Sunday, October 21, 2012

Hari Puteri :D


Assalamualaikum :D

Tumblr_lo99q5dlzq1qindnxo1_400_large
Semalam telah berlangsungnya Hari Puteri di Sk Jawi bagi negeri Pulau Pinang. Pelbagai acara telah dipertandingkan. Aku juga tidak melepaskan peluang menyertainya demi sijil peringkat negeri. Muahaha. Seperti yang pernah aku nyatakan dalam post lepas, aku masuk pertandingan menggubah coklat dan gula-gula. Setiap kumpulan diwakili 2 orang. Sekolah aku hantar 2 kumpulan yakni 4 orang. Satu kumpulan menggubah coklat dan gula-gula dan satu lagi kumpulan buat fabrik kolaj bertemakan alam sekitar.

so, aku ngan partner aku dalam group no 22 yakni kumpulan terakhir. kitorang actually plan dah practice. tapi practice benda asas je. menyedari bahawa gubahan kitorang teramatlah simple, last-last minit aku pegi beli coklat dan barang-barang tambahan. Dan Alhamdulillah nothing goes wrong. walaupun tempat kitorang dipenuhi lalat-lalat hinggakan aku digelar penternak lalat -.- , gubahan masjid kitorang menjadi, err bolehlah.

Masa nak tunggu penyampaian hadiah punyalah lama. Kitorang berharap sangat at least dapat saguhati. Dan akhirnya kitorang jadi johan. Memang terkejut sangat lah sebab banyak yang sekolah lain yg buat cantik2. Happy tu mestilah. hoho.

Group fabrik kolaj kitorang pula dapat no 4. Tapi kolaj diorang serious cantik. Memang cantik! Kalau aku tak sure lagi mampu buat. overall memang cool lah dapat buat kolaj. Cantik pulak. Konsep kolaj permandangan malam di tasik kot. ok aku lupa. huhuhu.

Apapun tu satu pengalaman buat aku yang tak pernah masuk peringkat negeri. first time ni. haha gelaklah  gelaklah -.- asalkan aku enjoy sudah. 

konklusinya, syabas team ppim smkti :D kami cool. hahahh
bye, wasalam :)

Friday, October 19, 2012

Sindrom Anak Kedua


Assalamualaikum :D

60337_441925832520747_561698945_n_large

Semalam >> waktu biologi >> sikit manusia dalam kelas >> cikgu tanya murid-muridnya "anak ke berapa?" >> ramai bongsu >> aku dan beberapa kawan, anak kedua >>  cikgu kata anak kedua special >> sebab? >> ada Sindrom anak kedua >> lol.

Nama aku Nur Qistina, berumur 16 tahun dan merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik yang cool. Perasaan inkuiri yang menebal dalam diri telah mendorong aku bukak internet dan search pasal 'The Second Child Syndrome'. Kajian ni sudah dilakukan di seluruh dunia sehingga wujud nama sindrom anak kedua ni. 

Berlaku kerana kehamilan tak dirancang 
 - Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi

" Sindrom anak kedua ini terjadi kerana berlakunya kehamilan yang tidak diduga atau tidak dirancang. Secara idealnya, kehamilan yang dirancang, dikehendaki dan dihajati menjadikan seseorang ibu itu berada pada tahap yang sangat baik," Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pusat

 "Ini dapat dilihat kepada situasi di mana ketika isteri disahkan mengandung cahaya mata sulung yang begitu dinanti-nanti selepas perkahwinan. Kebanyakan pasangan suami isteri akan lebih teruja dan tidak sabar-sabar menunggu kehadiran orang baru. Bagi isteri, inilah masa dirinya begitu disayangi oleh suami dan ibu mentua. Sehinggalah tiba detiknya, kelahiran anak pertama disambut dengan persediaan yang selengkapnya, penuh meriah dan begitu diagung-agungkan.

 "Wanita mengandung memerlukan persediaan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari sudut emosi dan spiritual. Ini kerana mereka akan berhadapan dengan proses kehamilan yang lebih panjang dan juga proses kelahiran. Dengan membekalkan diri dengan persediaan sebaiknya dapat membantu para ibu menghadapi situasi lebih tenang dan bersedia.

 "Masalah hanya akan timbul apabila pasangan yang tidak mengehendaki anak dalam tempoh tertentu terutamanya selepas kelahiran anak pertama disahkan mengandung terpaksa menerimanya dalam keadaan yang tidak bersedia. Sayangnya pula, sebelum itu mereka tidak pula melakukan perancangan yang sebaiknya bagi mengelakkan diri daripada mengandung. Akibatnya, ibu ini akan melalui tempoh mengandung dengan penuh tekanan. Tekanan pula boleh berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah beban kerja yang ditanggung dan kos kehidupan yang membebankan hingga menyebabkan ibu berasa risau dan tidak tenang. Ada juga suami yang tidak begitu bersedia untuk menyambut anak kedua. Malah kajian mendapati kadar penceraian, keganasan rumah tangga dan kecurangan lebih tinggi ketika isteri sedang mengandung atau melahirkan anak. Ini menimbulkan kebimbangan kepada isteri yang juga menjadi faktor menyumbang kepada perasaan tertekan si isteri.

Anak Kedua Lebih Fleksibel 
- Dr HM Tuah Iskandar -Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions.

"Terdapat tiga kategori anak iaitu anak sulung, tengah dan bongsu. Anak kedua jatuh dalam kategori anak tengah. Melalui kajian psikologi yang dijalankan mendapati mereka yang berada dalam kumpulan ini merupakan seorang yang fl eksibel, pandai membawa diri dan lebih berdikari. Bukan itu sahaja mereka juga mempunyai kepercayaan diri yang tinggi dan keyakinan diri terutamanya ketika membuat keputusan.

Namun di sebaliknya anak kedua ini seorang yang cepat terasa. Dapat dilihat, kebanyakan ibu bapa akan membeli pakaian yang serba baru kepada anak sulung sementara anak kedua akan memakai pakaian yang telah digunakan oleh abang atau kakaknya. Perlakuan ini secara tidak langsung akan membuatkan anak kedua ini berasa tersisih dan terabai. Sikap sedar diri' ini membuatkan mereka mudah mengalah. Berbeza anak pertama, mereka adalah individu yang berwawasan, bertanggungjawab tetapi ego. Sikap ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi anak kedua menjadikan anak kedua ini lebih degil namun ia masih lagi boleh dikawal. Percaya atau tidak, persekitaran ini menyebabkan anak dari kelompok tengah ini gemar membuli adik yang lebih muda daripadanya.

Berdikari dan degil Sambungnya di sebaliknya itu, kekuatan anak kelompok tengah ini ialah mereka boleh berada dalam pelbagai situasi kerana suasana telah mendidiknya untuk menyesuaikan diri. Malah melalui kajian yang diadakan menunjukkan ramai anak kedua ini lebih berjaya kerana sikap mereka yang fleksibel. Sikap berdikari dan kedegilan yang ada dalam diri mereka semenjak kecil dibawa sehingga memasuki alam pekerjaan menjadi faktor kepada kejayaan mereka menunjukkan sikap yang sering dipandang negatif oleh masyarakat ini juga membawa kesan positif.

Perlu anda semua tahu bahawa tak semua anak kedua seperti yang dinyatakan diatas. Sebahagian sahaja yang kena dengan diri seseorang anak kedua itu. Bukan semua anak kedua kelahirannya tak dirancang. Apa pun, anak kedua tetap special bukan sebab kehamilan tak dirancang atau disebabkan 'sindrom anak kedua' ni tetapi special sebab dirinya sendiri :D

Itu sahaja nak dikongsi. Sekian, terima kasih singgah membaca. bye, sayonara dan wasalam.

Credit : Pida Sanglang

BACK, people


Assalamualaikum :D
Tumblr_mc05nqa5sv1r7razko1_400_large

Salam Jumaat. Lama sungguh tak update blog ni. Asal bukak mesti pasal sperma ikan paus ya tak? Okay, first of all aku nak minta maaf lah lama tak hapdet, tak respon. haha kejap 'aku' kejap 'saya' -.- tak mengapalah asalkan bahasa yang aku guna ni difahami rakyat Malaysia. 

Kemana aku menghilang? Aku baru saja habis Final Exam. Sekarang masih dalam dilema menunggu result. 
Setakat ni aku dah dapat modern math dan add math. Markah kurang memuaskan tambah-tambah lagi add math. Semua salah diri sendiri tak study hard. Biar malu sikit Nur Qistina ni. 

Esok aku ada pertandingan menggubah coklat + gulagula. Ntah apa lah jadi esok. Semoga semuanya berjalan lancarrrr. Aku masuk nak sijil. Menang kalah lain cerita. 

The main point for this post is : 

Minta Maaf kalau apa saja yang aku buat menyakitkan, mengguris, melukakan, menghiris hati anda sekalian. Kemaafan daripada anda sekalian amatlah berharga buat Nur Qistina di sini.

Itu je nak cakap. bye sayonara wassalam :D





















 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger