Assalamualaikum. Alright. Novel melayu. Novel cintan. Sinonim sangatlah dengan fomfuan kan. Nak nak lagi yang muda mudi. Tak tahulah kalau opah awok baca novel cintan cintun. Interesting tu. Aku naturally pemalas A+ bab baca buku ni. Lagi lagi yang tebal-tebal berat bak kamus dewan. However ada la dua novel cintun aku beli.
Dalam rekod sekolah, hobi aku membaca. Penipuan normal rakyat pelajar. Bab membaca ni, buku teks sejarah rajinlah aku baca. Dah habis sekolah aku cari novel balik. Memupuk semangat membaca kononnya. Novel pertama yang aku jatuh cinta tajuknya Ya Maulana by Hana Illhami. Serius time nak beli ni, macam ada something yang menarik aku untuk tengok belek pegang buku tu. Belek2 buku lain. Last-last balik semula kat buku ni. Padahal novel ni nampak mcm tak menarik. Boring.


Benarlah pepatah "don't judge a book by its cover". Aku sayang gila kat buku ni. Tak bagi adik aku pinjamkan kat sesapa pun. Orang lain komen novel ni biasa-biasa saja. Aku? Aku suka gila kat novel ni. Yang sebelah tu Fiksyen 302. Cerita psycho bunuh bunuh dan siasatan. Memang taste aku. Malangnya tak jumpa dah novel penyiasatan dan bunuh2 macam ni. Kecuali Impiana. Tu favaret aku. Takleh kacau.
Lepas tu adik aku makin rancak beli novel manakala aku cuba bertukar kepada novel english. muehehe. Novel english *jengket kening bertubi-tubi ^^ Memang best novel orang putih tapi malangnya ada lah part-part tak senonoh diinsert. Haizz bagi down spirit nak reading. Setelah tu, aku tak membaca lama jugak. Sampailah baru-baru ni adik aku beli buku yang aku memang nak beli hehehh tapi sayang duit punya pasal tak beli-beli.
Jenjenjeng. Pabila Romeo Vs Juliet. Aku tertarik dengan novel ni sebab 1. Penulis E-man Sufi :D Drama "bukan aku tak cinta" adaptasi novel dia shokingly jadi drama melayu faveret aku. Drama melayu selalu aku tak layan. cehh. And again shockingly cerita dia ada berkisar pasal gangster. Dalam hidup aku pantang tengok cerita melayu gengster. Benci betul. Tapi yang ni tak sebab hero dia taubat. 2. Sebab tajuknya. Hehehe ROMEO Mengingatkan aku pada insan tu dan julietnya syam hahahahahahhahaha XD
Baru setengah buku. Abang manja memang takleh blah XD huhuhu. Aku tertarik dengan penulisan E-man Sufi mulanya daripada drama "bukan kerana aku tak cinta". Lain deripada yang lain. Dan aku suka kelainan :)
Blablablablablaaa.. bila aku nak stop type kan.. duhh..
Bye ^^
heyyy perlu ke mention kan nama aku ? =oo=
ReplyDeleteSyamsyam [REP] : Saja suka suka. Terasa nak mention XD ehem ...
ReplyDelete