Assalamualaikum. Erghmmm. Rasanya,,.. masih sempat lagi aku nak ucap Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Hahaha. Maka debaran sebenar kian terasa. Debaran result upu muahahaha *kasi naik tanduk sikit*. Sedar tak sedar, ghupanya aku dah berbulan2 kat rumah tanam anggur yang tak berbuah. Fuhh lama? Aku rasa macam baru bulan lepas aku ambik last paper kat Puncak Alam. Lepas ni nak melangkah alam degree pulak, inshaa Allah. Takut. Nerves. Malas. Blur. Rasa bodoh pun ada jugak, sebab dah lama sangat ni tak study.
Teruskan bidang apa? Nahhh. Aku pasrah. Aku serahkan pada Allah. Apa jua Dia bagi, aku terima inshaa Allah. Dan semoga orang sekeliling aku pun terima, inshaa Allah. Tak guna kalau aku dapat kos hebat kalau aku tak mampu nk bawak jadi,, aku serahkan pada yang Maha Mengetahui. Rezeki Allah tu luas. Haha sebenarnya aku masih lagi takut dan nerves. Kalau hampa baik hati kan,, doakan aku. Mana tau Allah perkenan doa salah sorang dari hampa. Sebab doa ni satu benda yang hebat.
Tuesday, July 28, 2015
Saturday, July 4, 2015
Satu Sembilan
Assalamualaikum. 17 Ramadhan 1436H.
1 Julai 2015. Umur aku 19. 19. Tahun depan genaplah 2 dekad aku hidup. Berakhirnya usia "belasan tahun". Entah kenapa part of me nak ulang semula semuanya. Ya semua sekali. Dan another part pula kata redha dan teruskan sajalah. Me against the world. And the world will win. Thats the reality. Sigh. Setiap kali umur meningkat, aku akan throwback. Pejam mata. And snap out of it. Ada memori. Ada memori yang akan buat aku gelak. Ada memori yang akan buat aku rindu. Ada memori yang akan buat aku happy. Ada memori yang akan buat aku rasa bodoh. Ada memori yang akan buat aku menangis. Menyesal. Bersalah. Malu.. Mungkin aku tak patut throwback. Tapi itu yang berlaku setiap 1 julai. Well, mostly.
Usia mematangkan seseorang. Buat masa ni mungkin aku rasa lebih matang berbanding tahun-tahun yang lalu. Dunia ni satu penyakit. Hidup umpama misai sepah yang aku sendiri tak faham kenapa. Tapi itupun kalau hang lahir dalam keadaan islam tapi hang sendiri tak faham islam. Solat tiap hari hang buat macam ritual kosong yang tak ada apa makna. Puasa suatu adat yang hang buat sekadar cap ayam sahaja bukannya dengan penuh taqwa. Raya Aidilfitri satu perayaan tradisi yang penuh pembaziran dan materialistik. Aduhh.
Aku cemburu. Aku cemburu dengan mereka yang sentiasa menitis air mata tatkala beribadat. Solat yang dibuat sepenuh hati. Puasa yang bermati-matian tidak disiakan. Aidilfitri yang penuh rendah diri dan kemesraan. Ibadah sebagai nyawa dan nadi hidup.
Sempena hari lahir aku, aku taknak apa-apa. Kecuali doa. Tiada apa yang lebih istimewa dari doa sebagai hadiah. Doakan aku untuk jadi seorang muslim yang baik. Itu ja yang aku mintak.
Terima kasih dan minta maaf atas apa jua dosa aku kepada anda. Yang tengah baca ni.