan. Nak nak lagi yang muda mudi. Tak tahulah kalau opah awok baca novel cintan cintun. Interesting tu. Aku naturally pemalas A+ bab baca buku ni. Lagi lagi yang tebal-tebal berat bak kamus dewan. However ada la dua novel cintun aku beli.

Dalam rekod sekolah, hobi aku membaca. Penipuan normal rakyat pelajar. Bab membaca ni, buku teks sejarah rajinlah aku baca. Dah habis sekolah aku cari novel balik. Memupuk semangat membaca kononnya. Novel pertama yang aku jatuh cinta tajuknya Ya Maulana by Hana Illhami. Serius time nak beli ni, macam ada something yang menarik aku untuk tengok belek pegang buku tu. Belek2 buku lain. Last-last balik semula kat buku ni. Padahal novel ni nampak mcm tak menarik. Boring.

 

Benarlah pepatah "don't judge a book by its cover". Aku sayang gila kat buku ni. Tak bagi adik aku pinjamkan kat sesapa pun. Orang lain komen novel ni biasa-biasa saja. Aku? Aku suka gila kat novel ni. Yang sebelah tu Fiksyen 302. Cerita psycho bunuh bunuh dan siasatan. Memang taste aku. Malangnya tak jumpa dah novel penyiasatan dan bunuh2 macam ni. Kecuali Impiana. Tu favaret aku. Takleh kacau. 

Lepas tu adik aku makin rancak beli novel manakala aku cuba bertukar kepada novel english. muehehe. Novel english *jengket kening bertubi-tubi ^^ Memang best novel orang putih tapi malangnya ada lah part-part tak senonoh diinsert. Haizz bagi down spirit nak reading. Setelah tu, aku tak membaca lama jugak. Sampailah baru-baru ni adik aku beli buku yang aku memang nak beli hehehh tapi sayang duit punya pasal tak beli-beli. 

Jenjenjeng. Pabila Romeo Vs Juliet. Aku tertarik dengan novel ni sebab 1. Penulis E-man Sufi :D Drama "bukan aku tak cinta" adaptasi novel dia shokingly jadi drama melayu faveret aku. Drama melayu selalu aku tak layan. cehh. And again shockingly cerita dia ada berkisar pasal gangster. Dalam hidup aku pantang tengok cerita melayu gengster. Benci betul. Tapi yang ni tak sebab hero dia taubat. 2. Sebab tajuknya. Hehehe ROMEO Mengingatkan aku pada insan tu dan julietnya syam hahahahahahhahaha XD 

Baru setengah buku. Abang manja memang takleh blah XD huhuhu. Aku tertarik dengan penulisan E-man Sufi mulanya daripada drama "bukan kerana aku tak cinta". Lain deripada yang lain. Dan aku suka kelainan :)
Blablablablablaaa.. bila aku nak stop type kan.. duhh..

Bye ^^

Tuesday, April 1, 2014

confusion to the max


Assalamualaikum. Hmmm.... Keliru. Sangat annoying. Sangat sangat annoying! -___- Oh man. Seriously aku rasa macam aku sorang saja budak habis spm yang belum submit upu. 7 april  ni nak close dah. Sekarang dah berapa haribulan? 1 April dah! Dan aku still tak decide nak pilih apa sebab asyik terjatuh cinta. Apa? apa? Jatuh cinta dengan asasi ye. Yep aku pilih asasi sahaja. Mula-mula tersuka uia, pastu pasum (tak pandang dah), pastu palam, yang terbaru ASPer. Oh btw, Hai April :D Go die 'april fool'. Sorry, where were we? Hah, dahlah aku ni no cita-cita punya orang. Samar-samar semuanya. 

you wrecked me

Kepala ni rasa berat. Rasa macam nak keluarkan otak supaya ringan sikit -_________- Dulu stres pegi playground main gelongsor, buaian blablabla. Sekarang aku taknak ambik risiko rosakkan harta benda awam. 

Susah-susah aku masuk matriks. Tapi kalau dapat yang jauh aku nak double slap orang tu in the face laju-laju. Apapun aku berserah je. 
 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger