Saturday, October 27, 2012

Budaya Couple - Pencemaran Maruah


Assalamualaikum :D

Tumblr_lpmx58n4z21qcu99ko1_500_large

Sebelum tu, Salam Aidiladha. Walaupun raya tu semalam, hari ni ibadat korban masih dijalankan dan korang boleh lagi bertakbir. Okay, hari ni nak bercakap sikit pasal budaya yang semakin bermaharajalela di hati remaja zaman sekarang. Budaya membaca? Jauh sekali. Budaya ke masjid? Kurang amat. Nak dipendekkan cerita, korang pun dah baca tajuk. Budaya Couple. Kalau korang perhaikan, kat mana2 je dorang boleh declare couple. Even kat facebook, twitter, blog.. kan? 

Apa nak dikaitkan budaya couple dengan hal suci-suci ni? Meh aku cerita sikit pandangan orang sekitar mereka yg berkapel ni. Bukan nak cakap korang couple je, korang akan buat benda yang tak senonoh. Korang kan baik baik belaka. Korang ada akal untuk pertahankan maruah dan kesucian korang. Tapi orang sekeliling nampak lain. 

Bila korang berkapel, korang terasa disayangi, dihargai, disukai, dicintai, bangga pun ada dan terasa diri ni available+ hot. Ini pulak pandangan mereka yang melihat atau mengetahui status korang:

1. Gedik - 
2. Jahil bab Agama 
3. Kurang bijak 
4. Mak bapak tak ajar -ni kes mak bapak tak peduli anak. Akibat korang, bapak dipanggil dayus.
5. Sosial
6. Maksiat - Kemungkaran

Korang tak buat apa tapi dosa sentiasa datang. kenapa? kerana korang mendekati zina. kerana korang menjatuhkan maruah diri dan keluarga. kerana korang menyebabkan orang lain bercakap buruk pasal korang dan keluarga serta kawan-kawan. 

Pernah korang terfikir pasal pandangan orang sekeliling terhadap korang? Tak. Korang cuma tau nak enjoy. Korang cuma pikir pasal hati dan nafsu korang. tak pernah fikir pasal maruah korang yang tiap-tiap hari tercemar. 

Kalau bercakap pasal mereka yang berkapel, diri korang tak pernah dianggap suci oleh orang lain. Walaupun korang tak pernah bersentuh, korang tetap dianggap kurang suci. Mengapa? kerana korang pernah dimiliki secara tidak sah oleh seseorang. Sama-sama dah approve, tu yang terjadinya kapel. Kalau dibandingkan dengan mereka yg tak berkapel, mereka lebih lebih  suci lagi murni kerana berjaya tahan nafsu,  dan maruah terpelihara. 

So, konklusinya, although korang hot dan sentiasa dikejar lelaki atau perempuan, banyakkan istigfar dan tahan nafsu tu. Allah saja test korang nak tengok apa korang buat. sama ada korang accept atau ignore pelawaan kapel tu. kalau ignore, syabas! kalau accept, korang gagal. 

Beringatlah seseorang perempuan itu haram menyatakan cintanya kepada orang lain selain suaminya.

Minta maaf jikalau kata-kata aku ni tajam sangat sehingga mengguris atau melukakan hati korang. Anggaplah ni sebagai penambahan ilmu korang tentang pandangan orang mengenai budaya couple. Kecik je benda ni tapi besar sangat keburukkannya. Aku ni bukanlah baik sangat. Ni adalah salah satu cara mengelak kemungkaran. itu je. 

*kepada mereka yg bercouple saja

Terima kasih. Wassalamualaikum. 

9 comments:

  1. Mohon share di blog boleh? Saya akan creditkan kpd blog awak :)

    ReplyDelete
  2. @ Izzati : thanks :)

    @FannieMouse : boleh je :D

    ReplyDelete
  3. salam. sorry ganggu, ryn cuma nak tahu macam mana nak ubah lagu dalam blogskin nie? http://moonkeyinlove.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. boleh ikut tutor ni http://karyuum.blogspot.com/2012/04/tutorial-flash-audio-player.html

    ReplyDelete
  5. Salam. Entri yang sangat berfaedah. Minta izin share di blog. Saya akan kredit :) Terima kasih. ;D

    ReplyDelete
  6. mohon share ya? saya akan kredit :)

    ReplyDelete

Hello kind soul, please mind your words. Gomawo ;

 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger