Aduh benda paling basic kalau jadi perempuan. Kalau hampa tak pernah rasa PMS ni, sama ada hampa ni sangat beruntung atau ada masalah atau sebenarnya bukan perempuan pun. Bagi yang tak tahu terms PMS ni apa, Premenstrual syndrome (PMS) atau Sindrom Pra-haid adalah kondisi yang terjadi sebelum wanita period. PMS ni boleh jadi setiap bulan atau kadang-kadang ja, mengikut tubuh badan perempuan tu sendiri. PMS ni sangatlah popular sebab dia boleh mempengaruhi fizikal, mental, dan emosi, all-in-one-pakage. Punca PMS? Sebab perubahan hormon dalam badan. Biasanya yang kerap ada PMS ni depa yang dalam umur 20 ke 30 tahun.
Dari segi fizikal, simptom PMS termasuklah senggugut, sakit atau payudara tu rasa bengkak atau keras, sakit dekat kawasan vagina, sakit belakang, sakit kepala, pening, demam, masuk angin, sembelit, keletihan, muntah-muntah, ada yang boleh pengsan, naik jerawat, macam-macamlah. Dari segi mental dan emosi, hampa akan rasa emo dan sensitif, asyik nak marah-marah, cepat naik angin, mudah menangis, asyik nak makan, kadang-kadang happy sangat. Senang kata emosi tu cepat berubah-rubah. yang pasti chaos la.
Simptom PMS ni setiap perempuan lain-lain ya intensiti dan tahapnya. Simptom yang sama tapi mungkin ada yang sakit sikit, ada yang sakit gila. Ada yang muntah-muntah, ada yang takda pun simptom tu. Emosi pun ada yang terkawal, ada yang tak boleh dikawal. Jadi tolong la jangan cakap 'alah, dia melebih-lebih ja tu. Orang lain pun period takda la sampai macam dia tu, siap pengsan la, nak cuti lah'. Pantang betoi la tambah-tambah kalau perempuan yang cakap macamtu dekat sesama perempuan. Bersyukurlah hampa tak kena teruk. Jangan sampai ada yang makan flying kick aku ni. Dah la aku tengah PMS ni, 24/7 panaih ja hati ni. Rasa nak bunuh orang ja 2-3 hari ni. ketaq tangan oi ketaq ni.
Untuk diri aku sendiri, PMS aku tak lah teruk sangat dan selalu berubah-ubah tiap bulan. Macam sekarang ni, aku takda simptom fizikal lagi setakat ni, tapi emosi aku memang kacau wei. Dah 2 hari mak aku tegur aku ni nak marah-marah dah kenapa. Kalau ada meja depan aku, rasa nak flip semua. Tak relaks wei. Dalam dada ni membara ja aku pun taktau la apa yang aku tak puas hati sangat ni. Takda benda pun. Tapi tu lah, aku terlanggar pintu, aku marah-marah sepak sepak pintu tu. Padahal pintu tak salah, aku yang langar dia. eh eh dia ni.
Biasanya bagi tiap bulan aku akan ada senggugut, demam, sakit belakang, jerawat dengan emosi. Tapi kalini, aku ada jerawat dengan emosi tak stabil. So aku rasa kalini dia ganti sakit2 aku tu, bagi double trouble kat emosi aku. Sebab serius kalini aku takleh control la emosi sendiri. Sat sat marah, sat sat nangis, sat sat happy, tapi amarah la yang dominan sekarang ni. Kesian family aku hahahah. Tu nanti period start, senggugut semua pulak datang, lagi stress aku. Haiya
kite dah period baru datang mood swing hehehe
ReplyDeletehaha kalau sy selalunyaa jarang sengugut. sejak bln nii jaaa sepanjang period tuu migrainnn cukup 7hari.. murungggg jadinya >,<
ReplyDeleteCCL time period alhamdulillah jarang nk kena senggugut ni . Kena jga jgk ..klw seminggu nk dtg tue ..jgn stress ..skali melanda senggugut tu ..mood swing jgk laa
ReplyDelete