Friday, October 9, 2015

Terjatuh hati.

Untitled 
Assalamualaikum. Ehem, i'm currently eating maggi while writing this.  Alright. Ni bukan kisah dongeng pari-pari bukan jua disney cartoon atau nickelodeon. hmmm. ok. Ini real. Dan pelik. Aku cuba ambil ni sepositif mungkin. Aku rasa aku terjatuh hati pada seorang muslimin. This is so pelik, i think i'm crazy. Muslimin ni aku tak kenal tapi aku tau kewujudan dia since asasi. Dia selalu ada kat surau bila ada event. Sebab aku selalu jugak pergi event kat surau. Not that, time ada event ja aku p. Kadang2 aku p jugak bila rindu dengan surau seketul tu. *k surau tu besar ok. Sampai ada yang panggil masjid. just to let you know* 

Physically, he's no my type at all. at all. at all. at all. at all. Maaf rubbish betul english aku. So macam aku cakap tadi, dia bukan jenis yang aku tertarik. Bukan aku cerewet ok. No no. Just that semua orang actually ada preferance tersendiri. Dan eventually dia tak ada satu benda yang aku look forward the most untuk aspek fizikal. Tinggi. Bukan aku nak merendahkan dia atau apa, cuma ya dia rendah. Almost mcm budak sekolah. Dalam 150cm keatas mungkin. No joke. Aku pelik. 

Dan dia tak berkulit putih atau muka pan asia atau ciri2 yang perempuan average aku ehem,, average aku suka. Well aku sebenarnya tak kisah semua tu. Yang aku kisah tinggi. Aku tak boleh deny yang aku suka kat dia sebab peribadi dia, OMG. Ayat tu aku rasa mcm pernah baca dalam novel atau dengar dalam drama. Terasa geli kejap. 

Tak tak, aku tak bergurau. Dia ahli jawatan kuasa kerohanian. Yup, dia boleh aku katakan alim. Maksud alim tuan puan semua, ialah berpengetahuan. Not necessarily dia kena pkai jubah 24 jam untuk dipanggil alim. Dia pernah sampaikan tazkirah kat surau lps solat subuh cuma aku tak pay attention sangat sbb mengantuk. 

Alkisah baru-baru ni aku ajk satu program under satu persatuan islam kat kampus. Dia mmg suka tolong2 although dia bukan ajk. Bahagian teknikal especially. Kebetulan aku ajk teknikal time tu. Bersyukur sangat dia ada sbb aku mmg fail bab teknikal. Nak minta tolong akak-akak, typical kaum hawa, mana tau benda2 ni. Aku kalau boleh nak belajar cuma bila dia bila muslimin dalam 4 orang dok setup peralatan, segan lah nak tanya sbb aku sorang ja. Kawan aku semua sibuk dengan tugas masing-masing.

Aku bukanlah jatuh cinta ya. Aku jatuh suka. lain ok lain. Aku jeles dgn sifat dia barangkali. Mungkin aura orang alim kot. Terasa pleasant bila dia ada around. Aku pernah rasa mcm ni dengan kaum hawa. Kaum muslimin ni first time. Bahkan aku jarang rasa aura mcm ni dalam kalangan ustaz dan ulama. Sebab ni first time *mungkin. Tu yang konfius kot. Rasa mcm suka kat dia padahal pleasant dengan kewujudan dia saja. 

Masa naik tangga maut, kat tengah tangga. Aku nampak dia dari belakang. Aku alihkan pandangan. Kenapa? entah. 5 saat kemudian dia hilang. Terjenguk2 aku cari dia. Tak ada. Sama ada tu imaginasi aku atau orang lain. Wallahualam. Cepat-cepat aku minta Allah jauhkan aku dari godaan syaitan. 

Konklusinya disini, aku kalau boleh nak jadi macam dia. Orang sekeliling pleasant bila aku ada around. Mesra, baik, suka tolong orang, serius dia suka tolong. Mungkin sebab tu juga aku suka kat dia. Sangat ringan tulang. Hantar barang pinjam ke tempat asal memang tugas aku. Tapi bila dia tolong padahal dia dah tolong bab teknikal dan event majlis siap tolong kemas dewan lepas habis program, aku mcm terharu wujudnya insan mcm ni. *aku bnyak lagi kerja ok. bukan takat ni ja*. Aku nak jadi mcm dia. Boleh kah wahai diri ini?

Mungkin ada yang tak feel semacam mana aku feel tatkala baca essay rojak aku ni. Tapi satu hari nanti bila hampa jumpa insan yang macam ni, inshaaAllah akan faham jua. 

Wednesday, August 12, 2015

Foodporn


 

Nutella Caramel Cookies

Untitled - image #3093286 by loren@ on Favim.com


Strawberry Shortcake

Gooey, Fudgy S'mores Brownies | A Cookie Named Desire

sushi💘



ι м нυηgяу

Untitled

 🍦🍴

💕

ι м нυηgяу

ι м нυηgяу



food meat fish salad sandwich fries chicken burgers 

food meat fish salad sandwich fries chicken burgers 

ι м нυηgяу

 Tumblr

Pasta Carbanara



I should do this often. Hmm

Tuesday, August 11, 2015

KE IPT KA AKU


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 11.AUG.2015, SELASA- Budak-budak lepasan asasi dan matrikulasi digempaqkan dengan berita mendebaqkan dari pihak upu apabila pihak berkenaan mengeluarkan keputusan permohonan yang dinanti-nanti bermula pukoi 12PM hari ini. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya dalam permohonan dan takziah kepada yang tak berjaya. Ok melawak ja. Tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat walaupun kos atau institusi tu membuatkan mata bertakung ayaq, hidung berhingus-hingusan. Semoga Allah tinggikan kesabaran mereka yang tak berjaya tersenarai diantara yang mendapat tempat di ipt. Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita.

Hmm macam mana aku nk start cerita hmm. *oksigen dimasukkan ke dalam rongga saluran pernafasan dengan rakus* Haaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhh. Alright. Ehem. Maka ini adalah satu lagi cerita sedih menyayat hati yang dibaca anda dari blog ke blog. Speechless. Kaku. Terkejut. Hmm kecewa. Sedih. Nak gelak. Tenang (paling tak expect). Sebab website upu macam biasa tak boleh pakai (aku rasa ni strategi nak masuk duit sebab budak2 terpaksa sms), aku pun sms lah ke 15888. Jen jen jeng,.. setengah jam aku tunggu. Sementara tu check dulu usm. Rasa yakin dpt bioperubatan menebal sikit uhuk. Tiba-tiba ...  "maaf anda tidak tersenarai dlm calon layak ke vlavlavla.." terkejut punya pasal terkentut hati ni. Maaf tak senonoh.

Betapa Allah nak tunjuk, yang overconfident boleh ke laut. Mungkin aku pandang rendah dengan kos ni, tu yang dia rejek aku terus. Pengaruh punya pasal sampai kos pilihan terakhir aku pun rejek aku. Allahu. Memang nak tergelak cemas semua ada. Jangan upu pun buat hal macam usm sudah. Mau gugur bulu kening kalau terbaca perkataan "maaf". Dan kemudian sampailah mesej keramat tu kat henpon aku. Alhamdulillah dapat tawaran kat uitm kos em14. Andd i was like. Ehem em14? Berdebaq jugak time check nama kos. Memang sah la bukan medic tapi aku keep calm. Ingatkan opto rupanyaa.. fisio. Time tu aku tunduk tak tau nak react macam mana. Nak nangis? Gelak? Marah? Entah konpius pulak. Lepas beberapa minit surprisingly, aku keep calm. Like seriously aku sendiri terkejut dengan diri sendiri. Aku macam relaks semacam. Heart beat normal semacam. Aku macam semacam.

Mood tak swing. Aku redha? Allahu. Sungguhlah tiap kali lepas solat aku doa jugak supaya aku terima ikhlas dan redha dengan apa jua yang Allah bagi harini. Awesome sangat rasa dia. Hebat.
Hati aku keep saying "takpa, takpa, yang ni yang terbaik. Ni yang terbaik. Allah bagi yang terbaik kat hang. takpa, takpa," macam automatik ayat ni berulang supaya aku tak sedih. Aku suka perasaan ni.

Tuesday, July 28, 2015

Salam Syawal

Assalamualaikum. Erghmmm. Rasanya,,.. masih sempat lagi aku nak ucap Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Hahaha. Maka debaran sebenar kian terasa. Debaran result upu muahahaha *kasi naik tanduk sikit*. Sedar tak sedar, ghupanya aku dah berbulan2 kat rumah tanam anggur yang tak berbuah. Fuhh lama? Aku rasa macam baru bulan lepas aku ambik last paper kat Puncak Alam. Lepas ni nak melangkah alam degree pulak, inshaa Allah. Takut. Nerves. Malas. Blur. Rasa bodoh pun ada jugak, sebab dah lama sangat ni tak study.

Teruskan bidang apa? Nahhh. Aku pasrah. Aku serahkan pada Allah. Apa jua Dia bagi, aku terima inshaa Allah. Dan semoga orang sekeliling aku pun terima, inshaa Allah. Tak guna kalau aku dapat kos hebat kalau aku tak mampu nk bawak jadi,, aku serahkan pada yang Maha  Mengetahui. Rezeki Allah tu luas. Haha sebenarnya aku masih lagi takut dan nerves. Kalau hampa baik hati kan,, doakan aku. Mana tau Allah perkenan doa salah sorang dari hampa. Sebab doa ni satu benda yang hebat. 

Saturday, July 4, 2015

Satu Sembilan

Heart spring!

Assalamualaikum. 17 Ramadhan 1436H. 

1 Julai 2015. Umur aku 19. 19. Tahun depan genaplah 2 dekad aku hidup. Berakhirnya usia "belasan tahun". Entah kenapa part of me nak ulang semula semuanya. Ya semua sekali. Dan another part pula kata redha dan teruskan sajalah. Me against the world. And the world will win. Thats the reality. Sigh. Setiap kali umur meningkat, aku akan throwback. Pejam mata. And snap out of it. Ada memori. Ada memori yang akan buat aku gelak. Ada memori yang akan buat aku rindu. Ada memori yang akan buat aku happy. Ada memori yang akan buat aku rasa bodoh. Ada memori yang akan buat aku menangis. Menyesal. Bersalah. Malu.. Mungkin aku tak patut throwback. Tapi itu yang berlaku setiap 1 julai. Well, mostly. 

Usia mematangkan seseorang. Buat masa ni mungkin aku rasa lebih matang berbanding tahun-tahun yang lalu. Dunia ni satu penyakit. Hidup umpama misai sepah yang aku sendiri tak faham kenapa. Tapi itupun kalau hang lahir dalam keadaan islam tapi hang sendiri tak faham islam. Solat tiap hari hang buat macam ritual kosong yang tak ada apa makna. Puasa suatu adat yang hang buat sekadar cap ayam sahaja bukannya dengan penuh taqwa. Raya Aidilfitri satu perayaan tradisi yang penuh pembaziran dan materialistik. Aduhh. 

Aku cemburu. Aku cemburu dengan mereka yang sentiasa menitis air mata tatkala beribadat. Solat yang dibuat sepenuh hati. Puasa yang bermati-matian tidak disiakan. Aidilfitri yang penuh rendah diri dan kemesraan. Ibadah sebagai nyawa dan nadi hidup. 

Sempena hari lahir aku, aku taknak apa-apa. Kecuali doa. Tiada apa yang lebih istimewa dari doa sebagai hadiah. Doakan aku untuk jadi seorang muslim yang baik. Itu ja yang aku mintak.

Terima kasih dan minta maaf atas apa jua dosa aku kepada anda. Yang tengah baca ni.

Tuesday, May 19, 2015

Sementara suntikan vaksin hpv masih free..

Wall Photo 
Assalamualaikum,,

Alhamdulillah beres sudah  2nd dose. Sebelum tu! Vaksin apa ni? Vaksin pelalian hpv ni adalah langkah untuk mencegah kanser serviks. Sekarang ni budak-budak sekolah dah diwajibkan ambik kat sekolah. Jadi batch yang terlepas vaksination kat sekolah kena ambik sendiri kat hospital atau klinik kerajaan. Bagi yang belajar kat ipta, boleh lah ambik kat klinik ipta masing-masing. Atau boleh pergi klinik nur sejahtera (lppkn) yg ada kat  seluruh Malaysia. Perlu kah ambik? Well, dengan sekarang ni kanser serviks makin menjadi-jadi,, depends pada diri sendiri la. Nak cegah atau rawat? Aku masih dengan pepatah mencegah itu lebih baik dr merawat. Mcm ambik rubella la. Kalau hang batch yang terlepas suntikan rubella, hang rasa perlu atau tak untuk ambik? padahal budak-budak lain semua dah ambik.

!! Aku just nak remind, bagi student, lepas 1 jun vaksin ni akan dikenakan charge. Dalam RM250 satu dos mungkin. Dan ada 3 dos! Mahal kan? So, cepat-cepatlah ambik suntikan ni sementara masih free yakni sebelum 1 jun 2015!

Lagi satu, jangan ambik kalau demam. Nurse pun takkan bagi. Tunggu kebah dulu. Kenapa? Well, vaksin tu memasukkan pathogen yang lemah atau mati ke dalam badan. Kalau demam, maka ada pathogen lain tengah serang badan dan actually demam tu tindak balas badan untuk lawan pathogen tu dengan menaikkan suhu yang boleh mematikan pathogen tu. Antibody pun tengah busy nak lawan pathogen yg menyebabkan demam tu,, ni nak tambah pulak pathogen kanser walaupun yang lemah. Jgn ambik risiko. Kang tak pasal dua-dua pathogen tu bekerjasama pulak. Mashaa Allah bestnya biology kan. Kat sini dah boleh apply :D Haa kejadah pulak masukkan pathogen lemah atau mati dalam badan. Kat mana logiknya bawak masuk virus dalam badan untuk mencegah penyakit? Antibody kita ni hebat tuan puan,, yang mana bila dia attack satu virus, dia akan recognise virus tu dan after that kalau virus tu serang lagi, antibody kita dah tau taktik nak bunuh virus tu. Mcm chicken pox,, kenapa kena sekali seumur hidup? sebab antibody dah kenal virus chicken pox dan dah pro bunuh virus tu. omg aku suka biology pls la.

Just information bagi yang taktahu. okay,, Sekian.
 

Sunday, May 17, 2015

Result eh


💫🌾🌿🍄

Assalamualaikum,, emo betul aku baru-baru ni. Maklumlah result baru keluar. Result tu memang ok sebenarnya. Setimpal dengan attitude aku yang teruk masa sem 1 dan ke-serius-an aku di sem 2. Apa yang aku boleh simpulkan dengan 2 sem ni; 
1. aku kecewa tahap soya dengan diri sendiri yang dapat gpa 3.5+ in sem 1 sedangkan student lain berhuhuhaha dengan 3.9++  
2. aku bangga gila bila tengok result sem 2; gpa 3.9+ serius tau bukan 4flat lantak la hangpa nak cakap apa
3. Even sem 2 aku ok, tak mampu jua nak tampung damage sem 1 menyebabkan cgpa uitm aku 3.7+  while cgpa upu 3.89. Alhamdulillah,, namun 3.89 agak rapuh untuk aku sentuh medic atau farmasi. Mungkin terlalu rapuh.

Redha. Aku terima segala yang Allah bagi. Berhikmah tu. Aku tau. Aku akan terus berusaha. Ni bukan noktah. Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata. Semoga Allah permudahkan perjalanan aku. In Shaa Allah,, Doakan aku ya.

By the way, kepada hangpa semua yang baru masuk asasi atau matriks,, please please please jangan sia-siakan peluang yang ada. 4.00 tu tak mustahil kalau usaha. Jangan main-main tolong la. Jangan jadi bodoh macam aku. Especially yang nak pursue medic, farmasi or dentistry. 

Get serious!

Seriously from le ex-student Foundation in Science studies, UiTM P.alam 

Friday, April 3, 2015

Hilang

I am lost inside

Assalamualaikum.

Aku sesat. Aku tahu kat mana aku berada tapi aku sesat.
Kosong. Aku tak tahu apa yang patut dan sedang aku rasa dalam dada.
Mungkin aku tak rasa apa-apa. Kosong.
Kadang-kadang aku keliru
Sama ada aku masih berpijak di bumi yang nyata
atau cuma berpijak di bumi yang rata
Pernah aku terfikir
Andai esok tiada lagi matahari menyinar
Dan ketika itu sudah terlalu lewat
Realiti sebenar perlu dihadap
Ahh kusut, resah hati, kacau jiwa
Ya Allah, apa yang berlaku ?

Atas tu monolog dalaman aku sejak beberaapa hari ni. Entah. Aku betul-betul kosong. Terasa hilang. Apa yang hilang? Aku tak pasti. Bisikan syaitan barangkali. Berat sungguh rasa nak buat apa-apa. Masa makin suntuk. Aku tau tu. Tapi aku masih dengan lagha aku.

Mungkin juga aku ada buat salah dengan sapa-sapa. Sudah. Cukup. Aku penat. Penat rasa malas. Ni ujian. Aku tenggelam aku kalah. Aku bangkit aku menang. Bangkitlah Qistina, Seberat mana pun terpaksa kau heret, heretlah. Hadiah untuk pemenang telah dijanjikan Allah. Dan hadiah tu terlampau hebat untuk kau imaginasikan. Tabahlah wahai hati. Kuatlah wahai Iman. Di mana azam yang dahulu membara? Untuk menjadi lebih baik. Untuk mengejar rahmat Allah. Untuk menjadi anak yang membawa ibu bapa ke syurga. Aku boleh! Aku boleh! Aku boleh!

*ok monolog dalaman semua ni.





Saturday, March 21, 2015

The Final

Assalamualaikum.

Ada 3 benda yang tak akan kembali. 1) Waktu 2) Kata-kata 3) Kesempatan.  Yang mana satu sedang aku sia-siakan? Semua. Ya Allah, sungguh sungguh sungguh cepat masa berlalu, tau tau 3 minggu lagi dah final. Takutnya aku Ya Allah. Perasaan yang aku tak mampu nak describe. Bercampur-baur so they said. Waktu-waktu camni lah student semua rasa macam nak hempuk kepala kat meja. Atau dinding. Banyak sangat rasanya nak disumbat. Terasa tak mampu, tak sempat. Allah.

Right habis test 2, minggu seterusnya terus Final. Tak sempat nak lepas carbon dioksida lega. Tak sempat nak berhuhahuha lepas test macam kebiasaannya. Serabut kepala. Jiwa kacau. Mengenangkan pula amanah ibu bapa, masa depan diri sendiri dek tempias result sem 1 yang tak berapa nak flying colours. Allah, mampukah aku? Ya Rabbi, permudahkanlah segalanya.

ps: Doakan aku ya saudara saudari untuk final ni. Serious tengah horror. Doa anda amatlah saya hargaiiiii   TT..TT

 

Friday, February 27, 2015

CANTIK vs INDAH





Assalamualaikum.

First of all, pada aku cantik dan indah tu ada bezanya. Cuma dalam konteks manusia, cantik dengan indah macam serupa. In fact, actually kalau bukan konteks manusia pun macam takdak beza ..  hmm .. aku dah buat hangpa keliru. To make this clear, aku nak bercakap pasal perempuan. Sebab perempuan itu cantik dan indah penciptaannya. Dan accidentally aku pun termasuk dalam golongan ni. Ehem.

CRUSH. Alah tak payah buat tak paham 'crush' mana yang aku tengah guna ni. No. Jangan tengok kamus. Aku pun tak sure kalau crush yang aku maksudkan ada dalam kamuih. Ok lah kalau ada yang taktau jugak. Crush tu maksudnya hang suka atau jatuh cinta atau admire seseorang secara diam dan pendam. Yang mana hang akan senantiasa pikiaq, suka tengok dia, dan berharap dia suka hang balik. Something like that. 

I personally feel that (tempias muet) almost semua perempuan ada crush. Tak dilupakan juga lelaki. Dan kini bolehlah aku simpulkan bahawa almost semua manusia ada crush. Kejap aku ada sebut "almost"' kan tadi? Mungkin ada yang tak pernah ada crush. Entah. Aku tak tahu. Sebab aku golongan yang ada crush *argghh koff koff ehemm. astagfirullah.

Tak payah hairanlah sebab perasaan suka sesama manusia tu fitrah manusia. Lainlah kalau hang tiba-tiba ada unusual feeling kat kerbau Pak Abu Kampung Meru atau ikan pari? Haaa tu aaaa... veryy umm unsual. hmm. Tapi jangan biarkan 'cinta itu fitrah manusia' sebagai alasan untuk hang kumpui crush dan berbangga time sharing session bersama-sama rakan-rakan. No. Sebab bila kita ada crush, yang akan lead to suka pikiaq pasai dia and things, tu dah jatuh dosa bukan? Bila benda tu bawak dosa haramlah kita untuk melakukannya bukan?

Babi kan haram makan. Tapi kalau ada orang yang cakap makan tu fitrah manusia? Hang nak cakap apa? Dah termaktub dalam kitab Allah yang babi tu haram di makan. Same case here kalau hang bercrush atau bercouple. Sapa kata takdak dalam Quran? Allah larang kita mendekati zina bukan? Kalau tak zina fizikal boleh jadi zina akal bukan? Cukuplah hang paham benda2 tu termasuk dalam kategori  'mendekati zina'. Walaupun hang tau hang takkan buat benda tak senonoh but still Allah lebih tahu apa yang ada dalam kepala dan hati seseorang. Kalau bukan hang yang pikiaq tak senonoh boleh jadi 'pasangan tak sah' hang tu kan?

MACAM MANA NAK JADI CANTIK?
Cantiknya seorang perempuan terletak bukan di wajah atau bentuk badan. Tapi akhlak dan hati dia, Okay maybe ada yang akan tak setuju dengan phrase aku tadi. But how la sis. Itu hakikatnya. Ofcourse lah lelaki mau cari yang lawa lawa. Tapi perempuan yang paling cantik tu adalah yang indah akhlak dan hati. Fitrah perempuan untuk jadi cantik. Tapi cantik untuk siapa? Lelaki? Allah? atau Kaum Wanita sendiri? Cantik untuk lelaki? Fikirkan kerugiannya. Cantik untuk perempuan? Fikirkan kerugiannya. Cantik untuk Allah? Fikirkan kerugiannya. Jap. Jap. Ada ka ruginya? Rugi apa yang aku maksudkan kat sini? Wang ringgit, sakit(may be caused by cosmetics, beuty supplement, tight clothes, heels and many more), jadi taasub dengan diri sendiri, riak, dosa akibat dedah aurat atau menarik pandangan ajnabi. Kesan hang cantik untuk Allah? Hmm, menambah pahala, menguatkan iman, mengelakkan diri dari dosa and many more. Ruginya tang mana? Lelaki tak pandang? Eh apa rugi pulak kat situ? Tu bonus!

To me, kita orang perempuan cuma ada sorang lelaki dalam hidup. Maksud aku soulmate ya tak termasuk ayah atau sedara lelaki. Nak ka kawin banyak2? Setahu aku la, kebanyakkan perempuan ni bila dah dapat suami. Lelaki itulah sampai ke mati dalam hati dia. Melainkan lelaki tu jerk species level tapir atau mungkin sebab-sebab lain yang aku sendiri tak dapat nk elaborate sebab tak berpengalaman. What im trying to say is we want only one man in this world. Not all but one. If you wanna impress man, it should be your husband only. unless hang ni playgirl aku doakan supaya bertaubat lekaih.    


Benda yang aku notice (actually dah lama jugak aku perati), perempuan yang jenis jaga pakaian yakni tudung labuh, baju longgar dan labuh, pakai jeans longgar dan sebagainya, depa ni jaga pandangan depa. Mata tu tak meliar cari lelaki. Dan MasyaAllah, depa ni la one direction maksudkan dalam lagu "You don't know you're beautiful". X bermekap, x stylo, x ikut trend langsung yet they are so beautiful and i've been always wondering why. And that question always lead me to observe their appereances and attitudes. Whenever lelaki lalu sebelah automatik kepala ke lantai. And i'm sure bukan sebab depa yakin laki tu semua akan mengorat atau melt dengan dia but as precaution. Yeah just precaution. Lagipun pakaian dah longgar 'rezeki' depa kurang. 


Yang bermekap dan bergaya memang cantik. Tapi yang tertutup itu indah. Aku tak kata yang tak tutup aurat sempurna tu tak punya akhlak yang baik atau depa yang pakai labuh tu akhlak terjamin cantik. Cuma beza antara dua golongan ni ialah yang melabuhkan pakaian berusaha untuk berakhlak baik. Inshaa Allah daripada usaha itu Allah tolong hambanya. Inshaa Allah

Thats all tazkirah kita pada hari ini. Kita tutup majlis dengan tasbih kifarah. hehe

Nota stokin: aaaaa... aku tengah stress sebenarnya ni. Patut study tapi sebab rasa serba tak kena, tak terstudy aku malam ni haih. Maaflah kalau ada yang tersalah kat atas tu. mohon teguran. Entah kenapa aku tulis pasal ni. Oh ya sebab hari ni aku pakai koshibo pegi kelas. Bukan nak riak cuma nak recommend kat kaum perempuan di luar sana. Sumpah best pakai tudung labuh. Secure sangat rasanya. teringat zaman sekolah. Kawan non-muslim aku suka main tudung aku. Ada yang paggil payung. see? Depa pun tau fungsi tudung sebagai pelindung. heh 

Monday, January 5, 2015

MUET


babeeeeeeee | via Tumblr

Assalamualaikum. (Tolong click pls//ads) Bhahahahah. Okay. Okay. Jap nak cakap apa? Okay muet. Result muet yg november haritu dah keluar. Hari ni. Tepat 10:03a.m tadi aku hantar sms (check via sms). Alhamdulillah lepas Band 4. Although band 4 ja, aku dah cukup bersyukur sebab speaking test aku hantam sehantam hantamnya. Sampaikan bila habis tu aku dah fikir nak daftar untuk next muet. Hal ini kerana aku duk stick to point aku ja. Tak kacau langsung point orang lain. Kira duk bidas semua point lain. Tapi serius aku tak sangka result speaking test aku actually better than i thought. Berapa? Biarlah rahsia~

Nak check result boleh p kat website muet tu. Hampa google ja lah. Malas nak bukak dan bagi direct link kat sini. Atau nak tau band saja, boleh sms MUET RESULT IC ke 15888. Sekian terima kasih.

Congrates yang dapat band 6 dan 5. Hampa terer la. Dan yang dapat band selain 5 dan 6, tahniah jugak. Ok mintak tolong sekali lagi,, tolong klik link ni :  http://my.shareddis.com/p/9rQEK (ok kalau nak aku klik hampa punya bgtau naa)

got7 yugyeom | Tumblr
Gahahahahahhahahhahahhh

Yang lebih mai dari Allah, yang kurang mai dari saya sendiri. Assalamualaikum [Waalaikumussalam]
 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger