Saturday, May 27, 2023

Covid19 reinfection

Good evening,
Sementara menunggu azan solat asar, tangan aku cepat saja menaip url blog ni. Entah kenapa tergerak hati nak tengok semula. Setelah ditelek dibelek, takda apa pun. Yang ada cuma nota-nota cringe yang aku pun tak sangup nak habiskan. Macam mana lah org baca semua posting aku ni? Terlalu cringe. Ugh. Takpa, aku bukan kesini nak delete semua tu. Yang lepas tu biarlah tetaplah disitu sebagai kenangan. 

Merujuk kepada tajuk diatas, aku sekarang dah hari ke5 kuarantin covid19 buat kali kedua. Siapa sangka serangan kali kedua sehebat dan sekuat serangan pertama. Tanda dan waktu serangan pun sama. Mula perlahan dari tengah malam, keesokkan harinya boom! Merekot lah kau dlm selimut menggigil dengan baju dibasahi peluh sejuk. Gila? Memang gila. Demam yang paling sakit pernah aku rasa setakat ni. 

Alhamdulillah diberi ruang rehat dari bekerja. Terlalu lemah badan aku 2 hari pertama demam tu mula. Nak pergi toilet macam berlari 1 km jauh. Kepala macam kena tekan dengan benda yang keras. Pening aku masih tak hilang sampai harini. Rasa mual tiap kali nampak makanan, milo panas saja yang dapat masuk ke tekak waktu tu. Ingatkan dah turun la berat badan, hek eleh.. 1 kg ja turun. Okay la tu, daripada takda langsung. Bukan buat apa pun, terbongkang ja 24jam.

Sekian update hidup.

1 comment:

Hello kind soul, please mind your words :)

 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger