Monday, February 8, 2021

Rindu blogger yang dulu



Isnin. 8 februari. 10.25pm. Disebabkan PKP aku bukak blog aku ni hari-hari. Bila nak start tulis entry. Oh no, Oh no no no, no no. Blank. Taktau nak tulis apa. Aku pergi kat reading list, nak tengok perkembangan blogger2 yang aku dah follow sejak 10 tahun lepas. Kebanyakkannya dah tinggalkan dunia blog. Post terakhir sekitar 7-8 tahun lepas. Ramai jugak yang dah delete blog masing-masing. Ramai blogger yang famous satu ketika zaman aku dulu dah menghilang. Blog terbengkalai. Ada juga yang tiba-tiba jadi website lain, untuk download movies lah, bahasa jerman lah. Macam aku jugak la, bila dah makin busy dengan hidup, terpaksalah guna platform media massa untuk luangkan masa. Lebih cepat dan efisien. 


Rindunya zaman aku gila dengan blog. Aku rasa puas lepas dah publish 1 post. Walaupun aku banyak merepek ja. Tapi itu la blog suatu masa dulu. Penuh dengan catatan harian dan diari yang dipertontonkan pada awam. Aku pun tak bosan baca life orang masa tu. Blog ni pun aku tengok start tahun 2011. Padahal aku start blogging dari zaman sekolah rendah. Darjah lima waktu tu, aku ingat lagi, baru pindah johor bahru. Aku tak ramai kawan dekat sana, infact takda kawan rapat pun masa sekolah rendah. Sedih betul, nak luahkan dekat myspace, segan pulak sebab ada kawan-kawan dari sekolah lama & baru. Jadi aku belajar buat blog, edit-edit, deko-deko, sampailah blog jadi hobi aku. 


Tapi sebab terlalu banyak rahsia aku dekat blog tu, aku delete dan buat baru. Blog yang baru tu lepas berapa tahun aku delete jugak dan buat pula blog ni. Dan sampai sekarang blog ni masih ada. Blog kesayangan. Tapi banyak juga post2 yang aku delete, risau memudaratkan. hahah. Masa blog ni lah aku cuba benda baru, belajar html, edit dalam classic template. Masa tu blogskin sangatlah famous. Sekarang, website blogskin tu dah takda. Aku sempat publish lebih kurang 5 skin kat situ, dan best gila bila ramai yang guna. Aku start guna skin, lepastu pahamkan maksud koding tu semua, last sekali try create semula skin tu. Aku marah betul kalau ada yang guna tapi tak credit aku, padam nama aku. Padahal aku dulu pun mula dengan base code orang. Dasarrr


Aku saja edit blog aku mcm oldschool skin. Macam ni la rupanya skin basic dulu. Design kotak, wrapped. Warna blog harus ceria. Bezanya, dulu suka letak mcm2 gadget mcm floating music, floating status, floating chatbox, guna spoiler lah, hover mcm2 style, salji lah, cursor comel lah, pop out welcome note, banyak lah. Pastu nanti blog jadi berat. Ada pulak website untuk check speed blog. pehh. Lepas tu makin maju sikit, jana pendapatan thru ads. aku guna churpchurp, dah RM80, sekarang tak ingat dah password semua. maleh la, nanti bila2 rajin baru tengok balik.


1 comment:

  1. Hai Q. saya pon haritu lebih 3-4 bulan sepi dari blogging. mood kelaut dalam perginye :P mengharapkan kawan-kawan blogger dari 10 tahun dulu masih ada tapi macam ramai yang dah tak aktif..

    ReplyDelete

Hello kind soul, please mind your words. Gomawo ;

 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger