Friday, February 27, 2015

CANTIK vs INDAH





Assalamualaikum.

First of all, pada aku cantik dan indah tu ada bezanya. Cuma dalam konteks manusia, cantik dengan indah macam serupa. In fact, actually kalau bukan konteks manusia pun macam takdak beza ..  hmm .. aku dah buat hangpa keliru. To make this clear, aku nak bercakap pasal perempuan. Sebab perempuan itu cantik dan indah penciptaannya. Dan accidentally aku pun termasuk dalam golongan ni. Ehem.

CRUSH. Alah tak payah buat tak paham 'crush' mana yang aku tengah guna ni. No. Jangan tengok kamus. Aku pun tak sure kalau crush yang aku maksudkan ada dalam kamuih. Ok lah kalau ada yang taktau jugak. Crush tu maksudnya hang suka atau jatuh cinta atau admire seseorang secara diam dan pendam. Yang mana hang akan senantiasa pikiaq, suka tengok dia, dan berharap dia suka hang balik. Something like that. 

I personally feel that (tempias muet) almost semua perempuan ada crush. Tak dilupakan juga lelaki. Dan kini bolehlah aku simpulkan bahawa almost semua manusia ada crush. Kejap aku ada sebut "almost"' kan tadi? Mungkin ada yang tak pernah ada crush. Entah. Aku tak tahu. Sebab aku golongan yang ada crush *argghh koff koff ehemm. astagfirullah.

Tak payah hairanlah sebab perasaan suka sesama manusia tu fitrah manusia. Lainlah kalau hang tiba-tiba ada unusual feeling kat kerbau Pak Abu Kampung Meru atau ikan pari? Haaa tu aaaa... veryy umm unsual. hmm. Tapi jangan biarkan 'cinta itu fitrah manusia' sebagai alasan untuk hang kumpui crush dan berbangga time sharing session bersama-sama rakan-rakan. No. Sebab bila kita ada crush, yang akan lead to suka pikiaq pasai dia and things, tu dah jatuh dosa bukan? Bila benda tu bawak dosa haramlah kita untuk melakukannya bukan?

Babi kan haram makan. Tapi kalau ada orang yang cakap makan tu fitrah manusia? Hang nak cakap apa? Dah termaktub dalam kitab Allah yang babi tu haram di makan. Same case here kalau hang bercrush atau bercouple. Sapa kata takdak dalam Quran? Allah larang kita mendekati zina bukan? Kalau tak zina fizikal boleh jadi zina akal bukan? Cukuplah hang paham benda2 tu termasuk dalam kategori  'mendekati zina'. Walaupun hang tau hang takkan buat benda tak senonoh but still Allah lebih tahu apa yang ada dalam kepala dan hati seseorang. Kalau bukan hang yang pikiaq tak senonoh boleh jadi 'pasangan tak sah' hang tu kan?

MACAM MANA NAK JADI CANTIK?
Cantiknya seorang perempuan terletak bukan di wajah atau bentuk badan. Tapi akhlak dan hati dia, Okay maybe ada yang akan tak setuju dengan phrase aku tadi. But how la sis. Itu hakikatnya. Ofcourse lah lelaki mau cari yang lawa lawa. Tapi perempuan yang paling cantik tu adalah yang indah akhlak dan hati. Fitrah perempuan untuk jadi cantik. Tapi cantik untuk siapa? Lelaki? Allah? atau Kaum Wanita sendiri? Cantik untuk lelaki? Fikirkan kerugiannya. Cantik untuk perempuan? Fikirkan kerugiannya. Cantik untuk Allah? Fikirkan kerugiannya. Jap. Jap. Ada ka ruginya? Rugi apa yang aku maksudkan kat sini? Wang ringgit, sakit(may be caused by cosmetics, beuty supplement, tight clothes, heels and many more), jadi taasub dengan diri sendiri, riak, dosa akibat dedah aurat atau menarik pandangan ajnabi. Kesan hang cantik untuk Allah? Hmm, menambah pahala, menguatkan iman, mengelakkan diri dari dosa and many more. Ruginya tang mana? Lelaki tak pandang? Eh apa rugi pulak kat situ? Tu bonus!

To me, kita orang perempuan cuma ada sorang lelaki dalam hidup. Maksud aku soulmate ya tak termasuk ayah atau sedara lelaki. Nak ka kawin banyak2? Setahu aku la, kebanyakkan perempuan ni bila dah dapat suami. Lelaki itulah sampai ke mati dalam hati dia. Melainkan lelaki tu jerk species level tapir atau mungkin sebab-sebab lain yang aku sendiri tak dapat nk elaborate sebab tak berpengalaman. What im trying to say is we want only one man in this world. Not all but one. If you wanna impress man, it should be your husband only. unless hang ni playgirl aku doakan supaya bertaubat lekaih.    


Benda yang aku notice (actually dah lama jugak aku perati), perempuan yang jenis jaga pakaian yakni tudung labuh, baju longgar dan labuh, pakai jeans longgar dan sebagainya, depa ni jaga pandangan depa. Mata tu tak meliar cari lelaki. Dan MasyaAllah, depa ni la one direction maksudkan dalam lagu "You don't know you're beautiful". X bermekap, x stylo, x ikut trend langsung yet they are so beautiful and i've been always wondering why. And that question always lead me to observe their appereances and attitudes. Whenever lelaki lalu sebelah automatik kepala ke lantai. And i'm sure bukan sebab depa yakin laki tu semua akan mengorat atau melt dengan dia but as precaution. Yeah just precaution. Lagipun pakaian dah longgar 'rezeki' depa kurang. 


Yang bermekap dan bergaya memang cantik. Tapi yang tertutup itu indah. Aku tak kata yang tak tutup aurat sempurna tu tak punya akhlak yang baik atau depa yang pakai labuh tu akhlak terjamin cantik. Cuma beza antara dua golongan ni ialah yang melabuhkan pakaian berusaha untuk berakhlak baik. Inshaa Allah daripada usaha itu Allah tolong hambanya. Inshaa Allah

Thats all tazkirah kita pada hari ini. Kita tutup majlis dengan tasbih kifarah. hehe

Nota stokin: aaaaa... aku tengah stress sebenarnya ni. Patut study tapi sebab rasa serba tak kena, tak terstudy aku malam ni haih. Maaflah kalau ada yang tersalah kat atas tu. mohon teguran. Entah kenapa aku tulis pasal ni. Oh ya sebab hari ni aku pakai koshibo pegi kelas. Bukan nak riak cuma nak recommend kat kaum perempuan di luar sana. Sumpah best pakai tudung labuh. Secure sangat rasanya. teringat zaman sekolah. Kawan non-muslim aku suka main tudung aku. Ada yang paggil payung. see? Depa pun tau fungsi tudung sebagai pelindung. heh 

2 comments:

  1. thumbs up sister :) payung much better than ranting kayu semata-mata.
    btw kerbau Pak Abu Kampung Meru atau ikan pari tu handsome lagi bergaya kottt... hang serius ni xdak feeling kat beliau ? ehem.

    ReplyDelete
  2. "payung much better than ranting kayu semata-mata" <--- i like it but aku tak jumpa butang like. diskriminasi apakah ini? haha aku serius tau hang berminat dengan incik kerbau dan pari.

    ReplyDelete

Hello kind soul, please mind your words :)

 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger