Sunday, February 7, 2021

Apa itu Fisioterapi?

Baru kejap tadi aku post pasal topik ni kat facebook. Alang-alang aku post sekali dekat sini. Biar berilmiah sikit blog ni. Dah 2021 ni ada lagi ka yang tak tau fisio tu apa? Mencanak-canak physio centre kat Malaysia sekarang, bukan kat hospital saja tau. Makin mudahlah pesakit yang memerlukan rawatan fisioterapi ni untuk dapatkan rawatan.

Okay, meh la kita start.

Fisioterapi (physiotherapy) merupakan salah satu cabang perubatan yang fokus dalam pemulihan fungsi anggota badan. Pengamal fisioterapi dipanggil ahli fisioterapi, physiotherapist, physical therapist atau di Malaysia lebih dikenali sebagai jurupulih perubatan anggota.

Ahli fisioterapi membantu pesakit mendapatkan dan mengembalikan setiap fungsi fizikal hingga ke tahap yang optimum agar dapat berfungsi sebaik mungkin melalui teknik manual, pergerakan aktif, senaman yang spesifik, dan konsultasi mengenai keadaan mereka. Aspek yang diberi tumpuan termasuklah mengurangkan kesakitan, pergerakan yang terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik serta tidak menjejaskan aktiviti harian.

Walaupun fisioterapi nampak seperti satu cabang perubatan yang kecil, fisioterapi merangkumi semua peringkat umur dan lapisan masyarakat. Bermula dari bayi, kanak-kanak, orang dewasa, warga emas, mahupun ibu mengandung, semua peringkat mempunyai kondisi atau masalah yang memerlukan rawatan fisioterapi.

Bidang fisioterapi termasuklah;

1.  Musculoskeletal (masalah melibatkan tisu lembut seperti tulang, otot, ligamen, tulang rawan)

2.       Neurological (masalah yang berkaitan otak, saraf tunjang atau sistem saraf)

3.       Cardiorespiratory (masalah berkaitan jantung dan paru-paru)

4.       Sport’s Injury (Kecederaan ketika bersukan)

5.       Paediatrics (masalah/kondisi bayi dan kanak-kanak)

6.       Geriatric (masalah berkaitan warga emas)

7.       Women’s Health/Men’s Health (masalah/kondisi khusus berkaitan wanita atau lelaki)



KAEDAH RAWATAN FISIOTERAPI

1.       -Manual (Soft tissue manipulation/urutan, trigger point, mobilization & manipulation technique)

2.       -Elektroterapi (hotpack, icepack, shockwave, ultrasound, tens)

3.       -Senaman (regangan, kekuatan, kawalan, keseimbangan, pernafasan)

4.       -Konsultasi



MENGAPA PERLU MENDAPATKAN RAWATAN FISIOTERAPI?

1.      - Fisioterapi merupakan rawatan yang selamat, dipercayai dan berkesan.

2.      - Rawatan fisioterapi adalah ‘evidence-based’ iaitu berdasarkan bukti kajian dari serata dunia.

3.      - Fisioterapi juga merupakan alternatif kepada pembedahan untuk sesetengah kondisi.

4.    Pada masa kini, fisioterapi bukan sahaja berada di hospital, tetapi sudah banyak pusat fisioterapi dan ada juga freelance fisioterapi yang menawarkan rawatan rumah ke rumah. Maka semakin mudahlah pesakit untuk mendapatkan rawatan.

 


SIAPA YANG PERLU MENDAPATKAN RAWATAN FISIOTERAPI?


         Angin Ahmar/stroke

-         Bed-ridden/ pesakit yang terlatar

-         Lemah kaki/tangan

-         Patah

-         Sakit sendi

-         Sakit Belakang

-         Sakit pinggang/slip-disc

-         Sakit leher/bahu

-         Selepas melakukan pembedahan

-         Pergerakan anggota badan terbatas

-         Dan banyak lagi


Hubungi/berjumpa terus dengan doktor atau ahli fisioterapi bagi mendapatkan pemeriksaan face to face. Doktor/fisioterapis akan melihat sama ada kondisi atau sakit yang anda alami bersesuaian dengan rawatan fisioterapi. Kondisi pesakit perlu diperiksa bagi mendapatkan diagnosis yang tepat.

Dah dapat gambaran fisioterapi? Nanti aku sharekan lagi info-info pasal fisio ni. Kenapa? Sebab aku seorang fisioterapis. Stay tune!

No comments:

Post a Comment

Hello kind soul, please mind your words. Gomawo ;

 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger