Tuesday, June 26, 2012

Dayus.


Assalamualaikum dan hellloo :) Siapakah yang dikatakan dayus? Dayus ialah gelaran bagi mereka yang berjantina lelaki yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarga perempuan. Contohnya membiarkan mereka membuka aurat, bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim, mendekati zina seperti berdating, berzina dan banyak lagi. Benda ni tak boleh dipandang ringan sebab hukuman bagi lelaki yang dayus ni berat!

Sabda Rasulullah:

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : ” Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak” lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : “IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) – ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
  
So, korang yang perempuan terutamanya, sayang mak bapak tak? eh eh, senang sangat kan benda ni. kalau nampak sesapa yang tak tutup aurat, bergaul terlampau bebas tu maknanya dia tak sayang mak bapak dia. Dan mak bapak dia pun tak sayang dia sebab tak tegur si anak tu. kan kann??

so, marilah kita bersama-sama tingkatkan iman dan berdoa untuk kita dan mereka supaya mendapat hidayah dan dipelihara oleh Allah swt :D

Thats all, chill :) Wassalamualaikum :)


Minta maaf jikalau terkasar bahasa :) sekadar renungan..

Mana lagi Haram? hehh..



Assalamualaikum, take note.

Siapa Yang Paling Kejam?


Tiga orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam.

Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar.

Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya,

“Akulah orang yang paling kejam”,

Tidak berpuas hati, lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati.

Dan dia berkata

“Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku”.

Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum. Dia menjawab

“Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku”

Perempuan itu adalah Palestin.

Lelaki pertama ialah Israel.

Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat.

Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan lihat.

Tahniah kepada Umat Islam!!

Sama-samalah kita muhasabah diri..
sejauh mana usaha kita untuk menolong saudara-saudara Islam kita.. renung sejenak sebanyak mana doa yg kita telah hadiahkan.. Umat Islam itu lemah kerana mereka JAUH daripada agama mereka sendiri..

Subhanallah..Subhanallah..Subhanallah..

Friday, June 15, 2012

setiap perkara ada hikmahnya. believe or not, just believe lahh.


Assalamualaikum, ohh lamanya tak cekidaut blog kesayanganku ini. helo helo :D ya, seperti yang semua manusia berakal tahu, setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. semuanya demi kebaikan kita sendiri. kadang-kadang, kita marah marah dengan takdir hidup sampai tak perasan apa mesej yang tuhan nak sampaikan kepada kita. sebab tu lah kita tak ada kemajuan dalam hidup.

Aku ada sorang kawan ni. First time aku jumpa dia, aku tak rasa dia boleh jadi kawan baik untuk aku. Tapi Allah maha mengetahui, adil lagi bijaksana. lalu dia kurniakan si dia ni untuk jadi kawan aku. bukan setakat kawan, tp kawan baik yang terbaik. There Qistina, don't judge the book by its cover. keep that in mind.

Dia sama ja dengan insan biasa kat luar sana tu. Dia budak yang memang baik dan tak bermasalah langsung. But who knows, insan seperti dia dah jalani hidup yang agak perit. First time dia story kat aku pasal hidup dia, aku serious tak percaya langsung. Dia langsung tak nampak macam that kind of person she told me. Sebak aku bila dengar cerita dia. Aku sendiri rasanya tak mampu kalau diberi ujian sebegitu rupa. maaflah ea aku tak bole bagitau detail. tp, benda ni memang satu pengajaran untuk aku. Dia dah bukak mata aku pasal dunia ni. kita rasa macam banyak dah yang kita tahu dan pengalaman pasal hidup ni. but actually we
know nothing.

Aku kagum sangat dengan dia. Kebanyakan mereka yang lalui dugaan mcm ni diusia remaja akan terpesong. Diorang biasanya memberontak dan seterusnya terjerumus dalam gejala tidak sihat. Tapi, dia lain. Dia ada azam tersendiri. Dia tahu keadaan dia, so, dia janji dengan diri dia untuk jadi someone berguna so that orang takkan pandang rendah dengan dia. Dia asalnya budak yang malas belajar dan agak lemah dlm belajar. Tapi experience mengajar dia untuk move forward. Dia tahu satu-satunya benda yang mampu ubah hidup dia cuma ilmu. Jadi dia usaha gigih. Dan insyaallah segala usaha dia tu membuah hasil satu hari nanti.

Konklusinya, hehehh, dia seorang sahabat yang memang baik, no doubt. Dia share mcm-mcm dengan aku so that budak ktak bawah tempurung macam aku ni dapat bukak mata luas luas. Banyak yang aku tak discover. Thanks for you, my friend, you had taught me a lot. Aku akan sentiasa ingat kau. Sentiasa.

Sentiasalah bersyukur okay. May Allah bless all of you. Tyanks for reading yeah, bye and wassalam.

Sunday, June 10, 2012

Esok sekolah. Serious esok sekolah!

Tumblr_lwjsqfmcjg1qfenfl_large

Assalamualaikum dan err selamat petang. 
Dah dua minggu cuti sekolah tapi bagi beliau yang bernama Qistina,  rasanya macam baru dua hari. Ahhh bencinya nak tinggalkan cuti sekolah yang super indah ni, Although keja aku tiap-tiap hari makan, tido dan tv saja. wahh, ramai ohh yang tak sabar-sabar nak sekolah. wahh mmg korang suka blajar ea? bagus bagus. 

Aisey, esok sekolah lahh. adoii aku tak ready lagi nak jejak kaki kat sekolah tu. Aku tak ready lagi nak terima result periksa  pertengahan tahun. hoi! tak ready lagi. Even homework aku pun tak ingat ada ke tak. 

Ahhh malasnya wehh. Oh ya, internet dah smpai limit! susah betul nak online skang ni. sabar je lah. Tak pe, tak kesah. Bole save letrik. Alamak baru teringat pasal hari sukan. Alahai, bertambah-tambahlah kemalasan aku dengan sekolah. 

Hishh bnyak merungut! Ni lah akibat mensia-siakan cuti sekolah. y-a-y padan muka :'J
Ohh sorry eh tak jawab segala persoalan korang kat tagboard mahupun comment. Masalah Internet -.-' 

Akhir kata, jangan contohi saya :') Lol woo ..
Thanks for wasting your precious time with this useless talk. Wassalamualaikum. 
 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger