Sunday, June 15, 2014

6 more weeks to go..


Новости - image #1826953 by Maria_D on Favim.com

Assalamualaikum. Lols. Aku online kat Palam ni. Eccey.. Ok. Homesick actually aku ni. sebenarnya nak lari rumah. eh? Lari kolej.. Waaa.. like serious homesick ni. Ok kepada bakal asasi sains uitm palam, sila buat revision sebelum masuk sini. Serious talk. Fast and furious betul lecturer kat sini. Dah la semua budak yang masuk sini genius kaw punya. Petik jari ja dah paham semua. Untuk budak slow macam aku ni .. erkk .. Nak nangis aku tinggal sini. Nak balik! However,.. i need to survive 6 more weeks. Oh man T^T  Seminggu pun dah macam sebulan. Ya Allah  T__________T  Even dua hari cuti rasa macam baru semalam hari jumaat. Esok dah ada kelas pulok ni. Ya Rabbi, cepatlah raya.. Aku nak balik hahahaha. 

Minggu orientasi? Dah berlalu lama dah. cehh. Mula2 tu rasa tak best. Tapi bila dah habis mds baru lah rasa-takdak sapa nk guide dah ni- gitu~ Oh mama papa i wanna go home. Come and take me home~~~

Lepas ni nak kena panjat tangga maut tu pulak. opss. tangga kejayaan~ Penat weh. Sungguh! Ingatkan lama tinggal sini terbiasalah dengan tangga tu. Damn. Hari makin hari semakin tinggi tangga tu. Nak kata kurus.. Tak nmpak perubahan pun. makin penat makin sukalah makan ye tak? Oh sebelum tu, hai hamidah? 

Ok cukuplah aku melalut. Nak memanjat tangga batu caves. Sayonara. tsk tsk,.. tinggi tau tangga tu T________T

*baru lepas buat kad matrik. 

Wednesday, May 28, 2014

Farewell Penang. Farewell L Seung Gi lol



Assalamualaikum. Salam bahagia. Ehem. Dan akhirnya ku pergi jua. Sejujurnya sedih nk pergi dah ni. Maklumlah tak pernah hidup sendiri jauh dari family. 

Barang-barang aku 80% dah packed. Kira-kira 8 beg jugak. Gila kan. Bagasi aku kecik je. Malas beli baru. Bagasi tu pun sampai sana punggah then bagi parents bawak balik. Lagi satu beg baju. Lagi satu set baju gantung. MDS nnt pack. Bila pulak nak iron baju kan. Lagi bantal cadar serta selimut. Lagi baldi yg penuh dengan barang toilet. Dan tak lupa jugak stok perut bersama pinggan mug botol etc. Sampai sana orang tengok sure malu beb. Well what do ya expect from somebody who never ever  live by herself? Bukan tak boleh beli kat sana nanti. Cuma.. kalau boleh nak evrything complete. Kat sana tak payah terkial2 nk beli barang.

Until aku terbaca satu post kat fb mengatakan nak ke kolej kediaman nanti naik bas. -_______- Kereta not allowed. What the.. pffft sabar je la. Apa yang aku harapkan bila dah duduk kat palam nanti adalah ..


Tangga kejayaan tu menyumbang kepada kejayaan penurunan berat badan. Memandangkan tangga tu yg aku akan lalu almost everyday. Positif ni. Lol padahal panjat tangga sekolah pun tercungap-cungap mcm apa dah. 


Haih tak dapat la nak tengok You Are Surrounded. Baru hari ni eps 1 kat astro one. *Muka dalam bantal. Nak harapkan internet kat sana? Bersiputlah nanti bila ada geng yang main dota lulz

Friday, May 16, 2014

What day is today la deyyy


Assalamualaikum. Muahahahaaaa  >________<  Hari ni hari jumaat yea. Hari ni jugak aku ada test jpj untuk moto. Say whattt?? Ahaha jgn gelok la. Entah berapa lama aku pegang lesen L untuk motor. Almost 1 tahun kot. Kenapa tak buat habis terus? Hmmm i guess sebab hobi aku suka menangguh kut. Alhamdulillah.. *iamthechampionmypren..* Finally aku PASS! Sengihh panjang. Serious talk, kereta lagi senang dari motor. Kat bahagian titi tu ikut nasib ja. Cis, malu pulak cerita kat org. Kereta dah lama lepas. Motor? sebulan kemudian... Hahahaha. Ok tu sebab aku tangguh k. 

<3

Eh? Apa yang aku lupa? Oh hari ni Hari guru le. Macam orang lain jugak, dikesempatan ini aku nak ucap Selamat Hari Guru kepada Sumua Cikgu dan inshaaAllah bakal guru *ehehe* xD  Especeli kepada guru-guru yang telah mendidik Nur Qistina ni. Terima kasih kerana keep calm and teaching me, my dearest

1. Parents
2. Cikgu2 Tadika & Fardu Ain - Madrasah At-tazibiyah Ad-Diniyah Al-Islamiah Kg Kastam
3. Cikgu2 SK Bagan Jermal
4. Cikgu2 SK Khir Johari
5. Ustazah Kafa SK khir Johari
6. Cikgu2 SK (P) Sultan Ibrahim, JB
7. Cikgu2 SMK (P) Sultan Ibrahim JB
8. Cikgu2 SMK Taman Inderawasih
9. Cikgu2 Tuisyen PERTAMA, KALIBER, HARAPAN, JIREH, SMARTREADER hahah
10. Tak lupa juga kepada Ustaz dan Ustazah Kelas Mengaji
11. Kawan-kawan yang pemurah ilmu
12. Dan lain-lain yang pernah menyumbat ilmu dalam kepala saya

Well, setahu aku tiap-tiap tahun cikgu2 sekolah akan nyanyi lagu guru kan? Lagu tu tiap-tiap tahun aku dengar bosan haha. Aku.. Aku.. Aku teringin nak tengok cikgu2 menyanyi sambil menari mcm video bawah ni .. Baru la semangat keguruan tu menyala lagi membara kan XD Perghhh just imagine.. serious best wahaha

 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger