Saturday, May 29, 2021

Post-Astrazeneca Battle

 


Seperti yang semua maklum, pada 26 Mei 2021 yang lalu, tempahan slot Astrazeneca untuk bawah 60 tahun telah dibuka secara dalam talian kepada mereka yang menetap di Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sarawak dan Selangor sahaja. Tetapi, tempahan ini adalah berdasarkan "first-come, first-served" yang membawa maksud slot adalah terhad dan pastinya akan ada perebutan tempat. Disebabkan punyalah lama menunggu vaksin ni membuatkan terlalu ramai orang muda yang terdesak mendapatkan slot kali ini. 


Disebabkan aku tak terikat dengan mana-mana syarikat dan bergerak solo sekarang, susah betul nak dapatkan vaksin walaupun aku bekerja di sektor kesihatan dan berada dibawah essential sector. Nama dah pun dihantar untuk dapatkan vaksin dari bulan March dibawah kumpulan freelance. Tunggu punya tunggu tak ada berita sampai sekarang. Banyak juga physio centre yang masih belum dipanggil untuk temujanji vaksin. Padahal physiotherapy ni memang memerlukan close contact dengan patient2. Walaupun telah mendapatkan pertolongan Malaysian Physiotherapy Association, pada waktu sekarang ni, kkm dah tak layan permohonan vaksin bagi para physio, kena tunggu queue mcm orang lain di Mysejahtera. Alahai takut la aku nak buat physio, kami bukan setakat pegang, kena peluk lagi patient tau hahahahh,.. Mana la tak paranoid. haih rasa macam tak function la persatuan physio ni. 

Nasib baik sekarang aku duduk Penang, boleh la apply juga Astrazeneca ni. Nak tunggu queue haih belum tentu tahun depan pun aku dapat vaksin. Silap2 lepas 2-3 tahun. Kalau dah vaksin takdalah takut nak buat treatment dekat patient. 

11.30am aku terpacak dah depan laptop. Tapi tak on pun lagi. Amik mood dulu. 12.50 on laptop terus standby dekat website tu. Tercari-cari nak tekan mana untuk mohon. Rupanya belum keluar button tu. Tengah maintainance katanya. Okay chill dulu. 12.00pm tepat button dah keluar, tp dia ada letak notis permohonan ditangguhkan ke 12.15pm. Cuba mohon tp tak lepas. ok tunggu 12.15pm. Bila tiba masanya, dengan pantas aku isi semua detail tp tak boleh klik pilihan negeri lah pulak. adehhh. Refresh berapa kali entah pilihan negeri tetap tak boleh pilih. Bila dah boleh pilih, keluarlah tarikh slot, aku pilih sama dengan adik aku, terus hantar. ehhh tarikh tu dah full pulak. aku isi balik hah sudah, pilihan negeri tak lepas nk tekan. stuck. mampus aku. berlari ke bilik atas, adik aku dah berjaya submit tp dia pilih tarikh last. Aku guna laptop dia, ingatkan laju la. Sama ja. ahh sudahhh. adik aku tolong mohon di laptop, aku try dekat phone. sama ja. tapi dekat phone keluar tarikh2 tu, cuma setiap yang aku tekan dia kata dah full. kecewa punya pasal aku main tekan ja semua tarikh, tiba-tiba ehhh ....



Dapat ke tak kalau macam ni? hmm aku rasa ni masuk waiting list ja sebabnya, ada notis aku baca sebelum submit ditulis lebih kurang mcmni "semua slot telah penuh, boleh mohon untuk diletakkan dalam senarai menunggu". Hahahahahha punah la harapan aku. setelah mngeklik mcm org gila. Takpa lah, kalaun dapat dapatlah, tak dapat bukan rezeki.. nak buat mcm mana en. Dah lepas 48 jam seperti yang dijanjikan, aku dah pasrah. Adik aku yang dapat pun takdapat appointment lagi. 

Tiba-tiba 6.49pm tadi dapat sms katanya temujanji suntikan AstraZeneca sedang diproses. Semak Mysejahtera dalam masa 48 jam. Wahh, ini takkan dia nak patahkan hati aku lagi kan? Berbunga-bunga rasa hati ni, yakin betul akan dapat tempat jugak. Ok lah aku tunggu 48 jam. huhu. Baru kejap tadi dlm pkul 10.00pm dapat notification daripada Mysejahtera. Alhamdulillah finally dapat appointment pertama! I'm excited!!!!!!!!!!!!

*aku padam nama, tarikh & masa*


Tahniah juga kepada yang dapat appointment Astrazeneca ni. Stay home! Sama-sama kita capai herd immunity :)

Wednesday, March 3, 2021

Luahan akak pisio: Hak menerima rawatan

Salah satu sebab aku tak suka Fisio adalah kerana aku kena deal dengan emosi pesakit. Bukan aku tak suka. Bukan rasa annoyed. Bukan rasa depa tu menyusahkan. Tapi aku kesian. Aku paham apa yang depa rasa. Aku sedih sangat sebab aku tak membantu langsung. Terutama sekali yang berkait dengan strok, lumpuh atau amputasi. Sebenarnya mana-mana sakit lah, yang kronik. Dah lebih setahun berkecipong dalam bidang ni, aku dah kebal sikit. Kalau tak, masa praktikal dulu, patient nangis therapist dia pun nangis. Hati tisu. Hebat betul tengok doktor dan nurse handle pesakit. Depa lagilah kena deal dengan macam-macam pesakit. Aku takat pesakit yang perlu rehab ja. Biarlah orang kata hati kering, padahal depa ni lah insan yang ada empati paling tinggi.

Harini hari terakhir aku buat housecall untuk salah seorang pesakit aku. Dia kena stroke 2 tahun lepas, dan berhenti buat fisioterapi 1 tahun lebih disebabkan pandemik COVID19. Sebelah anggota badan kiri lemah sangat-sangat. Hypotone, muscle power '0'. Ini keadaan yang biasa dilihat. Tak ada yang pelik. Yang peliknya adalah pesakit nak dapatkan rawatan tetapi keluarga tak bagi sokongan. Situasi biasa yang aku lihat adalah pesakit refuse buat rawatan manakala keluarga bersungguh-sungguh push untuk dapatkan rawatan. 

Aku faham keluarga dia mungkin dah berputus asa. Dah beberapa kali aku tengok situasi yang sama sebelum ni. Anak-anak merasakan tiada perubahan dan menghabiskan wang sahaja. Tambahan pulak, si pesakit malas membuat exercise. Hanya mengharapkan si pisio sahaja. Tapi sebenarnya, jika pesakit masih lagi mahu mengikut rawatan, bermakna dia masih lagi berharap dan ingin mencuba. Bukan mudah untuk pulih tuan-tuan puan-puan semua. Kejayaan orang lain pulih dari stroke tak boleh disamakan dengan semua pesakit stroke kerana keadaan masing-masing berbeza. Tahap severity adalah berbeza. Cara badan mengadaptasi dengan penyakit tersebut juga berbeza. 

Berbalik kepada kes makcik tadi, boleh dikatakan setiap kali aku datang, tiap kali tu lah dia mengadu tentang anak-anak dia dekat aku. Anak-anak dia tak jaga dia dengan baik. Segala permintaan dia dibidas. Entah berapa kali dia menangis sambil berkata, "kalau buat sendiri senang, harapkan anak-anak susah, depa takmau buat, tapi tengok la ni tak boleh gerak langsung, apa pun tak boleh buat". Untuk beberapa kali aku bersikap positif saja sebab kalau anak-anak tak kisah, takkan depa nak panggil fisio datang ke rumah untuk rawat mak depa kan? Biasalah orang tua, lagi-lagi sakit, depa jadi sensitif sikit. Mungkin dia terasa hati atau terslaah tafsir perlakuan anak dia. Jaga orang sakit ni pun bukan mudah. Mungkin ada terlepas cakap juga.

Tapi melihatkan keadaan makcik, kadang-kadang aku percaya juga apa yang dia bagitau. Pampers dia selalu tak kemas, selalu dekat paha tak sampai atas pun. Rupanya dia pakai sendiri. Cadar, kain-kain semua tak ditukar basuh. Lantai pun melekit-lekit. Dia pernah minta dibawa ke pusat fisioterapi berdekatan rumah tapi anak-anak tak bagi, katanya mahal. Makcik marah sebab duit dia anak-anak yang pegang tapi bila dia nak guna duit dia bukan main susah lagi. 

*gambar google

Harini sesi terakhir fisioterapi dengan makcik, tiba-tiba makcik tanya aku berapa anak-anak dia bayar untuk servis aku dengan nada perlahan. Rasanya taknak anak-anak dia dengar. Sebab sebelum ni pun dia bertanya benda yang sama tapi tiba-tiba anak dia masuk bilik, terus dia terdiam, tak habis ayat yang dia tanya tu. Dia bisik dekat aku, nanti datang ja rumah makcik bayar. Jangan bagitau anak-anak nanti dia kena marah. Walaupun dia pesakit aku, aku tetap kena berbinang dengan penjaga dia iaitu anak-anak dia. 

Bila aku bagitau ringkasan keadaan mak dia. Anak dia kata sebenarnya panggil aku buat fisio dekat rumah ni sebab mak dia asyik minta nak buat fisio. Kalau kat tempat lain mahal. Sebenarnya depa tak da niat pun nak buat fisio secara konsisten, cuma dah penat dengar maknya minta pergi fisio. Bila aku explain mengenai kepentingan fisioterapi untuk pesakit lebih 6 bulan dan permintaan maknya nak teruskan buat fisio, muka anaknya dah nampak lain. Terus dia tutup perbualan sambil berjalan menuju pintu, jelas menunjukkan yang dia nak suruh aku balik. 

Sepanjang perjalanan aku terfikirkan makcik tu. Aku harap keluarga dia benarkan dia buat fisioterapi lagi. Hantar tempat lain pun takpa, panggil orang lain pun takpa, aku tak kisah sangat. Yang aku kisah makcik tu berhak dapatkan rawatan. Anak-anak tak berhak menghalang selagi guna duit dia. Cukup bagus dia nak buat exercise, cuma dia tak boleh buat sendiri dan perlukan bantuan orang lain. Mungkin keluarga dia ada masalah kewangan atau apa-apa, entah aku tak tahu, dan aku tak patut judge keputusan depa. 

Tapi satu benda aku nak pesan, kalau pesakit nak buat fisioterapi, hampa support la dia. Proses pemulihan memang lambat. Tapi kalau tak buat apa-apa, keadaan akan jadi lebih teruk. Teruk untuk dia, teruk untuk hampa jugak. Kalau ada masalah kewangan, ambil inisiatif untuk belajar dengan terapis tu. Duduk dan perhatikan exercise apa kena buat, cara dia bagaimana, nak kena tahan berapa saat, berapa kali buat, tanya ja dengan fisioterapis! Fisioterapis tak kedekut ilmu terutama sekali kalau penjaga yang nak belajar. Pada kami, keuntungan tu tak penting, yang penting pesakit kami pulih dan boleh berdikari. 


Anyway guys, sayangi lah mak hampa!

Friday, February 26, 2021

Book Review: Murtad by Hasrul Rizwan


Adam terus menekan punat pada briefcase hitam lalu dibukanya perlahan-lahan. Adam terbelalak. Akhil terlopong. Masing-masing berganjak ke belakang. 

Dua pucuk pistol automatik berkilatan hitam, sekeping envelop, kunci kereta dan juga sejumlah wang tersedia di dalam beg yang terpelahang buka. 

Adam menutup kembali beg itu. Matanya terpejam rapat. Akhil menelan liur. 

"Kerja gila apa sebenaqnya ni...haaa?" Akhil bertanya keras.  

"Ini adalah kerja untuk agamamu. Benar, seperti yang kamu fikir dan apa yang kamu lihat sekarang." 

"Hang nak suruh kami buat apa? Bunuh orang?" 

"Ya" 

"Nakharrom" 

"Kamu akan diberi tugas untuk membunuh orang-orang yang MURTAD.”

Harini saja la aku baca balik buku ni. Ini adalah antara buku Fixi terawal yang aku baca. Masa tu Fixi baru nak naik. Seingat aku masa tu umoq aku tingkatan 4 ka 5. Aku ni bukanlah ulat buku. Aku tak suka pun baca buku. Tapi sebab mak aku tiap kali keluar hujung minggu mesti suruh beli buku. Dah habis lama zaman Ain Maisarah, nak baca Novel2 cinta, aihh bosan lah pulak. Tengok jenis-jenis Fixi, Lejen, Dubook ni macam different. Dari situ lah terjebak. Tak ingat pulak buku Fixi pertama aku apa, sebab banyak dah buku-buku disedekah, dibuang, dijual atas asbab pindah-randah. 

Murtad ni antara favourite aku. Aku bagi 🌟🌟🌟🌟🌟. Kenapa?

1. Tajuk buku ni sendiri terasa berani. Pada umoq aku waktu tu, isu Murtad ni agak sensitif dan berat. Alah budak form 4 beli buku tajuk Murtad, tak berani derr nak tunjuk kat mak aku. Nanti mak pikir bukan-bukan pulak. Dan kulit buku yang aku beli tu sama macam kat atas. Kalau sekarang dah keluar trilogi dia kan? Dah ada kulit baru yang sambung menyambung gitu.

2. Plot yang menarik! Berkisarkan tentang pembunuh upahan yang membunuh orang-orang murtad. Haa acano tu? Penceritaan mudah difahami, tersusun, tak serabut.

3. Watak kesayangan semua! Si kembar dari Utaqha! Adam & Akhil. Yang membuatkan dua watak ni best adalah sebab loghat depa & perangai loglaq depa. Sejujurnya bila depa bercakap loghat utaqa, dalam kepala aku imagine budak melayu besa-besa la. Taktau la tapi tak bunyi hensem pun ahahahah. Sabaq dulu sat, bukan nak kata orang utaqa tak hensem. Hensemmmm aih. Tapi aku tak expect la pulak depa ni betui2 hensem ala ala model pan asia, sebab muka kacukan siam kan, tinggi, suka melawak, kaya, bergaya, pandai lawan. Aihh senang kata, depa dua ni hero idaman gadis-gadis la. Dulu siap mini-crush kat Adam lagi. 

4. Loghat Utaqa yang pekat. Sebab aku orang utaqa jugak, jadi aku paham ja apa depa sembang dan carutkan. Lagi-lagi part carut tu, baru kejap tadi berguling-guling aku baca sebab teringat balik zaman sekolah weh. Aku tak pernah la guna semua perkataan tu, maklumlah pelajar contoh, nerd, baik gituh. Tapi perkataan ni la aku dok dengaq tiap hari kat sekolah. Sekarang jarang dah. Mungkin sebab aku dok dalam komuniti bandar. Lepastu, depa dua suka guna 'ampa' sebagai ganti 'awak'. Alaa, comeyyy alahai. 

5. Antara Fixi yang clean. Tapi aku still tak akan recommend untuk budak bawah 18 tahun. Walaupun budak2 sekarang lebih open, lets just not normalize that. Sebab ada ja part yang perkataan berbaur sedikit ke arah tu, contohnya deskripsi tubuh badan wanita. Tapi tak banyak la dan tak keterlaluan.


Tapi aku personally nampak ada la jugak beberapa minus point macam

1. Kadang tersalah nama, masalah cetakan atau tak check, keliru sikit kadang. Tapi not a big deal, masih boleh faham.

2. Plot terasa lopong sikit. Tapi still okay.

3. Adam dan Maria. Tak berapa best bila si Adam layankan saja si gedik dan sexy Maria tu. Padahal kalau ikutkan Adam ni agamanya kuat jugak. Sedikit kecewa disitu. Entah la aku ja kot.

4. Part aksi terlalu meleret (sebab aku bukan big fan of action), aku skip skip sikit bahagian aksi. Tapi sebenarnya kalau betul2 baca, agak tersusun dan jelas.

5. Aku suka ending dia tapi .. aku tak expect penambahan science-fiction macam zombie & time-travel. (simply sebab aku memang tak suka genre zombie & time travel lol). The only reason why aku tak beli sequels and complete the trilogy.

Maybe later aku akan completekan jugak trilogy Murtad ni. Someday. Bila mood membaca aku membuak2. Anyway its a good book. Walaupun buku ni dah lama, aku still recommend kepada sesiapa yang nak start baca Fixi, atau nak beralih arah dari novel cintan cintun :) Sekian dari saya, not an ulat buku but still read sometimes.


 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger