Friday, June 15, 2012

setiap perkara ada hikmahnya. believe or not, just believe lahh.


Assalamualaikum, ohh lamanya tak cekidaut blog kesayanganku ini. helo helo :D ya, seperti yang semua manusia berakal tahu, setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. semuanya demi kebaikan kita sendiri. kadang-kadang, kita marah marah dengan takdir hidup sampai tak perasan apa mesej yang tuhan nak sampaikan kepada kita. sebab tu lah kita tak ada kemajuan dalam hidup.

Aku ada sorang kawan ni. First time aku jumpa dia, aku tak rasa dia boleh jadi kawan baik untuk aku. Tapi Allah maha mengetahui, adil lagi bijaksana. lalu dia kurniakan si dia ni untuk jadi kawan aku. bukan setakat kawan, tp kawan baik yang terbaik. There Qistina, don't judge the book by its cover. keep that in mind.

Dia sama ja dengan insan biasa kat luar sana tu. Dia budak yang memang baik dan tak bermasalah langsung. But who knows, insan seperti dia dah jalani hidup yang agak perit. First time dia story kat aku pasal hidup dia, aku serious tak percaya langsung. Dia langsung tak nampak macam that kind of person she told me. Sebak aku bila dengar cerita dia. Aku sendiri rasanya tak mampu kalau diberi ujian sebegitu rupa. maaflah ea aku tak bole bagitau detail. tp, benda ni memang satu pengajaran untuk aku. Dia dah bukak mata aku pasal dunia ni. kita rasa macam banyak dah yang kita tahu dan pengalaman pasal hidup ni. but actually we
know nothing.

Aku kagum sangat dengan dia. Kebanyakan mereka yang lalui dugaan mcm ni diusia remaja akan terpesong. Diorang biasanya memberontak dan seterusnya terjerumus dalam gejala tidak sihat. Tapi, dia lain. Dia ada azam tersendiri. Dia tahu keadaan dia, so, dia janji dengan diri dia untuk jadi someone berguna so that orang takkan pandang rendah dengan dia. Dia asalnya budak yang malas belajar dan agak lemah dlm belajar. Tapi experience mengajar dia untuk move forward. Dia tahu satu-satunya benda yang mampu ubah hidup dia cuma ilmu. Jadi dia usaha gigih. Dan insyaallah segala usaha dia tu membuah hasil satu hari nanti.

Konklusinya, hehehh, dia seorang sahabat yang memang baik, no doubt. Dia share mcm-mcm dengan aku so that budak ktak bawah tempurung macam aku ni dapat bukak mata luas luas. Banyak yang aku tak discover. Thanks for you, my friend, you had taught me a lot. Aku akan sentiasa ingat kau. Sentiasa.

Sentiasalah bersyukur okay. May Allah bless all of you. Tyanks for reading yeah, bye and wassalam.

No comments:

Post a Comment

Hello kind soul, please mind your words :)

 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger