Salah satu sebab aku tak suka Fisio adalah kerana aku kena deal dengan emosi pesakit. Bukan aku tak suka. Bukan rasa annoyed. Bukan rasa depa tu menyusahkan. Tapi aku kesian. Aku paham apa yang depa rasa. Aku sedih sangat sebab aku tak membantu langsung. Terutama sekali yang berkait dengan strok, lumpuh atau amputasi. Sebenarnya mana-mana sakit lah, yang kronik. Dah lebih setahun berkecipong dalam bidang ni, aku dah kebal sikit. Kalau tak, masa praktikal dulu, patient nangis therapist dia pun nangis. Hati tisu. Hebat betul tengok doktor dan nurse handle pesakit. Depa lagilah kena deal dengan macam-macam pesakit. Aku takat pesakit yang perlu rehab ja. Biarlah orang kata hati kering, padahal depa ni lah insan yang ada empati paling tinggi.
Harini hari terakhir aku buat housecall untuk salah seorang pesakit aku. Dia kena stroke 2 tahun lepas, dan berhenti buat fisioterapi 1 tahun lebih disebabkan pandemik COVID19. Sebelah anggota badan kiri lemah sangat-sangat. Hypotone, muscle power '0'. Ini keadaan yang biasa dilihat. Tak ada yang pelik. Yang peliknya adalah pesakit nak dapatkan rawatan tetapi keluarga tak bagi sokongan. Situasi biasa yang aku lihat adalah pesakit refuse buat rawatan manakala keluarga bersungguh-sungguh push untuk dapatkan rawatan.
Aku faham keluarga dia mungkin dah berputus asa. Dah beberapa kali aku tengok situasi yang sama sebelum ni. Anak-anak merasakan tiada perubahan dan menghabiskan wang sahaja. Tambahan pulak, si pesakit malas membuat exercise. Hanya mengharapkan si pisio sahaja. Tapi sebenarnya, jika pesakit masih lagi mahu mengikut rawatan, bermakna dia masih lagi berharap dan ingin mencuba. Bukan mudah untuk pulih tuan-tuan puan-puan semua. Kejayaan orang lain pulih dari stroke tak boleh disamakan dengan semua pesakit stroke kerana keadaan masing-masing berbeza. Tahap severity adalah berbeza. Cara badan mengadaptasi dengan penyakit tersebut juga berbeza.
Berbalik kepada kes makcik tadi, boleh dikatakan setiap kali aku datang, tiap kali tu lah dia mengadu tentang anak-anak dia dekat aku. Anak-anak dia tak jaga dia dengan baik. Segala permintaan dia dibidas. Entah berapa kali dia menangis sambil berkata, "kalau buat sendiri senang, harapkan anak-anak susah, depa takmau buat, tapi tengok la ni tak boleh gerak langsung, apa pun tak boleh buat". Untuk beberapa kali aku bersikap positif saja sebab kalau anak-anak tak kisah, takkan depa nak panggil fisio datang ke rumah untuk rawat mak depa kan? Biasalah orang tua, lagi-lagi sakit, depa jadi sensitif sikit. Mungkin dia terasa hati atau terslaah tafsir perlakuan anak dia. Jaga orang sakit ni pun bukan mudah. Mungkin ada terlepas cakap juga.
Tapi melihatkan keadaan makcik, kadang-kadang aku percaya juga apa yang dia bagitau. Pampers dia selalu tak kemas, selalu dekat paha tak sampai atas pun. Rupanya dia pakai sendiri. Cadar, kain-kain semua tak ditukar basuh. Lantai pun melekit-lekit. Dia pernah minta dibawa ke pusat fisioterapi berdekatan rumah tapi anak-anak tak bagi, katanya mahal. Makcik marah sebab duit dia anak-anak yang pegang tapi bila dia nak guna duit dia bukan main susah lagi.
Harini sesi terakhir fisioterapi dengan makcik, tiba-tiba makcik tanya aku berapa anak-anak dia bayar untuk servis aku dengan nada perlahan. Rasanya taknak anak-anak dia dengar. Sebab sebelum ni pun dia bertanya benda yang sama tapi tiba-tiba anak dia masuk bilik, terus dia terdiam, tak habis ayat yang dia tanya tu. Dia bisik dekat aku, nanti datang ja rumah makcik bayar. Jangan bagitau anak-anak nanti dia kena marah. Walaupun dia pesakit aku, aku tetap kena berbinang dengan penjaga dia iaitu anak-anak dia.
Bila aku bagitau ringkasan keadaan mak dia. Anak dia kata sebenarnya panggil aku buat fisio dekat rumah ni sebab mak dia asyik minta nak buat fisio. Kalau kat tempat lain mahal. Sebenarnya depa tak da niat pun nak buat fisio secara konsisten, cuma dah penat dengar maknya minta pergi fisio. Bila aku explain mengenai kepentingan fisioterapi untuk pesakit lebih 6 bulan dan permintaan maknya nak teruskan buat fisio, muka anaknya dah nampak lain. Terus dia tutup perbualan sambil berjalan menuju pintu, jelas menunjukkan yang dia nak suruh aku balik.
Sepanjang perjalanan aku terfikirkan makcik tu. Aku harap keluarga dia benarkan dia buat fisioterapi lagi. Hantar tempat lain pun takpa, panggil orang lain pun takpa, aku tak kisah sangat. Yang aku kisah makcik tu berhak dapatkan rawatan. Anak-anak tak berhak menghalang selagi guna duit dia. Cukup bagus dia nak buat exercise, cuma dia tak boleh buat sendiri dan perlukan bantuan orang lain. Mungkin keluarga dia ada masalah kewangan atau apa-apa, entah aku tak tahu, dan aku tak patut judge keputusan depa.
Tapi satu benda aku nak pesan, kalau pesakit nak buat fisioterapi, hampa support la dia. Proses pemulihan memang lambat. Tapi kalau tak buat apa-apa, keadaan akan jadi lebih teruk. Teruk untuk dia, teruk untuk hampa jugak. Kalau ada masalah kewangan, ambil inisiatif untuk belajar dengan terapis tu. Duduk dan perhatikan exercise apa kena buat, cara dia bagaimana, nak kena tahan berapa saat, berapa kali buat, tanya ja dengan fisioterapis! Fisioterapis tak kedekut ilmu terutama sekali kalau penjaga yang nak belajar. Pada kami, keuntungan tu tak penting, yang penting pesakit kami pulih dan boleh berdikari.
Anyway guys, sayangi lah mak hampa!
No words to describe my feeling. They should support her. I'm hoping all the best for her and you :)
ReplyDeleteAllah.. sedihnya baca ni. bila kerja bidang kesihatan ni mmng banyak kan jumpa ragam2 macamni. semoga Allah permudahkan makcik tu utk dapatkan rawatan fisio n lembutkan hati anak2 dia. mak dia berhak nk dapatkan rawatan, duit sendiri jugak tu..
ReplyDelete