Thursday, July 31, 2014

Salam Aidilfitri

Untitled

Assalamualaikum.. Kami mai nak beraya. Eheheheh. Ehem. Ehem. Ehemm. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Haih cepat ja masa berlalu kan? Cepat rasanya Ramadhan berlalu. Cepat rasanya cuti seminggu aku ni berlalu. Sungguh. Haih. Takmau la balik puncak alam. Nak duk rumahh  T^T

Aku nak bagitau something ni. Aku.. ada.. test.. after raya ni. Waaa.. kekejaman berlaku disitu. Actually sebelum raya pun ada test. Ni kira sambung episod haritu. Lahai aku tak baca apa pun haih. Tautau dah jumaat. Sabtu balik dah. 

Ok cut the crap. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin yea. Walau apapun salah aku kat hangpa, aku mohon maaf sangat2. Bagi yang dah nak balik jauh tu, have a safe journey. Jangan perabih duit raya hahah. Dan kepada yang senasib dengan aku, good luck for your test. Do your best. Semoga kita dapat result yang cemerlang, amin. 

Saturday, July 5, 2014

Me and Ramadhan


Untitled

Assalamualaikum. Alhamdulillah hidup lagi aku untuk berjumpa Ramadhan sekali lagi. Oh sebelum tu,, Ahlan Ya Ramadhan. Selamat berpuasa wahai umat Islam. Let's make this Ramadhan the best. Dan satu pengalaman baru untuk aku berpuasa tanpa keluarga di sisi. Kadang-kadang tu bukak puasa sengsorang. But yeah no problem so far. Alhamdulillah sekarang dah banyak makanan. Apasal cakap macam tu? Sebab awal-awal bulan puasa makanan perghh terhad. Cafe banyak tutup. Bazaar Kat uitm? Jgn terpedaya. Sikit saja lori makanan yang ada. Haha. First time dengar kat sini ada bazaar ramadhan, aku dah terbayang padang kawat nanti penuh, havoc, meriah gila. Hakikatnya.. haih..  bersyukurlah ada bazaar jugak.

Dann.. makin liat aku nak daki tangga kejayaan palam. Melayanglah seringgit naik bas rapid balik kolej kediaman. Tapi! uitm dah sediakan bas free along ramadhan! Cuma beroperasi pukul 5.30pm-6.30pm tak salah aku. Atleast bertimbang rasa jugak warga uitm ni. 

Haha busy busy busy hidup aku kat sini. Ni pun baru selesai jawab quiz chemist dan fizik. both online quiz. Yg tak tahannya tadi time buat chemistry quiz. Rush mcm apa lg sbb masa diberi 2 jam saja. Dan loading antara satu soalan ke soalan lain masyaallah.. memerlukan kesabaran level tinggi. Td pun tak sempat aku check jwpn sebab endless loadingnya dan hasilnya dpt 7.1 of 100. Serius duduk sini hang kena kuat. Budak-budak sekeliling pandai super sayyan punya. Every week input melimpah ruah. Laju jangan cakap. Sampai rasa nak muntah. Memang kejap-kejap tu akan rasa fed up. Nak lari masuk form 6. Tapi, janganlah give up. Fight and bear it. That's what i'm doing right now   T^T  

Islam
Okay noted.
-
-
-

Happy Fasting
 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger