
Assalamualaikum. Baru-baru ni aku tegur sorang insan ni kat instagram. Dia ni hmm apa org pnggil tu.. viner yang bole dikatakan famous gak la. Rupa pun ada en so rmai la follower dia. Bnyak la video vine yang dia buat. Aku entah mcm mna asalnya tngok feeds terjumpa satu video dia ni. Aku faham mesej sebenar yang dia nak sampaikan, jgn menilai seseorang daripada luaran. Video dia pasal perempuan tak bertudung yang disangka buruk perangai dan last-last perempuan tu actually hati baik tolong orang. Aku faham. Tapi pada aku, video dia jugak bawak fahaman lain yang orang boleh salah anggap. Seolah-olah menggalakkan perempuan yang tak bertudung. Aku siap terbaca komen-komen mereka yang freehair, antaranya..
terima kasih sebab memahami, tak payah pakai tudung untuk buat baik
Aku biasanya tak busybody. Tapi kali ni, sebab mood swing sekali aku DM dia. Haih tak pernah-pernah aku private message stranger lagi-lagi laki. Masa tu aku betul-betul nekad nak tegur dia. Orang tengah emo, nak ja aku dgn ayat sarkastik kat komen. Tapi takyah la. Malu pulak dia nanti. So aku DM. Yang bagusnya dia balas. Aku target dia ignore ja aku ni.
Dia kata motif sebenar video dont judge book by its cover blablabla.. kenapa orang selalu nak cari kesalahan berbanding kebaikan dulu blabla..
Aku bukan mencari kesalahan orang dulu. Aku faham mesej video tu. Mesej tu bagus lagi-lagi dalam kalangan masyarakat kita ni. Yes. Dalam masa yang sama aku rasa video tu ada kekurangan sikit. Jadi selain dipuji tak boleh ka nak suarakan pendapat sikit? Aku tau dia jawab dengan aku sarkastik tapi salah aku jugak la sbb mulakan dulu. *btw, aku memang selalu sarkastik dengan lelaki. Tak tahu la kenapa. Tak selesa dgn depa kot. Pastu rasa bersalah.
Kadang, aku tak faham. Mungkin aku dah teracun dengan mindset, lelaki yang tak jaga kaum perempuan ni, dayus. Selagi boleh tegur & nasihat diorang, buat ja lah. Bukan lagi promote diorang. Tak pasal, lagi ramai yang tengok aurat dia. Sekarang dengan trend hipster lagi, pandang ringan ja semua benda.
Aku tak layak pun nak cakap-cakap pasal agama. Aku sendiri banyak gila dosa. Tapi satu benda aku belajar, menghukum tu kerja Allah dan manusia mampu tolong sesama sendiri ja. Cakap la bajet alim ka apa. Atleast aku cuba.
***
peh post aku ni bajet bagus gila
gitu..sebab tu SB malas nak korek2 benda gini kat media sosial. Dah tersentuh perasaan tu, kan lagi parah.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteBetul lah tuu apa awak cakap. That words "Tak payah pakai tudung untuk buat baik" tu salah ayat dia tu. Maybe dia nak cuba cakap tak kisah personaliti dia cemana pun, still boleh buat kebaikan tapi ayat yang dia pakai tu salah. Nak cerita pasal buat kebaikan, bukan takat tak pakai tudung je, tak payah pakai baju pun still boleh buat kebaikan tapi bila berckap pasal menutup aurat ni, itu PERINTAH ALLAH. And dalam dunia ni semua tahu perempuan islam wajib menutup aurat. By saying, "tak payah pakai tudung" tu like saying tak payah ikut salah satu perintah Allah pun takpe.. Maybe dia tak maksudkan macam tu but words tuu.. Sometimes kita sndri tak sedar kita tercakap sesuatu yang bertentangan dngan ajaran Allah sebab kita manusia.
Betul, Allah sahaja yg boleh menghukum & kita sebagai saudara Islam mmg dah tugas kita kena saling menegur. Nak masuk syurga pun, ajak ramai-ramai masuk. So tak salah menegur soal agama even kita banyak buat dosa. Manusia mana tak buat dosa betul tak ? Tegur je, orang tu nak terima atau tak, itu masalah dia. Yg penting kita da jalankan tanggungjawab kita ;). BTW, love your blog dear & in love dengan your blog song ni... Do visit my blog kalau free .. qeylameyra.blogspot.com