Friday, January 11, 2013

Semi-Hiatus


Assalamualaikum. Salam jumaat :D
Kenapa aku jarang update? Terdapat beberapa faktor yang mendorong aku berbuat demikian. Antaranya termasuklah sekarang dah masuk musim sekolah dan aku adalah seorang pelajar sekolah menengah yang sangat busy dengan homework dan task2 yang diamanahkan oleh guru. Selain itu, aku merupakan pelajar form 5 yang bakal menghadapi SPM dalam beberapa bulan sahaja lagi. Kurang bolehlah nak online selalu. Seterusnya,  internet atau komputer aku selalu buat hal. Di samping itu juga aku menghidapi suatu penyakit bahaya yang tidak asing lagi bagi masyarakat kita iaitu penyakit M atau nama saintifiknya malas. Kekuatan mood sahaja yang menggalakkan aku online. Terdapat beberapa alasan lain lagi yang dapat dihuraikan namun setakat ini sahajalah ya. 

Hiatus? Tidak. Semi-Hiatus saja. Kenapa? sebab aku tak boleh jauh dengan blog aku yang pelik ni. Bagus lah tu, blog pelik, tuan pelik, semua pelik. Tapi harus diingatkan bahawa kadang-kadang yang pelik itulah unik. Okay aku dah start mengarut. So, bila kata hiatus, peratusan aku nak online amatlah rendah. 

Bahasa ttak boleh belah. Kempen memartabat bahasa melayu. Harap memahami. Ok sebelum aku melalut lebih lanjut, adios!

Tumblr_m9xcofesrp1rngeozo1_500_large

Oh ya, mintak maaflah kalau sepanjang aku berblogging ni aku ada buat salah silap. Rajin rajinlah menegur. Terima kasih kerana menyokong blog ni.  :) Semoga kita semua menjadi umat yang soleh dan berjaya di akhirat kelak. Amin. Itu sahaja. Wassalamualaikum :D  

3 comments:

Hello kind soul, please mind your words. Gomawo ;

 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger