Sunday, April 13, 2014

Langgar budak sekolah


Assalamualaikum. JUMAAT. 10 APRIL 2014. Aku kena hantar adik-adik aku pegi sekolah. Drive kancil. Bukan main banyak kereta parking mcm haram. Tak. Memang parking secara haram. Buat mcm kawasan ni hak milik persendirian depa. Renggggggg.. eh bunyinya pelik. Sorang budak sekolah rendah tunggang basikal laju gila nak mampos dari selekoh kanan which aku nak masuk. 

Kereta yang diparking haram jadah [mintakmaap] menghalang aku nak tengok selekoh kanan tu. Takut-takut ada lagi spesis racer mcm budak tadi. Betul. Ada sekumpulan budak sekolah tengah datang dari selekoh kanan tu. Aku stop beberapa meter dari selekoh tu. Kang budak-budak tu bawak laju tak sempat pulak brek. Dan YA. Sorng budak lelaki mendahului kumpulan tu. Bawak basikal mcm kena ligan harimau. Perghh dia drift masa pusing selekoh. Laju sangat. Aku tak boleh ketepi sikit. kiri kanan kereta parking. Jalan tu muat satu kereta. Mula aku nak menyumpah. Astagfirullahalazim .. Nak reverse, tak sempat dah. Budak tu nampak aku. Riak muka jelas terkejut. Tekan brek. 

BANGGGGG! Hamek kau betul-betul depan belah aku budak tu cium cermin. Dah lah kereta tu lama tak basuh. Berhabuk. Allah saja yang tau perasaan aku time tu. Panik? Hmm taklah sangat sebab bukan aku yang langgar dia. Dia langgar aku. So chances untuk mati err mcm taklah kot. Ibarat bawak basikal langgar dinding. Serius ni first time. Aku taktau nak buat apa. Selalu dalam tv driver akan keluar kereta tanya cedera tidok. Budak tu dah berdiri balik betul-betul sebelah pintu aku. Takkan nak bukak. So turunkan tingkap. "Okey tak?" haha aku taktau nak cakap apa ni. Patut aku tanya ada luka kat mana-mana, boleh jalan tak NAsihat jgn bawak laju blablabla. Dengan sekumpulan budak jadi saksi kat belakang dia. Aku tanya tu ja. "okey tak". Dia pun cakap la ok. Takpa. ok. Lepas tu naikkan tingkap terus blah. 

Balik rumah. Aku rasa bersalah walaupun secara teknikalnya aku tak langgar dia. Dia yang langgar aku. Tak bolehlah nak saman aku. Saman pemilik kereta parking mcm asdfgjkl. Kalau ya, aku nak join saman jugak. Kurang ajar kurang sivik punya orang. Harapnya adik tu tak lah injured. Kalau ya, aku betul-betul bersalah dan perlu belanja dia choki choki. Btw, aku tak tengok lagi kereta. Entah calar ke hapa. Errkk. Takut jugak. Tapi malas betul nak turun bawah g check.

Alhamdulillah. Semua ok :3

  playerauditore:

Source: x

8 comments:

  1. huihh Alhamdulillah..xdak yg buruk jdi..

    ReplyDelete
  2. Memang budak sekolah kalau naik basikal dengan geng dia macam org gila. Serious talk.

    Pasni kalau nak amik adik tu cakap dengan dia tunggu kat tempat yg tak byk kenderaan (mungkin jauh sikit dari sekolah) okay la kot takde nak bersesak-sesak dengan van sekolah lagi.

    I did that too cz takut dengan style budak sekolah ni ride their bicycle. Haha

    (sorry panjang) XD

    ReplyDelete
  3. bleh kene heart attack klu langgar org..

    ReplyDelete
  4. Haha, baik punya ayat. Nasib baik takde benda serious berlaku..

    ReplyDelete
  5. @Niyaz zara [REP]: Ahha ada kemek kecik kat kereta tapi Alhamdulillah ok semuanya.

    @ Nurhafzhan The Rauf [REP]: No worries. Nak buat satu entry kat sini pun takpa ehehh. Bukan nak ambik adik. Nak hantar adik. Kawasan ni dekat dengan rumah. Nak pegi mana pun ikut jalan tu. Cuma tak biasa bawak awal pagi.

    @ Anis Aisyah [REP]: Tu lah. Dahlah saya ni baru lesen P.

    @ Choi•Minhoヅ™ [REP]: Hahaha. Haah Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. ahaha.. ok tak?

    fufufu.. kalau time gelabah mmg ayat cemtu ja kluar :D

    takpalah kalau si budak tuh ok tak cedera parah.. :D

    tapi kalau tercedera akibat dia sendri pnya salah.. mesti kita pun rasa serba salah.. XDD

    takde sivik tul budak2 bawak laju2 nih aish (padahal kecik2 dulu pun sama ja.. ahaha)

    be careful next time ^___^

    ReplyDelete
  7. @ Junkyo No Hikari [REP]: okok. Haha tu la. Budak2 mmg cmtu. Tak bleh nak salahkan diorang sangat. Yg bersalah ni kereta2 yg parking ikut sedap hati dorang. Ahha oke oke thanks ^3^

    ReplyDelete
  8. ahaha tu lah kan :D
    yups so true..
    itulah masalahnya.. kang saman kang marah lah.. meletup lah.. ye dak.. hurm.. tapi salah sendiri tak reti nak bertimbang rasa kan3 XD

    no prob ^_^

    ReplyDelete

Hello kind soul, please mind your words :)

 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger