Sunday, February 7, 2021

Apa itu Fisioterapi?

Baru kejap tadi aku post pasal topik ni kat facebook. Alang-alang aku post sekali dekat sini. Biar berilmiah sikit blog ni. Dah 2021 ni ada lagi ka yang tak tau fisio tu apa? Mencanak-canak physio centre kat Malaysia sekarang, bukan kat hospital saja tau. Makin mudahlah pesakit yang memerlukan rawatan fisioterapi ni untuk dapatkan rawatan.

Okay, meh la kita start.

Fisioterapi (physiotherapy) merupakan salah satu cabang perubatan yang fokus dalam pemulihan fungsi anggota badan. Pengamal fisioterapi dipanggil ahli fisioterapi, physiotherapist, physical therapist atau di Malaysia lebih dikenali sebagai jurupulih perubatan anggota.

Ahli fisioterapi membantu pesakit mendapatkan dan mengembalikan setiap fungsi fizikal hingga ke tahap yang optimum agar dapat berfungsi sebaik mungkin melalui teknik manual, pergerakan aktif, senaman yang spesifik, dan konsultasi mengenai keadaan mereka. Aspek yang diberi tumpuan termasuklah mengurangkan kesakitan, pergerakan yang terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik serta tidak menjejaskan aktiviti harian.

Walaupun fisioterapi nampak seperti satu cabang perubatan yang kecil, fisioterapi merangkumi semua peringkat umur dan lapisan masyarakat. Bermula dari bayi, kanak-kanak, orang dewasa, warga emas, mahupun ibu mengandung, semua peringkat mempunyai kondisi atau masalah yang memerlukan rawatan fisioterapi.

Bidang fisioterapi termasuklah;

1.  Musculoskeletal (masalah melibatkan tisu lembut seperti tulang, otot, ligamen, tulang rawan)

2.       Neurological (masalah yang berkaitan otak, saraf tunjang atau sistem saraf)

3.       Cardiorespiratory (masalah berkaitan jantung dan paru-paru)

4.       Sport’s Injury (Kecederaan ketika bersukan)

5.       Paediatrics (masalah/kondisi bayi dan kanak-kanak)

6.       Geriatric (masalah berkaitan warga emas)

7.       Women’s Health/Men’s Health (masalah/kondisi khusus berkaitan wanita atau lelaki)



KAEDAH RAWATAN FISIOTERAPI

1.       -Manual (Soft tissue manipulation/urutan, trigger point, mobilization & manipulation technique)

2.       -Elektroterapi (hotpack, icepack, shockwave, ultrasound, tens)

3.       -Senaman (regangan, kekuatan, kawalan, keseimbangan, pernafasan)

4.       -Konsultasi



MENGAPA PERLU MENDAPATKAN RAWATAN FISIOTERAPI?

1.      - Fisioterapi merupakan rawatan yang selamat, dipercayai dan berkesan.

2.      - Rawatan fisioterapi adalah ‘evidence-based’ iaitu berdasarkan bukti kajian dari serata dunia.

3.      - Fisioterapi juga merupakan alternatif kepada pembedahan untuk sesetengah kondisi.

4.    Pada masa kini, fisioterapi bukan sahaja berada di hospital, tetapi sudah banyak pusat fisioterapi dan ada juga freelance fisioterapi yang menawarkan rawatan rumah ke rumah. Maka semakin mudahlah pesakit untuk mendapatkan rawatan.

 


SIAPA YANG PERLU MENDAPATKAN RAWATAN FISIOTERAPI?


         Angin Ahmar/stroke

-         Bed-ridden/ pesakit yang terlatar

-         Lemah kaki/tangan

-         Patah

-         Sakit sendi

-         Sakit Belakang

-         Sakit pinggang/slip-disc

-         Sakit leher/bahu

-         Selepas melakukan pembedahan

-         Pergerakan anggota badan terbatas

-         Dan banyak lagi


Hubungi/berjumpa terus dengan doktor atau ahli fisioterapi bagi mendapatkan pemeriksaan face to face. Doktor/fisioterapis akan melihat sama ada kondisi atau sakit yang anda alami bersesuaian dengan rawatan fisioterapi. Kondisi pesakit perlu diperiksa bagi mendapatkan diagnosis yang tepat.

Dah dapat gambaran fisioterapi? Nanti aku sharekan lagi info-info pasal fisio ni. Kenapa? Sebab aku seorang fisioterapis. Stay tune!

MY NEW GREEN LOOK!

Hello while writing this, its 3.30am now! Yep aku tak boleh tido. Entah kenapa bersemangat tiba-tiba nak deco semula blog ni. Jujur ya temen-temen, aku tak pandai guna modern template ni, aku guna classic version selama ni. Dulu kemain buat blogskin, belajar experimen segala html. Sekarang ni maleh dah la nak menelaah kod html banyak2 tu, aku cari freebies template ja lah. 

Kalau dulu aku ni seorang yang minimalist gitew, tak suka banyak2 warna. Hitam putih memang favourite. Tapi makin tua ni entah la nak, aku bukan main suka lagi warna pink. Sebab comel weh, sebab comel. warna pink ni comel arghhhhh. Kenapa masa smol smol little little dulu tak rasa pink ni comel? Mula tu memang nak pink-kan blog ni. Tapi maleh la semua benda nak pink. Jadi aku beranikan diri guna warna hijau. Hijau pastel ni comel weh comel. Paham tak? Paham tak perasaan aku ni? Geram sebab comel. Selit la sikit-sikit warna pink asal indah mata ni memandang en en?


Aku tak paham kenapa cbox aku takmau muncul. Berapa kali copy paste tak jadi weh. Daripada aku serabutkan kepala otak ni, ahh delete la terus. Kalau hampa nak tinggalkan jejak kasih boleh komen kat post la noh. Bila-bila nanti aku pi la melawat blog hampa. Tengok ni halah-halah simplenya blog aku >..< auhh omey ngat. Berapa kali lagi nak puji pun taktau la. Orang lain dok tengok biasa ja. 

Saturday, February 6, 2021

Dewasa ini ...

Salam chenta dari saya. Sabtu. 2 Februari 2021. Baru 2-3 hari lepas aku tetiba teringat blog aku ni. Saja la bukak tengok. Alang-alang aku baca la post-post yang pernah aku tulis dulu. Ya ampun, nak gelak ja baca tiap satu. Kadang penulisan aku tu tak matured langsung, driven by emotion. Kadang matured betul. Impress pulak aku baca. Kadang rasa bodoh jugak nak luku ja kepala. Kadang rasa aku ni comel la jugak hahahha. Yang pasti, kalau hampa rasa aku yang dulu membosankan, ketahuilah aku yang sekarang dah mencapai 100% kapasiti 'membosankan' sebagai seorang manusia. Baru aku tau, makin kita dewasa, makin tak gembira hidup ni. Banyak benda kena fikir banyak benda kena ambik peduli. Kadang aku rasa hidup aku ni menyedihkan betul la. Bukan macam waktu muda remaja. Boleh berhuhuhaha sepanjang masa. 

Tapi bila aku pikir-pikir balik. Bukan kehidupan yang buat aku jadi macam ni tapi aku yang buat kehidupan aku macam ni. haa dah mula la tu nk berdepressing sad story. Inilah ghupenye bila meletakkan dunia paling atas. Kosong. Makin dewasa aku, makin aku boleh relate dengan squidward, si sotong. Betapa bernilainya 'me time' tu, lagi-lagi untuk orang introvert mcm aku. Andai ada benda yang menghalang aku menikmati 'me time' aku rasa nak mengamuk bakar satu kampung. Penat aku bukan mcm penat buat assignment yang tertangguh berbulan-bulan, final year project yang tak tersiap-siap, tapi satu pressure lain yang aku pun taktau nak describe macam mana. 

Last post aku tahun 2018. Masa tu tengah study fisio lagi kat UiTM. Tergolek-golek aku gelak baca post-post dulu. Terhibur mengenangkan aku yang dulu. Jujur aku lebih suka aku yang dulu berbanding sekarang. Yang pelik-pelik aneh aneh merapu ja orangnya, walaupun takdak la fun. Abang aku suka panggil aku budak nerd, tapi aku tak rasa aku nerd pun. Bukannya aku suka baca buku. Weh rindunya zaman muda-mudi! nak patah balik masa boleh? Aku dah 25 tahun ni woi 25! Nak nangis rasa dah tua dah aku ni haa.

Stay safe. Yang baik tu datang dari Dia, yang kurang tu dari diri aku sendiri. Sayonara.

 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger