Assalamualaikum :D
Semalam telah berlangsungnya Hari Puteri di Sk Jawi bagi negeri Pulau Pinang. Pelbagai acara telah dipertandingkan. Aku juga tidak melepaskan peluang menyertainya demi sijil peringkat negeri. Muahaha. Seperti yang pernah aku nyatakan dalam post lepas, aku masuk pertandingan menggubah coklat dan gula-gula. Setiap kumpulan diwakili 2 orang. Sekolah aku hantar 2 kumpulan yakni 4 orang. Satu kumpulan menggubah coklat dan gula-gula dan satu lagi kumpulan buat fabrik kolaj bertemakan alam sekitar.
so, aku ngan partner aku dalam group no 22 yakni kumpulan terakhir. kitorang actually plan dah practice. tapi practice benda asas je. menyedari bahawa gubahan kitorang teramatlah simple, last-last minit aku pegi beli coklat dan barang-barang tambahan. Dan Alhamdulillah nothing goes wrong. walaupun tempat kitorang dipenuhi lalat-lalat hinggakan aku digelar penternak lalat -.- , gubahan masjid kitorang menjadi, err bolehlah.
Masa nak tunggu penyampaian hadiah punyalah lama. Kitorang berharap sangat at least dapat saguhati. Dan akhirnya kitorang jadi johan. Memang terkejut sangat lah sebab banyak yang sekolah lain yg buat cantik2. Happy tu mestilah. hoho.
Group fabrik kolaj kitorang pula dapat no 4. Tapi kolaj diorang serious cantik. Memang cantik! Kalau aku tak sure lagi mampu buat. overall memang cool lah dapat buat kolaj. Cantik pulak. Konsep kolaj permandangan malam di tasik kot. ok aku lupa. huhuhu.
Apapun tu satu pengalaman buat aku yang tak pernah masuk peringkat negeri. first time ni. haha gelaklah gelaklah -.- asalkan aku enjoy sudah.
konklusinya, syabas team ppim smkti :D kami cool. hahahh
bye, wasalam :)
pemandangan tasik di waktu malam le budak =..= btw, congratulation ^^
ReplyDeleteoh begitu. Oraik Oraik :D
ReplyDelete