Monday, January 6, 2014

Bercelak tu sunnah nabi tau tau

by his sunnah we live

Assalamualaikum. Dah hampir setengah buku aku baca 'Ya Maulana'. Seketika perkataan 'ustaz gothic' aku selami dalam-dalam. Pemakaian celak bagi ustaz-ustaz tambah lagi para hafiz memang tak menghairankan. Tapi masyarakat islam liberal kita ni kadang-kadang memandang pemakai celak sebagai extremist. Dan perkataan extremist kadang-kadang membawa kepada tanggapan sesat. Tambah lagi sekarang ni syiah semakin berkembang. ok mengapakah bahasaku hari ini -____-

Aku dulu pun macam tu. Tak pernah nak ambil tahu kenapa mereka-mereka ini bercelak. Sampailah satu ketika aku dapat tahu celak tu sunnah nabi. Serta merta 'oh' terkeluar dari kotak suara tanpa dipinta. cehh. Bila dah tahu sunnah rasulullah. Maka pasti dan haruslah ada hikmah disebalik pemakaian celak yang selama ini sentiasa aku pandang remeh. Antara kelebihan memakai celak termasuklah :

 mencerahkan pandangan,
 menyejukkan mata,
 melebatkan bulu mata,
 dapat mengelak daripada terkena penyakit mata,
 menambah seri muka, dll

Lelaki dan wanita memakai celak adalah harus hukumnya. Hukum ini keluar berdasarkan hadis berikut:

 “Bercelaklah kalian dengan itsmid, karena dia bisa mencerahkan mata dan menumbuhkan rambut” (HR. At Tirmidzi no.1679 dalam Sunan-nya bab Maa jaa-a fil iktihaal, Ahmad no.15341 dalam Musnad-nya)

Tetapi harus diingat bahawa perempuan jangan lah pakai terlampau over seperti pakai eyeshadow ke, lipstik terang sangat ke kerana itu telah mengikut cara berhias perempuan zaman Jahiliah. Kalau nak over-over, pakai dalam umah dan depan suami sahaja.


Sekarang nak bercelak tak? kekeke

#18 tahun sudah. Alhamdulillah. tunggu 1 julai nanti baru official :D

2 comments:

  1. anda ingin bercelak ke nanti ? :D nak "fuiyooo" atau "wahhhh" ek ?

    ReplyDelete
  2. Kalau bagus untuk mata apa salahnya. Tapi bab mata ni sensetip sikit. Nak titik eye more pun makan masa satu jam. Celak?

    ReplyDelete

Hello kind soul, please mind your words. Gomawo ;

 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger