Monday, January 6, 2014

Bercelak tu sunnah nabi tau tau

by his sunnah we live

Assalamualaikum. Dah hampir setengah buku aku baca 'Ya Maulana'. Seketika perkataan 'ustaz gothic' aku selami dalam-dalam. Pemakaian celak bagi ustaz-ustaz tambah lagi para hafiz memang tak menghairankan. Tapi masyarakat islam liberal kita ni kadang-kadang memandang pemakai celak sebagai extremist. Dan perkataan extremist kadang-kadang membawa kepada tanggapan sesat. Tambah lagi sekarang ni syiah semakin berkembang. ok mengapakah bahasaku hari ini -____-

Aku dulu pun macam tu. Tak pernah nak ambil tahu kenapa mereka-mereka ini bercelak. Sampailah satu ketika aku dapat tahu celak tu sunnah nabi. Serta merta 'oh' terkeluar dari kotak suara tanpa dipinta. cehh. Bila dah tahu sunnah rasulullah. Maka pasti dan haruslah ada hikmah disebalik pemakaian celak yang selama ini sentiasa aku pandang remeh. Antara kelebihan memakai celak termasuklah :

 mencerahkan pandangan,
 menyejukkan mata,
 melebatkan bulu mata,
 dapat mengelak daripada terkena penyakit mata,
 menambah seri muka, dll

Lelaki dan wanita memakai celak adalah harus hukumnya. Hukum ini keluar berdasarkan hadis berikut:

 “Bercelaklah kalian dengan itsmid, karena dia bisa mencerahkan mata dan menumbuhkan rambut” (HR. At Tirmidzi no.1679 dalam Sunan-nya bab Maa jaa-a fil iktihaal, Ahmad no.15341 dalam Musnad-nya)

Tetapi harus diingat bahawa perempuan jangan lah pakai terlampau over seperti pakai eyeshadow ke, lipstik terang sangat ke kerana itu telah mengikut cara berhias perempuan zaman Jahiliah. Kalau nak over-over, pakai dalam umah dan depan suami sahaja.


Sekarang nak bercelak tak? kekeke

#18 tahun sudah. Alhamdulillah. tunggu 1 julai nanti baru official :D

Monday, December 30, 2013

Realiti kini

Hate study

Assalamualaikum. Terasa lama cuti ni kan? Haha. Kepada anda yang masih bersekolah memang tak lah, sebab berapa hari saja lagi nak masuk sekolah dah. Masuk kelas baru. Berebut tempat duduk. Show off beg baru, baju baru, kasut baru, kotak pensel baru, pen baru, pensel baru, pembaris baru, eraser baru ehh? Aku rasalah kan, cuti lepasan form 5 ni cuti paling panjang pernah aku rasa. keke. No activity. Misi aku cuma nak lulus JPJ saja. Tu pun entah bila. Disebabkan tak pernah nak ambil tau pasal kereta, bila try nak drive kena marah sajalah makannya. Makan hati habis dengan cikgu aku tu T.T

Aduihh. Dulu time nak studylah mood nak tengok runningman, the strange housekeeper, the master's sun, sungkyunkwan scandal, the inheritors bagai tergedik-gedik melonjak. Kononnya lepas habis sekolah nak layan drama korea sampai lebam. Sekarang dah ada free time,  tengok iklan pun tak lalu. Seriously -..- Punyalah kuat godaan syaitan dan nafsu kacau aku study. 

Tidur? Pukul 12? Malam masih muda. Pukul 1 pagi? Malam masih muda. Pukul 2 pagi? Ok give up. Aku tido. Malam-malam takleh tidur bukak youtube layan video matluthfi atau mrtheallshared takpun jenguk item baru atau sales kat ig. Kalau dulu tak payah pikir panjang terus bukak kdrama. Macam adik aku tu, runningman ja otak dia. Baik layan pencetus ummah *ceih. Aku memang cepat bosan dengan benda yang aku suka then tetiba terlalu ramai pulak yang suka benda yang aku suka. Paham tak? aku rasa tak spesel :'( 

Hari semakin hari aku mula rasa tak sihat. Mana taknya kalau tak exercise. Dulu ada jugak balik sekolah jalan kaki panjat jejantas bagai. Sekarang? Oh tak boleh aku makin gemuk. Need to figure out something!  




Friday, December 27, 2013

Stay Calm and Tutup

Assalamualaikum


Sering kali kita dengar 'yang tertutup itu indah' -_____- apekah? Apa lagi kalau bukan pasal aurat. Aku ni dulu bukanlah kisah sangat pasal aurat. Sejak tadika kut aku pakai tudung. So, aku ni sebenarnya bertuah sebab tak perlu hadap susahpayah transform dari freehair kepada bertudung. Aku dah biasa dengan tudung. Aku lebih selesa bertudung. Aku hidup dengan tudung. Bukan senang nak transform dari free hair kepada bertudung, dari bertudung singkat kepada tudung labuh, dari bertudung biasa kepada berpurdah @ berniqab. Tak mudah. So janganlah pandang rendah pada mereka yang belum menutup aurat dengan sempurna sebab kita ni belum tentu sempurna tutupnya.

Aku ni bukanlah kaki shopping. Sungguh aku sayang duit yakni bahasa saintifiknya jimat atau bahasa kawan aku kedekut. Infact aku tak suka shopping mall. Kenapa? Crowded sangat. Tapi aku suka online window shopping. Suka tengok-tengok saja. Al maklumlah item dekat online shop lagi gempak selalunya. Cantik-cantik lagi. Aku selalu bukak facebook dan instagram semata-mata nak window shopping >.< Sesekali tengok diorang jual purdah. Aku pun tertanya-tanya. Laku pulak purdah ni? Ramai lah kot yang pakai purdah sekarang ni. Dan bila aku tengok orang pakai purdah entah kenapa hati ni lembut semacam. Suka tengok. Tenang pulak tu. Kenapa ek? Berminat nak berpurdah? Luangkan masa kat SINI SEKEJAP. 

Menurut mazhab Shafie, aurat wanita
1. seluruh tubuh kecuali muka dan 2 pergelangan tangan - qaul yang lemah : diamalkan oleh kebanyakan masyarakat kita

2. seluruh tubuh, termasuk muka dan pergelangan tgn - qaul yang kuat
 boleh rujuk video ceramah UAI di utube. wallahua'lam..

Pemakaian stokin wajib kah? Ada yang kata wajib dan ada yang kata tak wajib. Namun, kita di Malaysia mengamalkan Mazhab Shafie. Dan pada pendapat aku, lebih baik tutup. Aku pun pakai stokin. Tapi aku pakai ni pun sebab dulu kat tempat tuisyen aku kena bukak kasut dan kena pijak lantai. Aku ni tak tahan sejuk so aku pakai lah stokin. Lagi satu kasut aku longgar sikit. Aku rasalah kan ni cara Allah nak suruh aku tutup kaki kot ;) Walau macam mana pun, jauh lagi perjalanan aku ni.. Haahh, siapa minat Pencetus Ummah? Aku paling tertarik dengan Kisah Mashitah oleh PU Rahmat minggu kelima tak salah >.< Terasa sangat cekk oi. Layan~


 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger