Saturday, December 29, 2012

wahai ibu jariku

Tumblr_lu1mq3qf3m1r5w7soo1_500_large

Assalamualaikum. Wahai jari ibuku ~ mengapa? mengapa? huhh sedih. Ini yang terjadi sebenarnya. Hari ni sepatutnya aku dengan abang aku pergi buat komputer test, yang untuk lesen tu.  Semalam study habis aku untuk test ni. Lebih kurang pukul 8.17 pagi terpacak depan pusat yang kendalikan test tu. Time tu keyakinan dah membaluti hati nurani aku ni. Semangat lah ni, cehh

Ramai kot. Pekerja cuma 2 orang je. Then bila time nak kena thumbprint aku dah nervous sikit sebab aku ni lemah sikit bab ni. Dan yes. Aku sorang je thumbprint berejam. Serious alat thumprint tu tak suka aku kahh? Asyik kena lap padahal jari aku kering. Tangan aku kurang berpeluh. Then akak tu suruh basuh tangan kat belakang. Tau tak betapa malunya aku teramat dahsyat. Tempat tu kecik je manusia ramai. Semua mata plus telinga fokus pada scene aku thumbprint asyik kena reject .__________. Malu gilos!

Last-last dorang fade up. Aku tak boleh ambik test ni. Dan aku kena buat ic baru. haha sedih betul hidup aku. By the way, sebenarnya  id aku tak naik pun. Jadi macam mana pun aku tak boleh ambik test tu hari ni.  Tapi kes thumb aku memang tak best lah. Payah nak buat apa-apa urusan. Ada sesiapa yang macam ni jugak? Ada solution? Ada sorang budak ni cip ic rosak. Kena buat ic baru jugak. Dan aku rasa ramai jugak yang bermasalah dengan ic. Tapi aku rasa cam aku lagi teruk.

 Sebelum ni pun aku thumbprint kena banyak kali cuma kali ni semua reject. Abang aku cakap sebab selalu main tablet. aku macam ._________. tapi ada logik jugak. entah-entah jari aku dah haus. aku memang suka gna ibu jari berbanding jari telunjuk masa pakai tablet. aduhh payah payah -.- tu je aku nak update. 
Bye. Wasalam :D

Tuesday, December 11, 2012

Click


Assalamualaikum

Tumblr_meox07fjyu1qhweq1o1_500_large

sila klik :D I'll click back. Don't forget to inform me okay.

campaign image


Dah klik? Gracias + Arigatou Gozaimas !

ADIOS + WASSALAMUALAIKUM

Monday, December 10, 2012

S.O.S

Assalamualaikum. 

72353_122362207924803_1249528889_n_large


Apekah Apekah ? Apekah yang sedang berlaku ? Wahai sahabat, marilah kita menabung untuk masa depan. Bagaimanakah Bagaimanakah? Melalui Advertisementsesesess yang kita promote di blog dan laman sosial yang lain. Apa yang perlu dilakukan? Senang. Kacang lagi mudah. Cuma KLIK atau dalam englishnya CLICK.

Jadi silalah klik atau click :D makasehh

campaign image  campaign image campaign image campaign image campaign image
 campaign image 

Dah klik atau click? Sila bagitau dekat cbox atau comment box. Tak kesah lah klik satu ke dua ke. Bagitau lah supaya saya disini boleh click balik :D Jasamu dikenangggg :)

Tak de churp-churp lagi? Daftar sini

Terima kasih-Adios-WASALAM :)

Saturday, December 1, 2012

Disemberr-Face


Assalamualaikum :D

695072686_large

Pejam celik pejam celik dah disember. Cepat bebenor. So, plan aku untuk study time cuti sekolah cuma berhasil di tuisyen. Tiada reaksi positif di rumah. Haha teruk. Ni angkara vitamin M terlebih dos lah. Jadi sampai hari ni aku sefemeli belum melangkah ke negeri lain yakni pergi melancong. Tak de maknanya nak melancong kat penang ni. 

So, gelap gulita blog aku kan. Yeah barulah rock lagi cool. Sekarang ni banyak blog warna cerah. Lama-lama mata aku pun cair akibat terlalu terang benderang screen ni. Aku teramatlah bersimpati dengan mata aku yang dua ni. Lastly decide blog kaler hitam yang semestinya mengurangkan tekanan terhadap mata bukan saja aku malahan anda-anda yang membaca sekarang ni. 

Inspirasi tercetus di blog wanaseoby. Wa cakap lu blog dia memang dasat. Sekarang suka plak lepak situ. Navigasi kat gambar sebelah kiri tu. Dann... pasal cbox, please post sekali sahaja. kalau ragu-ragu post dua kali tak pa. Janganlah sampai 7-8 korang post. msj korang sampai je. Penat aku scroll mesej yang sama. 

Yay, Minggu depan aku sefemili pergi melancong. No idea where. Masih dalam proses membincang. Tempat mana best? Kot lah boleh cadangkan :D Aku bab melancong suka tapi bab hotel tidak. sebelum aku tidur, aku akan pasang cadar, sarung bantal dan selimut yang dibawa sendiri dari rumah. haha teruk an? aku tak tau kenapa. Salah satu sebab aku elergi. Ada satu malam tu aku tak boleh tidur sebab bersin tak henti-henti -.- 

Okay. setakat nilah aku taip. Bye and Wassalam :D  


 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger