Tuesday, December 10, 2013

Spongebob, Mirmo and minions ><

Best friends ♡

Assalamualaikum. Ahai. Klik iklan saya? Alhamdulillah. Terima kasih. Baru-baru ni ada kenduri kat kawasan madrasah. India yang buat kenduri tu. Tapi dia amibil melayu masak. Kat situ terasa terharu sikit. India tu banyak kawan Melayu. Dasar setia kawan, dia sanggup pulak buat kenduri kedua untuk kawan-kawan melayu dia. Tiba-tiba kan, teringat kawan kawan lama. Kawan-kawan Madrasah dengan skbj.

Ala. My very own spongebob. My very first best friend. My very first 'kembar angkat'. My very first 'sepupu angkat'. My very first friend, i think. How i met her? alkisah aku dengan abang dihantar ke rumah pengasuh tak jauh dari rumah. Aku panggei dia 'mak' dan suaminya 'abah'. Thus, mereka ini 'parents angkat' aku. Sayang sangat-sangat kat depa. Haah. Tak dilupa abang wan, kakngah, kakcik dan abang shidi yang tanpa aku sedari time tu, aku ada keluarga angkat sendiri. Ala duduk dekat atas rumah keluarga angkat aku. Macam mana dan bila entah, Ala ni jadi kawan baik aku. Almost setiap hari ada saja aktiviti aku, abang dengan dia. Oh man Oh man. Miss those moment a lot >_< Dia sangat sangatlah surportive, lembut hati, bijak, matangg.. Dimana kan ku cari ganti?!

Mirmo? Mirmo is my lovely Hana :D Best friend yang paling best for serious. Budak ni sangat fun orangnya. banyak cakap. Senyum kompom nampak gigi. Time tu kami peminat tegar Mirmo Zibang. Dan dia suka panggil aku donat. haha >< miss you miss you. Tidak dilupakan juga dayah, nabila, shazlin, hani dan ramai lagi.

"knowledge cannot replace friendship. I'd rather be an idiot than lose you." -Patrick Star

Oklah. klik satu iklan lagi? Terima kasih :D Bye Adioss.


Tuesday, December 3, 2013

Jari Jemari kembali menaip

winter wonderland | via Tumblr

Assalamualaikum. Ohoi :D Almost satu tahun aku tak online. Akhirnya kita berjumpa sekali lagi di bulan Disember. Bagi budak-budak baru habis SPM macam aku ni, semestinya 'rehat' kewajiban yang perlu dilaksanakan. Aku dah pun merdeka 27 November hari tu. Last paper Biology 3. Lega tak jugak la. Pejam celik pejam celik masuk bulan March baru nak kecut balik segala2nya. 

Habis SPM ni nak buat hapa? cari kerja? cari kerja? atau cari kerja? Hmm, aku plan nak belajar masak jo. Kerja? Malas la. Aku nak mengeratkan silaturrahim dengan rumahku syurgaku ini. For sure mesti ramai yang nak cari kerja. Cari Duit. Cari pengalaman. Cari aktiviti mengisi kekosongan cuti sampai bulan 3 nanti. Bagi aku, kerja? Terasa jugak. Nak kerja kat kedai buku tak pun butik tak pun kedai serbaneka. Tapi bila fikir balik, malas la. haha. Secondly, nak ambil lesen kereta. Selain tu tak terfikir lagi. 

Tak sampai seminggu aku lepas spm dah survey jalan seterusnya. Kalau result ok, aku ikut Matrikulasi atau Asasi. Kalau result tak ok... hmm .. lets just think positive. 

So ni short post. Sebab aku nak pergi makan. So, Adios

Friday, January 11, 2013

Semi-Hiatus


Assalamualaikum. Salam jumaat :D
Kenapa aku jarang update? Terdapat beberapa faktor yang mendorong aku berbuat demikian. Antaranya termasuklah sekarang dah masuk musim sekolah dan aku adalah seorang pelajar sekolah menengah yang sangat busy dengan homework dan task2 yang diamanahkan oleh guru. Selain itu, aku merupakan pelajar form 5 yang bakal menghadapi SPM dalam beberapa bulan sahaja lagi. Kurang bolehlah nak online selalu. Seterusnya,  internet atau komputer aku selalu buat hal. Di samping itu juga aku menghidapi suatu penyakit bahaya yang tidak asing lagi bagi masyarakat kita iaitu penyakit M atau nama saintifiknya malas. Kekuatan mood sahaja yang menggalakkan aku online. Terdapat beberapa alasan lain lagi yang dapat dihuraikan namun setakat ini sahajalah ya. 

Hiatus? Tidak. Semi-Hiatus saja. Kenapa? sebab aku tak boleh jauh dengan blog aku yang pelik ni. Bagus lah tu, blog pelik, tuan pelik, semua pelik. Tapi harus diingatkan bahawa kadang-kadang yang pelik itulah unik. Okay aku dah start mengarut. So, bila kata hiatus, peratusan aku nak online amatlah rendah. 

Bahasa ttak boleh belah. Kempen memartabat bahasa melayu. Harap memahami. Ok sebelum aku melalut lebih lanjut, adios!

Tumblr_m9xcofesrp1rngeozo1_500_large

Oh ya, mintak maaflah kalau sepanjang aku berblogging ni aku ada buat salah silap. Rajin rajinlah menegur. Terima kasih kerana menyokong blog ni.  :) Semoga kita semua menjadi umat yang soleh dan berjaya di akhirat kelak. Amin. Itu sahaja. Wassalamualaikum :D  
 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger