Assalamualaikum. Alhamdulillah, aku selamat sampai ke hometown yang aku cintai walaupun udara tidak sihat menyapa jantung aku dan habuk debu buat aku bersin pagi-pagi. Dah lali. Itu satu benda yang sure sure difahami oleh mereka yang duk dekat kawasan kilang macam kes aku, Perai. Ada satu masa kat palam aku rindu tempat ni sampai hampir terbuat lagu. Aku sure hampa semua tak mau dengaq pasai lagu tu bunyi pun takdak. Okay cut the crap.
Right. My parents share the same obsession that is perfumes. Bila anniversary depa, my father bought my mom a perfume which i don't really remember what brand it is. But i always know my father. Beliau selalu beli yang latest, branded and mahai. Very sweet couple they are. Sejak parents aku tau kewujudan kedai rejected perfume kat tesco yg boleh dipercayai dan pastu kedai tu pindah entah ke mana, depa suruh la aku cari kat internet. Secara logiknya, buat apa beli hat ori kalau ada rejected punya yang mana minor or major defect kat botoi ja walhal isi dlm sama ja mcm yang ori. So, aku pun preorder la rejected perfume kat parents aku secara online. Menelusuri kemajuan teknologi serta trend terkini manusia, aku pun tak lepas beronline shopping kat laman sosial yang namanya instagram. Aku create akaun insta semata-mata nak online shopping. Dan baru2 ni aku buat kat mak aku. Omg menyesal.
Memendekkan cerita, aku kena tipu hidup-hidup dimana perfume yang aku beli online tu palsu. Ofcourse rejected perfume, where botoi ja yang rosak. Isi still sama mcm ori. So aku sharekan sikit info macam mana nak detect perfume tu ori atau palsu.
1. Rejected Perfume selalu unbox. Kalau dia bagi kotak tu mengarut la tu. Logiknya kilang nak buat kotak buat apa kalau perfume tu direject
2. Bau dia tak last long. Ni depa yang selalu peminat perfume ja tau. Aku memang tak la.
3. Goncang perfume pastu tengok buih dia. Kira berapa lama buih ambil masa menghilang, Kalau yang original, buih tu akan naik atas slow2 tak salah.
4. Ambil kertas A4/ kertas kosong yang belum dinodai. Spray perfume atas kertas tu dan biar beberapa minit. Kalau ada tompok minyak maknanya ori la tu. Yang palsu akan cepat meruap sebab contentnya air
*3&4 berdasarkan tip daripada seorang penjual rejected perfume.
Yang lebih datang dari Allah. Yang kurang datang dari diri aku sendiri.
Wednesday, December 24, 2014
Tuesday, December 2, 2014
New Sem New Spirit New shoes
Assalamualaikum. Hai. Beberapa minit lagi nak 12 tengahari. Aku ni ponteng kelas kah? Jangan buat pasai sem 2 ni. Hang nak lingkup ka apa? Haha dak aih. Disebabkan sem baru mula, ini membawa erti :
1. Xdak lab
2. Xdak tutor class except for bio sbb tukar lecturer
3. Kelas malam
4. Hari2 kena pacak bendera kat tangga batu cave
5. Masak nasi sendiri?
6. New writing (hahha)
Merujuk kepada nombor 3. Lecture malam berlaku hanya sekali dalam satu minggu unless ada yang gatai2 nk tambah. Dan hari itu adalah isnin yakni semalam. Yep semalam firat time jalan kat fakulti malam-malam. Boleh tahan ramai la jgak yang kena kelas malam ni. So sunyi? menakutkan? Taklah sangat.
Merujuk kepada nombor 4, ya azam sem 2. Nak kurangkan naik bas dan bnyakkan naik tangga. For my own good. Although tiap kali nak sampai puncaknya, graviti semakin gedik menarik aku membuatkan aku terasa condong ke belakang dan terpaksa menggagahkan diri untuk melawan daya graviti yang aku rasa depa yang muatan berat saja yang paham. Bercakap secara sains, bukan salah graviti. Graviti tetap 9.8m/s^2. Yang patut dipersalahkan adalah lemak berkrim yang mencintai jasad yang kurang exercise. Or else..
Nombor 5? Ya roomate aku bwk periuk nasi. Sapa balik awai kena masak. Ni salah sebenarnya.
New writing. Dahsyat tulisan aku. Malu kat orang sebelah. Cuma berharap depa paham -ni tulisan orang baru habih cuti sem dua bulan-
Hari pertama sem 2 dah torture aku dengan tangga. Bukan tangga maut batu caves tu. But tangga FSK6. Tingkat 10 kot. Lif? Berderet org beratur mcm nak beli tiket like seriously panjang. Dah sampai atas, boleh pulak lecturer tu switch dgn other lecturer. So kami kena p FF2 pulak. Arghh. Tingkat 10. Hebat hebat
Omg like exact now, satu badan aku sengal-sengal dek tangga punya pasai. sabaq ja la. New shoes? i did mention kat title tu, mmg new. saja habaq. Saja aku pilih design sesimple mungkin so that tak nampak new sngat <--- aku rasa merepek cara aku berfikir. Org still notice that shoes is new. the end
1. Xdak lab
2. Xdak tutor class except for bio sbb tukar lecturer
3. Kelas malam
4. Hari2 kena pacak bendera kat tangga batu cave
5. Masak nasi sendiri?
6. New writing (hahha)
Merujuk kepada nombor 3. Lecture malam berlaku hanya sekali dalam satu minggu unless ada yang gatai2 nk tambah. Dan hari itu adalah isnin yakni semalam. Yep semalam firat time jalan kat fakulti malam-malam. Boleh tahan ramai la jgak yang kena kelas malam ni. So sunyi? menakutkan? Taklah sangat.
Merujuk kepada nombor 4, ya azam sem 2. Nak kurangkan naik bas dan bnyakkan naik tangga. For my own good. Although tiap kali nak sampai puncaknya, graviti semakin gedik menarik aku membuatkan aku terasa condong ke belakang dan terpaksa menggagahkan diri untuk melawan daya graviti yang aku rasa depa yang muatan berat saja yang paham. Bercakap secara sains, bukan salah graviti. Graviti tetap 9.8m/s^2. Yang patut dipersalahkan adalah lemak berkrim yang mencintai jasad yang kurang exercise. Or else..
Nombor 5? Ya roomate aku bwk periuk nasi. Sapa balik awai kena masak. Ni salah sebenarnya.
New writing. Dahsyat tulisan aku. Malu kat orang sebelah. Cuma berharap depa paham -ni tulisan orang baru habih cuti sem dua bulan-
Hari pertama sem 2 dah torture aku dengan tangga. Bukan tangga maut batu caves tu. But tangga FSK6. Tingkat 10 kot. Lif? Berderet org beratur mcm nak beli tiket like seriously panjang. Dah sampai atas, boleh pulak lecturer tu switch dgn other lecturer. So kami kena p FF2 pulak. Arghh. Tingkat 10. Hebat hebat
Omg like exact now, satu badan aku sengal-sengal dek tangga punya pasai. sabaq ja la. New shoes? i did mention kat title tu, mmg new. saja habaq. Saja aku pilih design sesimple mungkin so that tak nampak new sngat <--- aku rasa merepek cara aku berfikir. Org still notice that shoes is new. the end
Tuesday, November 25, 2014
Semester break almost end *tarik rambut
Assalamualaikum. Hai. Lambai satu kali. Lama noh tak mengetaip. Nasib baik font tak berubah. But certainly tulisan aku 90% akan mutate tatkala menulis for the first time bila start kelas balik. Sekarang ni seperti yang budak-budak asasi palam sedia maklum, aku la ni still cuti break lagi. Devastatingly, in another few days i'll be back to uitm which for the first time i will sincerely say; uitm di hatiku. Sebab nak bagi sedap hati ja. kih. Sincerely huh
So apa bendaa ja hang buat cuti sepanjang 2 bulan ni? Hmm amatlah penting untuk highlight MUET. Killer cuti budak asasi. Berani punya budak. Ok aku memain ja. The thing is dia tak kill pun semua cuti. Bercakap pasai muet tremendously buat hati aku retak jatuh berkecai seribu serpih tak mungkin bisa dicantum lagi. Aku rasa macam nak repeat paper right away. Nak register for bulan march which bukan keputusan yang bijak actually. For July in shaa allah. But first and foremost adalah wajib bagi aku tetap berdoa akan kejayaan first muet aku tu. Doakan aku tau.
tengah buat practice listening lel
Secara keseluruhan i don't do much this holiday. Or maybe nothing at all? Besides sleeping (major activity), aku tengok tv, makan like every 2 hour, no exercise at all, no studying at all (like ofcourse), reading novels and driving (which every weekday working as driver to school). I must say i have some improvements in driving (yay) and parking? well at least a bit better. Not to forget, i wasted a lot of money on novels. *horrorface* who the fish are you? Haha. Somehow aku beli beberapa buku fixi (yang dah jd viral kemain) dan aku rekemen hampa beli 'MURTAD'. Yep buku lama tapi tu ja buku yang menculik hati aku. Yang lain? so-so. Aku boleh tahan suka fiksyen. Fiksyen kat sini bukan sains mahupun kisah pari-pari ok. Fiksyen didefinisikan sebagai rekaan. Even novel cintan cintun hampa baca tu pun fiksyen ok. Just that aku suka yang thrill. Bunuh-bunuh, investigation, misteri, psycho, skizo. Semua tu aku makan. Lepas aku baca katarsis, aku dah tak selera nak baca menatang ni semua dah. Bukan salah novel tu. Mungkin jugak aku dah bosan sebab ya aku memang cepat bosan dengan satu benda.
Tadi mak aku suruh p carrefour (betui ka dak ejaan) suruh masuk Hasani beli Quran Tafsir kat adik aku yang akan masuk hutan. kehkeh. Kem cuti sekolah. Memandangkan Quran Tafsir yang ada aku rembat bawak ke puncak alam. Pusing2 Hasani tertarik aku dengan satu buku ni, '30 hari mencari tuhan' -Hilal Asyraf. pegang dulu. Lepaih tu pusing sikit kat lantai ada 'the other side of the coin' -Aiman Azlan feat Ameen Misran. Sebab aku tau aiman azlan aku rembat sekali buku tu. Last sekali time nak p bayaq, tedia nampak 'catatan matluthfi' pulak. Tibai jugak hat tu pun. Nah ni first time aku baca buku motivasi (takdak lah first time. First time beli sendiri ja) dan baca diari orang.
aku taktau pasaipa aku rasa happy semacam
... Aku sebenaqnya tengah sedih, mengenangkan aku kena balik palam dah dua tiga hari lagi. Mengenangkan result sem 1 aku yang sebenaqnya bagi student asasi dalam kategori 'tak memuaskan' sedangkan 2 classmate aku 4.00flat. Duh. Perjuangan perlu diteruskan. Aku in shaa Allah ada peluang untuk baiki result aku. Semoga NQR berjaya dapat 4.00flat untuk sem 2. Amin.
sayonara cuti panjangku. bertemu lagi selepas habis asasi
Monday, August 18, 2014
Week 10
Assalamualaikum. Waaa.. Almost 10 weeks dah aku keluar masuk lecture hall uitm p.alam. How's da feelin dude? Nope. I still wanna go home. Gyahh like anyone care -.- Okay,, serius bosan tengok blog ni. Lapuk dimana-mana. Still takdak masa nak main code sebab hujung minggu aku full dengan tidoq dan tengok drama. Actually, aku ni ibarat katak dibawah tempurung kat sini. Xtau apa yang jadi kat dunia luar. Still,, no one cares.
Makin lama aku kat sini, makin tough rasanya hidup aku. Aku still x dapat follow pace kat sini. Yea. Like a dumb one. Living among geniuses to death. Oh my English. Setakat ni aku asyik post benda yang merepek. InshaaAllah sem break nanti akan aku post benda yang berguna. Mungkin.
\
Thursday, July 31, 2014
Salam Aidilfitri
Assalamualaikum.. Kami mai nak beraya. Eheheheh. Ehem. Ehem. Ehemm. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Haih cepat ja masa berlalu kan? Cepat rasanya Ramadhan berlalu. Cepat rasanya cuti seminggu aku ni berlalu. Sungguh. Haih. Takmau la balik puncak alam. Nak duk rumahh T^T
Aku nak bagitau something ni. Aku.. ada.. test.. after raya ni. Waaa.. kekejaman berlaku disitu. Actually sebelum raya pun ada test. Ni kira sambung episod haritu. Lahai aku tak baca apa pun haih. Tautau dah jumaat. Sabtu balik dah.
Ok cut the crap. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin yea. Walau apapun salah aku kat hangpa, aku mohon maaf sangat2. Bagi yang dah nak balik jauh tu, have a safe journey. Jangan perabih duit raya hahah. Dan kepada yang senasib dengan aku, good luck for your test. Do your best. Semoga kita dapat result yang cemerlang, amin.
Saturday, July 5, 2014
Me and Ramadhan
Assalamualaikum. Alhamdulillah hidup lagi aku untuk berjumpa Ramadhan sekali lagi. Oh sebelum tu,, Ahlan Ya Ramadhan. Selamat berpuasa wahai umat Islam. Let's make this Ramadhan the best. Dan satu pengalaman baru untuk aku berpuasa tanpa keluarga di sisi. Kadang-kadang tu bukak puasa sengsorang. But yeah no problem so far. Alhamdulillah sekarang dah banyak makanan. Apasal cakap macam tu? Sebab awal-awal bulan puasa makanan perghh terhad. Cafe banyak tutup. Bazaar Kat uitm? Jgn terpedaya. Sikit saja lori makanan yang ada. Haha. First time dengar kat sini ada bazaar ramadhan, aku dah terbayang padang kawat nanti penuh, havoc, meriah gila. Hakikatnya.. haih.. bersyukurlah ada bazaar jugak.
Dann.. makin liat aku nak daki tangga kejayaan palam. Melayanglah seringgit naik bas rapid balik kolej kediaman. Tapi! uitm dah sediakan bas free along ramadhan! Cuma beroperasi pukul 5.30pm-6.30pm tak salah aku. Atleast bertimbang rasa jugak warga uitm ni.
Haha busy busy busy hidup aku kat sini. Ni pun baru selesai jawab quiz chemist dan fizik. both online quiz. Yg tak tahannya tadi time buat chemistry quiz. Rush mcm apa lg sbb masa diberi 2 jam saja. Dan loading antara satu soalan ke soalan lain masyaallah.. memerlukan kesabaran level tinggi. Td pun tak sempat aku check jwpn sebab endless loadingnya dan hasilnya dpt 7.1 of 100. Serius duduk sini hang kena kuat. Budak-budak sekeliling pandai super sayyan punya. Every week input melimpah ruah. Laju jangan cakap. Sampai rasa nak muntah. Memang kejap-kejap tu akan rasa fed up. Nak lari masuk form 6. Tapi, janganlah give up. Fight and bear it. That's what i'm doing right now T^T
Okay noted.
-
-
-
Sunday, June 15, 2014
6 more weeks to go..
Assalamualaikum. Lols. Aku online kat Palam ni. Eccey.. Ok. Homesick actually aku ni. sebenarnya nak lari rumah. eh? Lari kolej.. Waaa.. like serious homesick ni. Ok kepada bakal asasi sains uitm palam, sila buat revision sebelum masuk sini. Serious talk. Fast and furious betul lecturer kat sini. Dah la semua budak yang masuk sini genius kaw punya. Petik jari ja dah paham semua. Untuk budak slow macam aku ni .. erkk .. Nak nangis aku tinggal sini. Nak balik! However,.. i need to survive 6 more weeks. Oh man T^T Seminggu pun dah macam sebulan. Ya Allah T__________T Even dua hari cuti rasa macam baru semalam hari jumaat. Esok dah ada kelas pulok ni. Ya Rabbi, cepatlah raya.. Aku nak balik hahahaha.
Minggu orientasi? Dah berlalu lama dah. cehh. Mula2 tu rasa tak best. Tapi bila dah habis mds baru lah rasa-takdak sapa nk guide dah ni- gitu~ Oh mama papa i wanna go home. Come and take me home~~~
Lepas ni nak kena panjat tangga maut tu pulak. opss. tangga kejayaan~ Penat weh. Sungguh! Ingatkan lama tinggal sini terbiasalah dengan tangga tu. Damn. Hari makin hari semakin tinggi tangga tu. Nak kata kurus.. Tak nmpak perubahan pun. makin penat makin sukalah makan ye tak? Oh sebelum tu, hai hamidah?
Ok cukuplah aku melalut. Nak memanjat tangga batu caves. Sayonara. tsk tsk,.. tinggi tau tangga tu T________T
*baru lepas buat kad matrik.
Wednesday, May 28, 2014
Farewell Penang. Farewell L Seung Gi lol
Assalamualaikum. Salam bahagia. Ehem. Dan akhirnya ku pergi jua. Sejujurnya sedih nk pergi dah ni. Maklumlah tak pernah hidup sendiri jauh dari family.
Barang-barang aku 80% dah packed. Kira-kira 8 beg jugak. Gila kan. Bagasi aku kecik je. Malas beli baru. Bagasi tu pun sampai sana punggah then bagi parents bawak balik. Lagi satu beg baju. Lagi satu set baju gantung. MDS nnt pack. Bila pulak nak iron baju kan. Lagi bantal cadar serta selimut. Lagi baldi yg penuh dengan barang toilet. Dan tak lupa jugak stok perut bersama pinggan mug botol etc. Sampai sana orang tengok sure malu beb. Well what do ya expect from somebody who never ever live by herself? Bukan tak boleh beli kat sana nanti. Cuma.. kalau boleh nak evrything complete. Kat sana tak payah terkial2 nk beli barang.
Until aku terbaca satu post kat fb mengatakan nak ke kolej kediaman nanti naik bas. -_______- Kereta not allowed. What the.. pffft sabar je la. Apa yang aku harapkan bila dah duduk kat palam nanti adalah ..
Tangga kejayaan tu menyumbang kepada kejayaan penurunan berat badan. Memandangkan tangga tu yg aku akan lalu almost everyday. Positif ni. Lol padahal panjat tangga sekolah pun tercungap-cungap mcm apa dah.
Haih tak dapat la nak tengok You Are Surrounded. Baru hari ni eps 1 kat astro one. *Muka dalam bantal. Nak harapkan internet kat sana? Bersiputlah nanti bila ada geng yang main dota lulz
Friday, May 16, 2014
What day is today la deyyy
Assalamualaikum. Muahahahaaaa >________< Hari ni hari jumaat yea. Hari ni jugak aku ada test jpj untuk moto. Say whattt?? Ahaha jgn gelok la. Entah berapa lama aku pegang lesen L untuk motor. Almost 1 tahun kot. Kenapa tak buat habis terus? Hmmm i guess sebab hobi aku suka menangguh kut. Alhamdulillah.. *iamthechampionmypren..* Finally aku PASS! Sengihh panjang. Serious talk, kereta lagi senang dari motor. Kat bahagian titi tu ikut nasib ja. Cis, malu pulak cerita kat org. Kereta dah lama lepas. Motor? sebulan kemudian... Hahahaha. Ok tu sebab aku tangguh k.
Eh? Apa yang aku lupa? Oh hari ni Hari guru le. Macam orang lain jugak, dikesempatan ini aku nak ucap Selamat Hari Guru kepada Sumua Cikgu dan inshaaAllah bakal guru *ehehe* xD Especeli kepada guru-guru yang telah mendidik Nur Qistina ni. Terima kasih kerana keep calm and teaching me, my dearest
1. Parents
2. Cikgu2 Tadika & Fardu Ain - Madrasah At-tazibiyah Ad-Diniyah Al-Islamiah Kg Kastam
3. Cikgu2 SK Bagan Jermal
4. Cikgu2 SK Khir Johari
5. Ustazah Kafa SK khir Johari
6. Cikgu2 SK (P) Sultan Ibrahim, JB
7. Cikgu2 SMK (P) Sultan Ibrahim JB
8. Cikgu2 SMK Taman Inderawasih
9. Cikgu2 Tuisyen PERTAMA, KALIBER, HARAPAN, JIREH, SMARTREADER hahah
10. Tak lupa juga kepada Ustaz dan Ustazah Kelas Mengaji
11. Kawan-kawan yang pemurah ilmu
12. Dan lain-lain yang pernah menyumbat ilmu dalam kepala saya
Well, setahu aku tiap-tiap tahun cikgu2 sekolah akan nyanyi lagu guru kan? Lagu tu tiap-tiap tahun aku dengar bosan haha. Aku.. Aku.. Aku teringin nak tengok cikgu2 menyanyi sambil menari mcm video bawah ni .. Baru la semangat keguruan tu menyala lagi membara kan XD Perghhh just imagine.. serious best wahaha
Tuesday, May 13, 2014
Bring it on
Assalamualaikum. Lol kata nak sambung past post lepas habis tengok The Apparition [*boring]. Well, almost 360 darjah hati ini berpusing lepas UPU result keluar. Padahal mulanya aku tak terpikir pun nak ambik asasi [sbb smua choice aku asasi] or whatsoevah yg incik upu nak bagi. Dapat tau palam, mak aku dah act like aku mmg kompom ambik palam. Bagi yg taktau palam ni uitm puncak alam. Dan yes asasi sc. Lol even still at this right moment aku mcm nak-pegi-tak-nak-pegi-tak. Padahal dah accept pun tawaran tu.
But yes entah mana aku campak matrik aku pun tak tau. Sebab tiap kali teringat johor aku oh-no-aku-tak-tahan-pnya. Lagipun sorang makcik aku bakal transfer dari uitm perlis ke palam. So aku kalau nak tumpang balik no hal. Dan sorang lagi sepupu aku pun kat palam jugak tp dia dah nk habis study dah. Haha yang tak tahan, first day tau aku dpt palam .. pufff join group asasi palam 2014/2015 kat fb. Yeaa, tindakan pantas bukan xD
Semakin aku gain info pasal asasi palam ni semakin seram aku rasa. Susah. Even asasi ni dikatakan lebih susah dr matrik. Although jadi anak emas uitm. Oh satu benda aku tak berkenan dgn uitm ni. Pakai bnyak duit if nak banding dgn matrik. Lol tak payah hairan la yg ni.
Hmmm,.. taktau nk ckp apa dah. Feeling ni undescribable kot. Hahaha. Mcm mana la budak malas keluar rumah ni nk survive kat luar nnt hahahh. Homesick wajib la kot.
Wednesday, May 7, 2014
Ehem Pening
Assalamualaikum. Bulan mei sudah. Diri ini masih blur. Blur dengan hala tuju. Yea. As Always la aku. Temuduga IPG dah keluar kan? Perghh,.. di saat ni aku rasa rugi amat. Sepupu aku berjaya masuk senarai interbiew. Cikgu sejarah owh. Jangan main-main. Haha. Terbit kejelesan di situ. Hah. Ni aneh. Aku nak jadi cikgukah? Entah. Tapi, dah aku tak ditakdirkan pergi ukcg ritu. Full stoplah Qistina. Maybe kalau hang p pun tak dpt. Kannnn? Something good you never realize. Orait.
Matrikulasi. Haha. Kosong. Entah. Hati ni rasa kosong. Mungkin sebab Johor? Hahah tak abih lagi. Ok back then aku merungut pasal dpt Matriks Johor,.. is kinda stupd actually. Tak patut sebenarnya. Ceyy. Yea. Tapi yalah Matriks tu pun macam-macam kot. Orientation kena pkai mcm baju sekolah. Penutupan kena pakai baju kurung pucuk pisang plain. oh. kenapa pucuk pisang?
Ok nanti aku sambung entry ni memandangkan aku ada date dgn HBO sekarang. The Apparition. entah betul tidak aku eja ni. Terlepas Premier ritu. Kbye.
Monday, April 28, 2014
Obama to Malaysia
Assalamualaikum. Orang bercakap pasal Barack Obama. Aku pun sibuk jugak. Bukan apa. Semalam lah ni. Terbaca statement dia pasal yang Jus Soli eh? Lebih kurang kan? Komen semua menakutkan haha. Kan dah timbul lagi isu perkauman kat situ. Aku tak nak lah cakap panjang-panjang pasal benda ni. Baca kat sini http://www.syazanazura.com/2014/04/president-barack-obama-in-malaysia-2014.html sebab aku totally setuju dengan dia. Kbai. Assalamualaikum.
#Fishfish
Friday, April 25, 2014
24/4/2014 matriks
Assalamualaikum. Oh hey. Hmm 24 /4/2014. Dah lama aku tunggu tarikh ni. Lama ok tunggu result matriks ni. Sebelum ni, aku ingat matriks ni senang ke nak dpt. Score min 5A dan cukup credit, nah dah sebelah kaki masuk pagar matriks. Cuma taktau kat mana. Aku. Aku org yang nak sangat masuk matriks. Kenapa? Sebab aku tak boleh decide nak jadi apa sampai sekarang. So matriks adalah salah satu tempat selain f6 dimana aku ada masa nak fikir lagi soal "nak ambik kos apa buat degree" something like that yeah. Org akan cakap matriks ni no life, tempat buangan spm leaver atau whatever. Matriks for me is a great backup. Lagipun ramai je straight As student masuk matriks. No hal.
Hmmm,.. pkul 12.15am tak salah aku. Check via website. Jim jam and sunny. Fine. Guna sms. Check f6 dulu sebab taktau check via sms untuk matriks. Ohho bahagia rasanya sbb tak dapat f6. Padahal aku mmg suka f6 cuma family aku bangkang habisan f6 ni -____- Senyum kambing pastu check untuk matriks. Ok boleh pkai sms. Berdebar takut2 tak dpt pulak matriks. Mesej masuk. Adik aku tengok dulu. Dia kata johor. Aku blurr jap. Rampas phone. Anda berjaya blablablabla... KM JOHOR .... *kedipmata ... Biar betul ... Kenapa? apasal? awat? johor? Aku kat penang sekarang tau dak. Biaq betui hantar aku sampai johor nun. YAng palinga aku takmau pulak tu. Ha ha ha. Joke apakah ini?
Malam tu sakit hati. Panas hati. Makan hati. Patah seribu hatiku. Aku betul-betul dah plan kot. Paling jauh aku pikir perak. Apa saja motif suruh pilih 3 pilihan matriks kalau satu pun tak kena. Dem. Malam tu betul-betul nak menyumpah saja rasa. Malam? sebenarnya dah pagi tu. Aku pernah cakap kalau dorang bagi yang aku tak pilih, bersedialah untuk high kick, flying kick, low kick, centre kick, side kick bertubi-tubi dari aku.. Tapi impossible untuk aku buat tu saja. Aku perlu murder these people. Bakar pejabat dorang.
Sedih. Marah. kecewa. Maybe sebab aku dah plan. Dan for sure rosak semuanya. Dan maybe sebab johor. Hujung tu. Aku ni dah lah kritikal mabuk darat. No joke punya >< stress. Tapi,.. aku sebenarnya perlu bersyukur. Atleast aku dapat. Ada org tak senasib dengan aku. Baru sekarang aku rasa nak dapat matriks ni susah. Entah lah. Atleast aku tak dak lah rasa rugi melampau-lampau dengan RM6 yang diguna untuk beli no pin matriks. Yang tak dapat? Sedih dia triple. Tapi dont worry la. boleh buat ryuan. For sure ramai yg akan tolak matriks lepas upu keluar. time tu kekosongan bnyak ok. Kepada yang tak dapat tu releks la.
Dann... lately baru terasa errrrrrr.. redha? haha. Begitulah. Mcm mana pun aku kena jugak terima kenyataan. Allah the best planner, right? For sure ada something good behind all this. Thanks kawan-kawan yg support dan give advices, always encourage me and whatsoever. Thanks. Lap u guys :'] Dan tahniah kepada mereka yg dapat dekat dengan rumah. I'm still jealous of you people. Haha.
For now. Tunggu upu. Moga dipermudahkan. Rabbi ya sir wala toa sir ya karim. Amin.
Tuesday, April 22, 2014
Kebelakangan ni .. aaahhhh
Assalamualaikum. Ollo. WaaaSapsap? Ok. Penjahanam bahasa. Hmm. Ehem. Err, sementara masih hidup ni. Aku nak mintak maaf lah kat semua. Stranger atau tak, kalau aku ada buat salah, tersalah cakap mungkin, mengguris hati,.. Post benda yang tak bermanfaat dan eventually hampa terbaca.. Mintak maaf. Oke? Oke? Oke? Kadang-kadang bahasa aku ni tak dijaga, hentam keyboard tak pakai otak, pandai-pandai menasihat padahal diri ni bukan perfait pun. Ok sorry kalau terasa or what. Nak ingatkan balik, aku pun manusia. Buat salah is a must. So, aku nak zero-zero dengan hampa semua nah ^^ Sudi dak?
Tumblr. Sapa ada tumblr? Bagi ketiak bernafas lekas. Eleh ni nak suruh orang follow tumblr ka apa ni? Haha tak ahh. Kalau nak follow silakan. Tumblr aku inshaaAllah taklah semerepek blog ni. Aku cintan cintun dengan tumblr sbb aku suka reblog benda yang up semangat hehe. Bukan nak show off. Cuma entah.. ada satu feeling. Dan entah. Aku suka feeling tu. Entah. Entah. Betul-betul ENTAH. Sila abaikan ~

Insta? haha. Jangan salah paham. Aku no way la nak kongsi hikayat hidup kat insta. Insta ni bagi aku katalog. Macam-macam online shop wujud. Tu yang best. Lagi satu giveawaynya senang. Tak lah sekompelikated blog nak kena follow beriban blog sponser. Sebab nanti yang dapat bukan semua. Kan penat ikut syarat yang beriban tu. Ok jgn marah. Sorry. Join menda ni for fun only kan kan ehehehe.
#Sekarang tengah obses dengan cotton handsock wahaha. Kena tunggu masa dan waktu yang sesuai untuk lancarkan serangan shopaholicooo lol maap saya merepek sekali lagi.
Sunday, April 13, 2014
Langgar budak sekolah
Assalamualaikum. JUMAAT. 10 APRIL 2014. Aku kena hantar adik-adik aku pegi sekolah. Drive kancil. Bukan main banyak kereta parking mcm haram. Tak. Memang parking secara haram. Buat mcm kawasan ni hak milik persendirian depa. Renggggggg.. eh bunyinya pelik. Sorang budak sekolah rendah tunggang basikal laju gila nak mampos dari selekoh kanan which aku nak masuk.
Kereta yang diparking haram jadah [mintakmaap] menghalang aku nak tengok selekoh kanan tu. Takut-takut ada lagi spesis racer mcm budak tadi. Betul. Ada sekumpulan budak sekolah tengah datang dari selekoh kanan tu. Aku stop beberapa meter dari selekoh tu. Kang budak-budak tu bawak laju tak sempat pulak brek. Dan YA. Sorng budak lelaki mendahului kumpulan tu. Bawak basikal mcm kena ligan harimau. Perghh dia drift masa pusing selekoh. Laju sangat. Aku tak boleh ketepi sikit. kiri kanan kereta parking. Jalan tu muat satu kereta. Mula aku nak menyumpah. Astagfirullahalazim .. Nak reverse, tak sempat dah. Budak tu nampak aku. Riak muka jelas terkejut. Tekan brek.
BANGGGGG! Hamek kau betul-betul depan belah aku budak tu cium cermin. Dah lah kereta tu lama tak basuh. Berhabuk. Allah saja yang tau perasaan aku time tu. Panik? Hmm taklah sangat sebab bukan aku yang langgar dia. Dia langgar aku. So chances untuk mati err mcm taklah kot. Ibarat bawak basikal langgar dinding. Serius ni first time. Aku taktau nak buat apa. Selalu dalam tv driver akan keluar kereta tanya cedera tidok. Budak tu dah berdiri balik betul-betul sebelah pintu aku. Takkan nak bukak. So turunkan tingkap. "Okey tak?" haha aku taktau nak cakap apa ni. Patut aku tanya ada luka kat mana-mana, boleh jalan tak NAsihat jgn bawak laju blablabla. Dengan sekumpulan budak jadi saksi kat belakang dia. Aku tanya tu ja. "okey tak". Dia pun cakap la ok. Takpa. ok. Lepas tu naikkan tingkap terus blah.
Balik rumah. Aku rasa bersalah walaupun secara teknikalnya aku tak langgar dia. Dia yang langgar aku. Tak bolehlah nak saman aku. Saman pemilik kereta parking mcm asdfgjkl. Kalau ya, aku nak join saman jugak. Kurang ajar kurang sivik punya orang. Harapnya adik tu tak lah injured. Kalau ya, aku betul-betul bersalah dan perlu belanja dia choki choki. Btw, aku tak tengok lagi kereta. Entah calar ke hapa. Errkk. Takut jugak. Tapi malas betul nak turun bawah g check.
Alhamdulillah. Semua ok :3
Tuesday, April 8, 2014
What people think
Assalamualaikum. Time to update new post yay. lol. Ok nampak situasi kat atas? Well, actually tu la aku setiap kali keluar rumah. eh? ok taklah sentiasa mcm tu. Boleh jugak jadi alasan kenapa aku ni indoor sangat.
Tapi kan betul sangat gambar kat atas ni. Lagi-lagi bila semua mcm pandang kat aku. aduhh. Bagai satu dunia tengah kutuk aku. Kalau aku ni lawa boleh la dongak kepala dah kompomnya dunia tengah memuji kecantikkan aku. ceitt. Alhamdulillah aku tak lawa. Takde lah perasaan mcm tu.
Well, bila kawan aku pulak story kat aku pasal situasi dia yang mcm kat atas... "wei mesti depa rasa mcm.." "malunyaa mesti depa pikiaq yang aku ni ... ", "blablablablabla" ....
Aku pulak mcm,... "well, tak pernah terpikiaq mcm tu pun.", "weh depa tak kesah pun la", "mana ada la weh, depa sembang pasai benda lain", "blablabla" ...... Sejujurnya sapa pun tak kisah ok.
hmmm, so konklusinya, ignore pandangan orang. Buang masa dorang fikir pasal kita ni. haha aku ni ha. Kalau tak buat salah. Tak buat benda2 tak senonoh, no problem ley. Kalau dorang pandang semacam. Satu bende je kena pikir. "eh eh semua pandang. Comel sangatkah aku hari ni?"
Friday, April 4, 2014
Chemical reaction nice effect
Assalamualaikum. Pehal dengan tajuk tu semacam je. Ehemm. Nampak tak sekarang selalu pulak aku hupdate. Terserlah pengangguran di situ. Ok apa-apalah. Whether you are science student or not. Entry ni cuma nak membuktikan keawesomeness ciptaan Allah. Very cool one.
Nampak semakin lama semakin octopus jadinya. Yang no 10 paling tak boleh blah. hahahahahahahahah adoi adoi
Paranormal Cativity
Assalamualaikum. uhuk, paranormal satu benda yang pelik tapi benar. Lumrah manusia akan takut. Semalam aku tengok ghost hunter. Bukan yg movie eh. Dia ala-ala seeker tapi lebih kepada nak menghalau hantu untuk keamanan org. ceh. So omputih yang buat ni. Mcm2 gadget la dorang guna tp camera yg paling penting. Kalau tak, tak boleh masuk tv kan. So ni antara contoh paranormal activity. Eh, paranormal cativity.
mueheheheheheheheheheheheheeheheheheheheheheeheheheheheheheheheehehehehehehhe
Wednesday, April 2, 2014
Me and Novel Novelloss
Assalamualaikum. Alright. Novel melayu. Novel cintan. Sinonim sangatlah dengan fomfuan kan. Nak nak lagi yang muda mudi. Tak tahulah kalau opah awok baca novel cintan cintun. Interesting tu. Aku naturally pemalas A+ bab baca buku ni. Lagi lagi yang tebal-tebal berat bak kamus dewan. However ada la dua novel cintun aku beli.
Dalam rekod sekolah, hobi aku membaca. Penipuan normal rakyat pelajar. Bab membaca ni, buku teks sejarah rajinlah aku baca. Dah habis sekolah aku cari novel balik. Memupuk semangat membaca kononnya. Novel pertama yang aku jatuh cinta tajuknya Ya Maulana by Hana Illhami. Serius time nak beli ni, macam ada something yang menarik aku untuk tengok belek pegang buku tu. Belek2 buku lain. Last-last balik semula kat buku ni. Padahal novel ni nampak mcm tak menarik. Boring.

Benarlah pepatah "don't judge a book by its cover". Aku sayang gila kat buku ni. Tak bagi adik aku pinjamkan kat sesapa pun. Orang lain komen novel ni biasa-biasa saja. Aku? Aku suka gila kat novel ni. Yang sebelah tu Fiksyen 302. Cerita psycho bunuh bunuh dan siasatan. Memang taste aku. Malangnya tak jumpa dah novel penyiasatan dan bunuh2 macam ni. Kecuali Impiana. Tu favaret aku. Takleh kacau.
Lepas tu adik aku makin rancak beli novel manakala aku cuba bertukar kepada novel english. muehehe. Novel english *jengket kening bertubi-tubi ^^ Memang best novel orang putih tapi malangnya ada lah part-part tak senonoh diinsert. Haizz bagi down spirit nak reading. Setelah tu, aku tak membaca lama jugak. Sampailah baru-baru ni adik aku beli buku yang aku memang nak beli hehehh tapi sayang duit punya pasal tak beli-beli.
Jenjenjeng. Pabila Romeo Vs Juliet. Aku tertarik dengan novel ni sebab 1. Penulis E-man Sufi :D Drama "bukan aku tak cinta" adaptasi novel dia shokingly jadi drama melayu faveret aku. Drama melayu selalu aku tak layan. cehh. And again shockingly cerita dia ada berkisar pasal gangster. Dalam hidup aku pantang tengok cerita melayu gengster. Benci betul. Tapi yang ni tak sebab hero dia taubat. 2. Sebab tajuknya. Hehehe ROMEO Mengingatkan aku pada insan tu dan julietnya syam hahahahahahhahaha XD
Baru setengah buku. Abang manja memang takleh blah XD huhuhu. Aku tertarik dengan penulisan E-man Sufi mulanya daripada drama "bukan kerana aku tak cinta". Lain deripada yang lain. Dan aku suka kelainan :)
Blablablablablaaa.. bila aku nak stop type kan.. duhh..
Bye ^^
Tuesday, April 1, 2014
confusion to the max
Assalamualaikum. Hmmm.... Keliru. Sangat annoying. Sangat sangat annoying! -___- Oh man. Seriously aku rasa macam aku sorang saja budak habis spm yang belum submit upu. 7 april ni nak close dah. Sekarang dah berapa haribulan? 1 April dah! Dan aku still tak decide nak pilih apa sebab asyik terjatuh cinta. Apa? apa? Jatuh cinta dengan asasi ye. Yep aku pilih asasi sahaja. Mula-mula tersuka uia, pastu pasum (tak pandang dah), pastu palam, yang terbaru ASPer. Oh btw, Hai April :D Go die 'april fool'. Sorry, where were we? Hah, dahlah aku ni no cita-cita punya orang. Samar-samar semuanya.
Kepala ni rasa berat. Rasa macam nak keluarkan otak supaya ringan sikit -_________- Dulu stres pegi playground main gelongsor, buaian blablabla. Sekarang aku taknak ambik risiko rosakkan harta benda awam.
Susah-susah aku masuk matriks. Tapi kalau dapat yang jauh aku nak double slap orang tu in the face laju-laju. Apapun aku berserah je.
Saturday, March 29, 2014
Delete dp kau
Assalamualaikum. Ohoi. Eh aku guna perkataan 'kau'? Aku formalkan sekarang. Deletelah dp 'anda'. DP? Apekah? Display Photo ye adik-adik. Laahai yang profile picture kau orang letak kat facebook, tweetah, dan sebagainya. Ohho, aku kurang genius mengenai laman sosial yang lain. So aku tekankan kat fesbuk je.
*berselfie kita ritu kan syam, alifa? muehehh
Ok. Entry ni aku actually tujukan kepada mereka-mereka yang menjaga privasi foto kat laman sosial. Dimana photo yang ada gambar diri sendiri mereka privatekan. Namun dp aka profile picture letak gambar sendiri tp adjust gambar tu supaya cuma apply untuk diri sendiri. Ahh apa aku cakap ni. Ok konklusinya, gambar dp tu bila klik tak dapat bukak dan tak akan jumpa punya kat album mereka. Kononnya gambar tu tak boleh dicurik. Pastu gelak mueheheh selepas sengih selama beberapa saat.
Oh tidak! Ni laman sosial. Private mana pun letak, akan ada cara nak lepas punya. Bulls semua tu. Cuma kita yang tak berapa nak tahu memang tak tahu lah kan. Right clik dp, klik copy image url. Cara paling noob nak curik dp yang tak boleh nak open/save bagai. Cara nak hack? Jujur saya tak pernah khianat orang cenggitu. Niat saja ada. Astagfirullahalazim ..
Bukan apa. Orang sekarang banyak psycho. Tu salah satu sebab aku nak jadik doktor hosp gila. (Tapi tak jadi pun haha). Tiba-tiba kan seseorang tu terkenan dengan tuan punya dp. Tuan punya dp tu pulak lawa-kecik-comel-bergaya-putih-adalesungpipit, mulalah simpan gambar dulu, follow activity then ... yang paling menakutkan buat benda halus khurafat guna gambar tu. Tak mustahil walaupun gambar separuh badan. Almaklumlah seiring dengan kemajuan dunia, tok moh pun maju jugek. Taktaulah kalau guna kelapake teropong hahahh. Ada le cara dia. Orang sekarang pulak tak kira apa dah. Nauzubillah. Mintak dijauhkan.
Ok the better solution is not to upload any photos tambah-tambah hangpa yang comeylotey. Macam aku la. Sebaik saja sedar diri ini comel terus taknak upload gambar sendiri. muehehehhh huahaha. ^^
Thursday, March 20, 2014
20 March and the SPM results
Assalamualaikum. Hari ni 20 March 2014. Yay, akhirnya hari yang super duper scary creepy dah aku lalui. And yes with my friends all over Malaysia. Today is a very important day for we people batch 1996. Hah hantam saja. So yes dah selamat pun slip keputusan SPM tu terbang kat tangan aku. So? ok ke ko? Alhamdulillah is the best word. Tak kata aku dapat result yang gila badak gempakbestdaboom. Ok dasat bunyinya. Maksud aku, result aku taklah teruk dan taklah bagus sangat sangat. The best for me i believe.
Punyalah aku sungguh-sungguh gelisah pada jam-jam sebelum bertolak ke sekolah, cewahh. Makan tak lalu, mandi sure basah la, tidur ok memang aku tak boleh tidur semalaman. Takut sangat kalau dapat result teruk. No more future. Bersedia terjun pokok tauge. Then buat catatan, gagal cubaan membunuh diri. End up struggling for STPM pulak. Haha. Begitulah sedikit sebanyak yang bermain dalam otak aku. Entah hapa-hapalah kepala aku malam tu. Ok sampai sekolah, buang masa kat bilik spbt, pulang buku teks yang dipinjam sebelum exam. Lama teramat sangat, berpeluh-peluh tunggu nak pulang 4 buku saja. Lepas ambik result dan membasahkan ketiak round sekolah, hantar gundik sejati balik rumah. Fyi, gundikku ini sakit. Dia ada masalah kecelaruan identiti. So, berhati-hatilah dengan dia. haha *Oh yay. Setelah beberapa lama tak bawak keta, hari ni drive like a boss. Haha terhincut-hincut bawak lol dgn sit belt klasik yg memerlukan daya tarik dengan penuh lemah lembut -____- seriously.
Sampai rumah, hati berbunga-bunga. Rasa bersyukur sangat. Memanglah tak segempak mereka yang berjaya dapat straight A+. Ohho mereka genius amat. Tapi kan tapi kan, hati ni rasa geli dan happy semacam. Alhamdulillah. Apa saja yang Allah bagi ni adalah yang terbaik untuk aku. Allah sebaik-baik perancang :D So kepada semua spm leaver 2013, be grateful and proud of yourself no matter what result yang anda dapat. Dan congratulations people. We made it. No matter anda bidang apa. Sains? Akaun? Sastera? What more? Tak payah cakap budak-budak sains saja berharga, worth to be proud of. Even if you are sastera student, and got good results, you are awesome.
Apa? jiwa kacau? tak dapat result bagus? shut the crap and proceed your life. This is the best. Dont giveup :)
LALALA. Oh. Broken English? No. Its Manglish, Yes. Its a language. But not official. Problem?
#Jangantanyaresultsaya #Takkanjawabpunkatsini #hihihimuahaha


