Friday, January 31, 2014

Saya bukan Farhan!

Tonari no kaibutsu-kun

Assalamualaikum! Ahha. Apa hal ni? Siapa pula Farhan ni? Serius aku tak kenal siapa Farhan ni. Alkisah beberapa hari ni ada nombor tak dikenali call dan mesej aku. Mari kita ikuti perkembangan cerita ni ;

suddenly,
anon : Ok
anon : kkq kena buat apa
me : sapa ni?
anon : ni aku hakim kelas 1m
me : salah nombor ni
anon : Farhan kh kena buat apa
me : Salah nombor dik. Saya bukan Farhan
anon : Farhan bm bukan kena buat sinopsis

Lepas tu dia call pulak. Mula-mula aku tak angkat sebab memang aku tak suka angkat call dari stranger. Disebabkan dia call bnyak kali, terbit rasa kesian sebab dia mungkin betul2 ingat aku ni Farhan. Aku pun angkat le. Suara pun macam budak darjah satu tapi tau la aku budak ni tingkatan satu memandangkan dia dah belajar kkq. Katanya Farhan yang bagi nombor ni. Sampai ke hari ni dia dok call padahal dah bagitau salah nombor.

Apapun orang selalu kata aku ni kejam sebab asal nampak nombor tak dikenali haram nak jawab. Ayye aku memang macam ni lahh. Tambah-tambah pulak nombor aku ni selalu saja di'wrongnumbered'kan *haa macam tak kena. So, adik hakim yang tak dikenali, stop calling or dialling my number sebab saya bukan Farhan. ok. Not a big issue. Saja nak memanjangkan cerita hehh.

Ok lama aku tak bukak tumblr. Ehehh, senang-senang follow lah lol *ketidakmaluan terpancar~
 (4) Academia de Cultura Asiática Ninshi | via Facebook
hiphiphoray to 8060 bloggers following le weirdome. Salah silap harap dimaafkan *sayaserius!

Sunday, January 26, 2014

Faham maksud Perfecto Imperfait

I forgive you. | via Tumblr

Assalamualaikum. Tajuk diatas mintak anda say good bye to spell-it-right.  Ok terima kasih. Kenapa berterima kasih? Atas kesudian membaca >,< Wahai hati jangan perasan. Ok back to business. Setiap manusia tak perfect cekk oi. Eh sempurna je saya. Tak ada cacat cela. *Uik, even pemakai spek kategori cacat tau. Mungkin fizikalnya ya. Mentalnya? Inteleknya? Emosinya? Jasmaninya? Rohaninya? Lain-lainnya? ada perfait? Lets say yes. Means anda tak pernah buat salah di dunia ni. Tak ada secalit masalah dalam hidup anda ni. Tak payah nak buat lawak. Nonsense habaq mai. Hidup apa lagu tu. pffftt. 

Semua orang tak sempurna. Kenapa? Haip! Hidup haruslah mencabarrr. Sempurna hidup nak mencabaq kot mana? Tak semua yang kita buat orang suka. Tak semua yang kita cakap orang suka. Haaa.. aku .. Aku ni tokei ikan. Aku jual ikan lah maknanya,, therefore aku ni selfish *tak lawak kak -,- serius. Ya aku pentingkan diri. Aku tahu apa kelemahan aku dan aku selalu nak orang faham my imperfectionessesesesss instead of bersyukur dan sendiri faham plus terima kelemahan sendiri. Dah tu tak pernah pulak nak faham imperfecto orang lain. Ni semua dunia. Dunia ni semua. Walhal bagi sesetengah orang, keimperfectan aku tu dilihat sebagai sesuatu yang baik, kelebihan dan mungkin kekurangan dalam diri depa sendiri. Macam aku jugak, tengok kekurangan orang lain sebagai suatu yang normal, kelebihan dan positif.

Aku bagi contoh, tamsil, misalan. Kejap.. Ok Contohlah manusia tu pendek. Bagi aku, orang pendek nampak comel dan normal laa *ikut dunia sekarang dimana manusia semakin mengecil. Bagi tuan badan tu pulak, pendek tu satu kekurangan yang kadang-kadang memalukan. Yang ni terutama sekali lelaki laa. Actually kita kena bersyukur. Tak semua yang kita ada, orang lain ada. Apa yang dah tersurat ni something yang terbaik dan suit well dengan kita. Kena yakin lah. Dia Maha Mngetahui. 

Fairytales
Depa boleh. Why not aku? Why try so hard? Accept sudah le. Toksah dok jadi atelophobia sangat. pffftt.

#sekadar pengisian untuk diri sendiri. Untuk orang lain boleh jugak. Why not. Maap le keluar habis bahasa utara selatan. 
Assalamualaikum >.< ~

Tuesday, January 21, 2014

Contest Maulidur Rasul

Assalamualaikum,


Tamat 23/1/2014. Sempat lagi ni. Cepat join. Tak ada idea nak post apa-apa bukan? Nah join lah contest ni. Inshaa Allah bermanfaat :) Terima kasih Nliyate invite saya join :)

 Bilakah tarikh kelahiran Nabi Muhammad?
12 Rabiul Awal Tahun Gajah.

 Berikan dua nama ibu susuan Nabi Muhammad?
Thuwaibah dan Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah.

Slogan?
Aku Cinta Rasulullah
Biar tak pernah sekali pun kita berjumpa cukuplah sekadar aku mengenalimu.

Allahumma solli ala Muhammad :D

karya:Rusydee Artz

Wednesday, January 15, 2014

Birthday GiveAway by Cik Ayue

Assalamualaikum,

click banner to join :D

Lama tak join GA >< Terima kasih kpd cik fifi kerana tag saya. Ok shockingly entry ni bercakap mengenai aaaahhh ... wedding suggestion. Aku pilih benda yang aku suka dan perlu diingatkan kadang-kadang apa yang aku suka bukan semua orang suka. Taggie: syamsyam, wana, Izzah~

So for the pelamin,

simple and sweet pelamin

Amek kau. Keke. Aku cuma rasa kaler putih lawa dan tengok rose-rose putih nun. Innocent dan pure. Dan bila ditambah kaler hijau sikit, nampak mesra alam gitu *bila budak hingusan berkata-kata~ 

And for baju pengantin,
 redza irma

Infact, aku dah jatuh cinta dengan semua wedding dress Irma Hasmie. Kebiasaan baju pengantin nampak ketat dan sangat stuffy. Kadang-kadang semak mata memandang. But seriouly baju kat atas ni nampak simply nice, sangat sopan, cantik, lawa dan anggun. Sejuk mata memandang. kihkih :)

#bercakap sekadar berdasarkan pengalaman as flowergirl and eater in kenduris. Hancus manglish.

extraa :

Beautiful  Sweets Hantaran

Coklat kiss kat dalam tu. Biasanya aku panggil ni coklat taik. You know bentuk dia.. Astagfirullahal'azim. Apapun suka yang ni :D


Friday, January 10, 2014

being random

Ok

Assalamualaikum. [Iklan] Aktiviti hari ini ;  Tutup hidung  Sebut 'saya benci awak spongebob'  Feelin like a boss .. Ok the end. Actually nak type apa ni? aaah... aaaa... aaa... Oh man kena punggah kotak buku balik! Nak kutip buku/kertas sejarah. Kenapa pulok? Cikgu sejarah minnntaaaakkk~ [gasp] Dalam hati #Aku.. aku... aku belum jual lagi buku sejarah rite? Aku.. aku rasa still simpan. Tapi lepas exam hari tu entah mana aku letak.. aaa.. Oh ok ada dalam kotak. Alhamdulillah selamat~ Kalau tak terpaksa adik aku cakap kat cikgu "Maaf kakak saya dah jual buku kat lori kitar semula". Haha. 

Jenjenjengg. Cerah dah blog aku. Sakit mata tak? keke. Setelah menjalani satu ujian otak ni, aku dapati cara pemikiran aku macam lelaki yakni tak fikir habis-habis #maafkansaya. Nah try. Sila lakukan dan jangan cuba MENIPU diri anda sendiri.

Kira jumlah huruf F dalam perenggan dibawah dalam masa 10 saat ( 10 saat je kalau anda betul betul nak tau jawapannye! ) :

 FINISHED FILES ARE THE RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC STUDY COMBINED WITH THE EXPERIENCE OF YEARS

 Berapa banyak huruf F anda jumpa?? Jgn kire balek , terus tgok result anda. OK? berapa banyak? tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!) baca sekali lagi!

 FINISHED FILES ARE THE RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC STUDY COMBINED WITH THE EXPERIENCE OF YEARS 

Tiga lagi? Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula.. Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini... otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF". Keajaiban kejadian atau silap mata? Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F pada permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN.

Haha haha haha haaa.. What can i say. Aku kira mmg tiga saja. Bila dah tau enam baru nampak lagi tiga F.

*A werewolf boy. Gyahh joongki cute >< tak kusangka tak kuduga. Tapi part wolf tu aaaaaa ... apapun nice cute film lol ok kawal macho.

Monday, January 6, 2014

Bercelak tu sunnah nabi tau tau

by his sunnah we live

Assalamualaikum. Dah hampir setengah buku aku baca 'Ya Maulana'. Seketika perkataan 'ustaz gothic' aku selami dalam-dalam. Pemakaian celak bagi ustaz-ustaz tambah lagi para hafiz memang tak menghairankan. Tapi masyarakat islam liberal kita ni kadang-kadang memandang pemakai celak sebagai extremist. Dan perkataan extremist kadang-kadang membawa kepada tanggapan sesat. Tambah lagi sekarang ni syiah semakin berkembang. ok mengapakah bahasaku hari ini -____-

Aku dulu pun macam tu. Tak pernah nak ambil tahu kenapa mereka-mereka ini bercelak. Sampailah satu ketika aku dapat tahu celak tu sunnah nabi. Serta merta 'oh' terkeluar dari kotak suara tanpa dipinta. cehh. Bila dah tahu sunnah rasulullah. Maka pasti dan haruslah ada hikmah disebalik pemakaian celak yang selama ini sentiasa aku pandang remeh. Antara kelebihan memakai celak termasuklah :

 mencerahkan pandangan,
 menyejukkan mata,
 melebatkan bulu mata,
 dapat mengelak daripada terkena penyakit mata,
 menambah seri muka, dll

Lelaki dan wanita memakai celak adalah harus hukumnya. Hukum ini keluar berdasarkan hadis berikut:

 “Bercelaklah kalian dengan itsmid, karena dia bisa mencerahkan mata dan menumbuhkan rambut” (HR. At Tirmidzi no.1679 dalam Sunan-nya bab Maa jaa-a fil iktihaal, Ahmad no.15341 dalam Musnad-nya)

Tetapi harus diingat bahawa perempuan jangan lah pakai terlampau over seperti pakai eyeshadow ke, lipstik terang sangat ke kerana itu telah mengikut cara berhias perempuan zaman Jahiliah. Kalau nak over-over, pakai dalam umah dan depan suami sahaja.


Sekarang nak bercelak tak? kekeke

#18 tahun sudah. Alhamdulillah. tunggu 1 julai nanti baru official :D
 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger