Friday, February 27, 2015

CANTIK vs INDAH





Assalamualaikum.

First of all, pada aku cantik dan indah tu ada bezanya. Cuma dalam konteks manusia, cantik dengan indah macam serupa. In fact, actually kalau bukan konteks manusia pun macam takdak beza ..  hmm .. aku dah buat hangpa keliru. To make this clear, aku nak bercakap pasal perempuan. Sebab perempuan itu cantik dan indah penciptaannya. Dan accidentally aku pun termasuk dalam golongan ni. Ehem.

CRUSH. Alah tak payah buat tak paham 'crush' mana yang aku tengah guna ni. No. Jangan tengok kamus. Aku pun tak sure kalau crush yang aku maksudkan ada dalam kamuih. Ok lah kalau ada yang taktau jugak. Crush tu maksudnya hang suka atau jatuh cinta atau admire seseorang secara diam dan pendam. Yang mana hang akan senantiasa pikiaq, suka tengok dia, dan berharap dia suka hang balik. Something like that. 

I personally feel that (tempias muet) almost semua perempuan ada crush. Tak dilupakan juga lelaki. Dan kini bolehlah aku simpulkan bahawa almost semua manusia ada crush. Kejap aku ada sebut "almost"' kan tadi? Mungkin ada yang tak pernah ada crush. Entah. Aku tak tahu. Sebab aku golongan yang ada crush *argghh koff koff ehemm. astagfirullah.

Tak payah hairanlah sebab perasaan suka sesama manusia tu fitrah manusia. Lainlah kalau hang tiba-tiba ada unusual feeling kat kerbau Pak Abu Kampung Meru atau ikan pari? Haaa tu aaaa... veryy umm unsual. hmm. Tapi jangan biarkan 'cinta itu fitrah manusia' sebagai alasan untuk hang kumpui crush dan berbangga time sharing session bersama-sama rakan-rakan. No. Sebab bila kita ada crush, yang akan lead to suka pikiaq pasai dia and things, tu dah jatuh dosa bukan? Bila benda tu bawak dosa haramlah kita untuk melakukannya bukan?

Babi kan haram makan. Tapi kalau ada orang yang cakap makan tu fitrah manusia? Hang nak cakap apa? Dah termaktub dalam kitab Allah yang babi tu haram di makan. Same case here kalau hang bercrush atau bercouple. Sapa kata takdak dalam Quran? Allah larang kita mendekati zina bukan? Kalau tak zina fizikal boleh jadi zina akal bukan? Cukuplah hang paham benda2 tu termasuk dalam kategori  'mendekati zina'. Walaupun hang tau hang takkan buat benda tak senonoh but still Allah lebih tahu apa yang ada dalam kepala dan hati seseorang. Kalau bukan hang yang pikiaq tak senonoh boleh jadi 'pasangan tak sah' hang tu kan?

MACAM MANA NAK JADI CANTIK?
Cantiknya seorang perempuan terletak bukan di wajah atau bentuk badan. Tapi akhlak dan hati dia, Okay maybe ada yang akan tak setuju dengan phrase aku tadi. But how la sis. Itu hakikatnya. Ofcourse lah lelaki mau cari yang lawa lawa. Tapi perempuan yang paling cantik tu adalah yang indah akhlak dan hati. Fitrah perempuan untuk jadi cantik. Tapi cantik untuk siapa? Lelaki? Allah? atau Kaum Wanita sendiri? Cantik untuk lelaki? Fikirkan kerugiannya. Cantik untuk perempuan? Fikirkan kerugiannya. Cantik untuk Allah? Fikirkan kerugiannya. Jap. Jap. Ada ka ruginya? Rugi apa yang aku maksudkan kat sini? Wang ringgit, sakit(may be caused by cosmetics, beuty supplement, tight clothes, heels and many more), jadi taasub dengan diri sendiri, riak, dosa akibat dedah aurat atau menarik pandangan ajnabi. Kesan hang cantik untuk Allah? Hmm, menambah pahala, menguatkan iman, mengelakkan diri dari dosa and many more. Ruginya tang mana? Lelaki tak pandang? Eh apa rugi pulak kat situ? Tu bonus!

To me, kita orang perempuan cuma ada sorang lelaki dalam hidup. Maksud aku soulmate ya tak termasuk ayah atau sedara lelaki. Nak ka kawin banyak2? Setahu aku la, kebanyakkan perempuan ni bila dah dapat suami. Lelaki itulah sampai ke mati dalam hati dia. Melainkan lelaki tu jerk species level tapir atau mungkin sebab-sebab lain yang aku sendiri tak dapat nk elaborate sebab tak berpengalaman. What im trying to say is we want only one man in this world. Not all but one. If you wanna impress man, it should be your husband only. unless hang ni playgirl aku doakan supaya bertaubat lekaih.    


Benda yang aku notice (actually dah lama jugak aku perati), perempuan yang jenis jaga pakaian yakni tudung labuh, baju longgar dan labuh, pakai jeans longgar dan sebagainya, depa ni jaga pandangan depa. Mata tu tak meliar cari lelaki. Dan MasyaAllah, depa ni la one direction maksudkan dalam lagu "You don't know you're beautiful". X bermekap, x stylo, x ikut trend langsung yet they are so beautiful and i've been always wondering why. And that question always lead me to observe their appereances and attitudes. Whenever lelaki lalu sebelah automatik kepala ke lantai. And i'm sure bukan sebab depa yakin laki tu semua akan mengorat atau melt dengan dia but as precaution. Yeah just precaution. Lagipun pakaian dah longgar 'rezeki' depa kurang. 


Yang bermekap dan bergaya memang cantik. Tapi yang tertutup itu indah. Aku tak kata yang tak tutup aurat sempurna tu tak punya akhlak yang baik atau depa yang pakai labuh tu akhlak terjamin cantik. Cuma beza antara dua golongan ni ialah yang melabuhkan pakaian berusaha untuk berakhlak baik. Inshaa Allah daripada usaha itu Allah tolong hambanya. Inshaa Allah

Thats all tazkirah kita pada hari ini. Kita tutup majlis dengan tasbih kifarah. hehe

Nota stokin: aaaaa... aku tengah stress sebenarnya ni. Patut study tapi sebab rasa serba tak kena, tak terstudy aku malam ni haih. Maaflah kalau ada yang tersalah kat atas tu. mohon teguran. Entah kenapa aku tulis pasal ni. Oh ya sebab hari ni aku pakai koshibo pegi kelas. Bukan nak riak cuma nak recommend kat kaum perempuan di luar sana. Sumpah best pakai tudung labuh. Secure sangat rasanya. teringat zaman sekolah. Kawan non-muslim aku suka main tudung aku. Ada yang paggil payung. see? Depa pun tau fungsi tudung sebagai pelindung. heh 

Monday, January 5, 2015

MUET


babeeeeeeee | via Tumblr

Assalamualaikum. (Tolong click pls//ads) Bhahahahah. Okay. Okay. Jap nak cakap apa? Okay muet. Result muet yg november haritu dah keluar. Hari ni. Tepat 10:03a.m tadi aku hantar sms (check via sms). Alhamdulillah lepas Band 4. Although band 4 ja, aku dah cukup bersyukur sebab speaking test aku hantam sehantam hantamnya. Sampaikan bila habis tu aku dah fikir nak daftar untuk next muet. Hal ini kerana aku duk stick to point aku ja. Tak kacau langsung point orang lain. Kira duk bidas semua point lain. Tapi serius aku tak sangka result speaking test aku actually better than i thought. Berapa? Biarlah rahsia~

Nak check result boleh p kat website muet tu. Hampa google ja lah. Malas nak bukak dan bagi direct link kat sini. Atau nak tau band saja, boleh sms MUET RESULT IC ke 15888. Sekian terima kasih.

Congrates yang dapat band 6 dan 5. Hampa terer la. Dan yang dapat band selain 5 dan 6, tahniah jugak. Ok mintak tolong sekali lagi,, tolong klik link ni :  http://my.shareddis.com/p/9rQEK (ok kalau nak aku klik hampa punya bgtau naa)

got7 yugyeom | Tumblr
Gahahahahahhahahhahahhh

Yang lebih mai dari Allah, yang kurang mai dari saya sendiri. Assalamualaikum [Waalaikumussalam]

Wednesday, December 24, 2014

Cara detect rejected perfume palsu

Assalamualaikum. Alhamdulillah, aku selamat sampai ke hometown yang aku cintai walaupun udara tidak sihat menyapa jantung aku dan habuk debu buat aku bersin pagi-pagi. Dah lali. Itu satu benda yang sure sure difahami oleh mereka yang duk dekat kawasan kilang macam kes aku, Perai. Ada satu masa kat palam aku rindu tempat ni sampai hampir terbuat lagu. Aku sure hampa semua tak mau dengaq pasai lagu tu bunyi pun takdak. Okay cut the crap.

Right. My parents share the same obsession that is perfumes. Bila anniversary depa, my father bought my mom a perfume which i don't really remember what brand it is. But i always know my father. Beliau selalu beli yang latest, branded and mahai. Very sweet couple they are. Sejak parents aku tau kewujudan kedai rejected perfume kat tesco yg boleh dipercayai dan pastu kedai tu pindah entah ke mana, depa suruh la aku cari kat internet. Secara logiknya, buat apa beli hat ori kalau ada rejected punya yang mana minor or major defect kat botoi ja walhal isi dlm sama ja mcm yang ori. So, aku pun preorder la rejected perfume kat parents aku secara online. Menelusuri kemajuan teknologi serta trend terkini manusia, aku pun tak lepas beronline shopping kat laman sosial yang namanya instagram. Aku create akaun insta semata-mata nak online shopping. Dan baru2 ni aku buat kat mak aku. Omg menyesal.

Memendekkan cerita, aku kena tipu hidup-hidup dimana perfume yang aku beli online tu palsu. Ofcourse rejected perfume, where botoi ja yang rosak. Isi still sama mcm ori. So aku sharekan sikit info macam mana nak detect perfume tu ori atau palsu.

1. Rejected Perfume selalu unbox. Kalau dia bagi kotak tu mengarut la tu. Logiknya kilang nak buat kotak buat apa kalau perfume tu direject

2. Bau dia tak last long. Ni depa yang selalu peminat perfume ja tau. Aku memang tak la.

3. Goncang perfume pastu tengok buih dia. Kira  berapa lama buih ambil masa menghilang, Kalau yang original, buih tu akan naik atas slow2 tak salah.

4. Ambil kertas A4/ kertas kosong yang belum dinodai. Spray perfume atas kertas tu dan biar beberapa minit. Kalau ada tompok minyak maknanya ori la tu. Yang palsu akan cepat meruap sebab contentnya air

*3&4 berdasarkan tip daripada seorang penjual rejected perfume.

Yang lebih datang dari Allah. Yang kurang datang dari diri aku sendiri.
 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger