Awal subuh tadi dapat email dari PTPTN. Peringatan untuk pembayaran balik pinjaman. Disebabkan aku tak mohon penangguhan, mula bulan 1 haritu patut dah start bayar. Masalahnya bila kerja ditangguh-tangguh lupa la jadinya. Jadi daripada tangguh lagi, terus aku bayar online, guna Jompay.
Luka dihati tak hilang lagi, memang tak pernah akan hilang bila mengenangkan PTPTN ni. 4 tahun aku belajar dengan 1 tujuan ya anak-anak. Supaya aku tak payah bayar balik PTPTN ni. Alhamdulillah dapatlah First Class walaupun atas pagar ja. Tapi bilamana belajar tu dengan niat tak ikhlas, niat taknak bayar hutang, mendapatlah aku tiba-tiba PTPTN tambah 1 lagi syarat :
Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40 berdasarkan maklumat pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik (terpakai kepada peminjam yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2019).
Untuk kategori 'bujang' pendapatan berdasarkan gaji pemohon, bapa dan ibu. Bila ditambah 3 orang punya gaji jadilah golongan T20 aduh. Padahal gaji sendiri gaji minimum. Tapi tu la, yang nak bayar nanti bukan mak bapak aku. Aku ni golongan B40. Kecewanya rasa hati ni bagai dipanah petir aku baca syarat terakhir tu. Punah cita2 aku. Sumpah weh terduduk aku, plan 4 tahun aku tak menjadi. Aku still kena bayar puluh puluh ribu tu. Tiba-tiba aku rasa .. apalah nak dibanggakan first class tu kalau aku still kena bayar jugak. Aku rasa aku ada hak kot lepas usaha 4 tahun tu, dah la biasiswa pun tak boleh mohon sebab tengok gaji mak ayah jugak. Paham tak sekarang ni nak langsaikan hutang tu guna duit aku bukan mak bapak aku.
Okay. Okay relaks lah. dah hutang kena la bayar. Tapi yang aku sedih sangat PTPTN bagi fakehope kot. Kalau nak implement syarat baru, tunggu la lepas 4 atau 5 tahun, supaya pemohon baru takda la kena fakehope ni. Okay aku masih tak tenang ni.
Sayang kan? Belajar 4 tahun. Gaji minimum. Sama macam diploma. Sama macam lepasan SPM. Kalau ada yang nak amik kos fisioterapi tu, pikir la balik. Melainkan korang betul2 minat, atau ada kabel untuk masuk government, yeah why not. Sila kan.

xbayar kang blacklist pulak nama.. nak beli rumah pon tak lepas -.-'
ReplyDelete