Wednesday, May 28, 2014

Farewell Penang. Farewell L Seung Gi lol



Assalamualaikum. Salam bahagia. Ehem. Dan akhirnya ku pergi jua. Sejujurnya sedih nk pergi dah ni. Maklumlah tak pernah hidup sendiri jauh dari family. 

Barang-barang aku 80% dah packed. Kira-kira 8 beg jugak. Gila kan. Bagasi aku kecik je. Malas beli baru. Bagasi tu pun sampai sana punggah then bagi parents bawak balik. Lagi satu beg baju. Lagi satu set baju gantung. MDS nnt pack. Bila pulak nak iron baju kan. Lagi bantal cadar serta selimut. Lagi baldi yg penuh dengan barang toilet. Dan tak lupa jugak stok perut bersama pinggan mug botol etc. Sampai sana orang tengok sure malu beb. Well what do ya expect from somebody who never ever  live by herself? Bukan tak boleh beli kat sana nanti. Cuma.. kalau boleh nak evrything complete. Kat sana tak payah terkial2 nk beli barang.

Until aku terbaca satu post kat fb mengatakan nak ke kolej kediaman nanti naik bas. -_______- Kereta not allowed. What the.. pffft sabar je la. Apa yang aku harapkan bila dah duduk kat palam nanti adalah ..


Tangga kejayaan tu menyumbang kepada kejayaan penurunan berat badan. Memandangkan tangga tu yg aku akan lalu almost everyday. Positif ni. Lol padahal panjat tangga sekolah pun tercungap-cungap mcm apa dah. 


Haih tak dapat la nak tengok You Are Surrounded. Baru hari ni eps 1 kat astro one. *Muka dalam bantal. Nak harapkan internet kat sana? Bersiputlah nanti bila ada geng yang main dota lulz

Friday, May 16, 2014

What day is today la deyyy


Assalamualaikum. Muahahahaaaa  >________<  Hari ni hari jumaat yea. Hari ni jugak aku ada test jpj untuk moto. Say whattt?? Ahaha jgn gelok la. Entah berapa lama aku pegang lesen L untuk motor. Almost 1 tahun kot. Kenapa tak buat habis terus? Hmmm i guess sebab hobi aku suka menangguh kut. Alhamdulillah.. *iamthechampionmypren..* Finally aku PASS! Sengihh panjang. Serious talk, kereta lagi senang dari motor. Kat bahagian titi tu ikut nasib ja. Cis, malu pulak cerita kat org. Kereta dah lama lepas. Motor? sebulan kemudian... Hahahaha. Ok tu sebab aku tangguh k. 

<3

Eh? Apa yang aku lupa? Oh hari ni Hari guru le. Macam orang lain jugak, dikesempatan ini aku nak ucap Selamat Hari Guru kepada Sumua Cikgu dan inshaaAllah bakal guru *ehehe* xD  Especeli kepada guru-guru yang telah mendidik Nur Qistina ni. Terima kasih kerana keep calm and teaching me, my dearest

1. Parents
2. Cikgu2 Tadika & Fardu Ain - Madrasah At-tazibiyah Ad-Diniyah Al-Islamiah Kg Kastam
3. Cikgu2 SK Bagan Jermal
4. Cikgu2 SK Khir Johari
5. Ustazah Kafa SK khir Johari
6. Cikgu2 SK (P) Sultan Ibrahim, JB
7. Cikgu2 SMK (P) Sultan Ibrahim JB
8. Cikgu2 SMK Taman Inderawasih
9. Cikgu2 Tuisyen PERTAMA, KALIBER, HARAPAN, JIREH, SMARTREADER hahah
10. Tak lupa juga kepada Ustaz dan Ustazah Kelas Mengaji
11. Kawan-kawan yang pemurah ilmu
12. Dan lain-lain yang pernah menyumbat ilmu dalam kepala saya

Well, setahu aku tiap-tiap tahun cikgu2 sekolah akan nyanyi lagu guru kan? Lagu tu tiap-tiap tahun aku dengar bosan haha. Aku.. Aku.. Aku teringin nak tengok cikgu2 menyanyi sambil menari mcm video bawah ni .. Baru la semangat keguruan tu menyala lagi membara kan XD Perghhh just imagine.. serious best wahaha

Tuesday, May 13, 2014

Bring it on


FOLLOW ON FACEBOK: Kolly Diet
Assalamualaikum. Lol kata nak sambung past post lepas habis tengok The Apparition [*boring]. Well, almost 360 darjah hati ini berpusing lepas UPU result keluar. Padahal mulanya aku tak terpikir pun nak ambik asasi [sbb smua choice aku asasi] or whatsoevah yg incik upu nak bagi. Dapat tau palam, mak aku dah act like aku mmg kompom ambik palam. Bagi yg taktau palam ni uitm puncak alam. Dan yes asasi sc. Lol even still at this right moment aku mcm nak-pegi-tak-nak-pegi-tak. Padahal dah accept pun tawaran tu. 

But yes entah mana aku campak matrik aku pun tak tau. Sebab tiap kali teringat johor aku oh-no-aku-tak-tahan-pnya. Lagipun sorang makcik aku bakal transfer dari uitm perlis ke palam. So aku kalau nak tumpang balik no hal. Dan sorang lagi sepupu aku pun kat palam jugak tp dia dah nk habis study dah. Haha yang tak tahan, first day tau aku dpt palam .. pufff join group asasi palam 2014/2015 kat fb. Yeaa, tindakan pantas bukan xD

Semakin aku gain info pasal asasi palam ni semakin seram aku rasa. Susah. Even asasi ni dikatakan lebih susah dr matrik. Although jadi anak emas uitm. Oh satu benda aku tak berkenan dgn uitm ni. Pakai bnyak duit if nak banding dgn matrik. Lol tak payah hairan la yg ni. 

Hmmm,.. taktau nk ckp apa dah. Feeling ni undescribable kot. Hahaha. Mcm mana la budak malas keluar rumah ni nk survive kat luar nnt hahahh. Homesick wajib la kot.

Wednesday, May 7, 2014

Ehem Pening


Whatcha lookin at?

Assalamualaikum. Bulan mei sudah. Diri ini masih blur. Blur dengan hala tuju. Yea. As Always la aku. Temuduga IPG dah keluar kan? Perghh,.. di saat ni aku rasa rugi amat. Sepupu aku berjaya masuk senarai interbiew. Cikgu sejarah owh. Jangan main-main. Haha. Terbit kejelesan di situ. Hah. Ni aneh. Aku nak jadi cikgukah? Entah. Tapi, dah aku tak ditakdirkan pergi ukcg ritu. Full stoplah Qistina. Maybe kalau hang p pun tak dpt. Kannnn? Something good you never realize. Orait.

Matrikulasi. Haha. Kosong. Entah. Hati ni rasa kosong. Mungkin sebab Johor? Hahah tak abih lagi. Ok back then aku merungut pasal dpt Matriks Johor,.. is kinda stupd actually. Tak patut sebenarnya. Ceyy. Yea. Tapi yalah Matriks tu pun macam-macam kot. Orientation kena pkai mcm baju sekolah. Penutupan kena pakai baju kurung pucuk pisang plain. oh. kenapa pucuk pisang?

Ok nanti aku sambung entry ni memandangkan aku ada date dgn HBO sekarang. The Apparition. entah betul tidak aku eja ni. Terlepas Premier ritu. Kbye.



 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger