Tuesday, June 26, 2012

Dayus.


Assalamualaikum dan hellloo :) Siapakah yang dikatakan dayus? Dayus ialah gelaran bagi mereka yang berjantina lelaki yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarga perempuan. Contohnya membiarkan mereka membuka aurat, bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim, mendekati zina seperti berdating, berzina dan banyak lagi. Benda ni tak boleh dipandang ringan sebab hukuman bagi lelaki yang dayus ni berat!

Sabda Rasulullah:

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : ” Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak” lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : “IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) – ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
  
So, korang yang perempuan terutamanya, sayang mak bapak tak? eh eh, senang sangat kan benda ni. kalau nampak sesapa yang tak tutup aurat, bergaul terlampau bebas tu maknanya dia tak sayang mak bapak dia. Dan mak bapak dia pun tak sayang dia sebab tak tegur si anak tu. kan kann??

so, marilah kita bersama-sama tingkatkan iman dan berdoa untuk kita dan mereka supaya mendapat hidayah dan dipelihara oleh Allah swt :D

Thats all, chill :) Wassalamualaikum :)


Minta maaf jikalau terkasar bahasa :) sekadar renungan..

Mana lagi Haram? hehh..



Assalamualaikum, take note.

Siapa Yang Paling Kejam?


Tiga orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam.

Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar.

Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya,

“Akulah orang yang paling kejam”,

Tidak berpuas hati, lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati.

Dan dia berkata

“Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku”.

Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum. Dia menjawab

“Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku”

Perempuan itu adalah Palestin.

Lelaki pertama ialah Israel.

Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat.

Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan lihat.

Tahniah kepada Umat Islam!!

Sama-samalah kita muhasabah diri..
sejauh mana usaha kita untuk menolong saudara-saudara Islam kita.. renung sejenak sebanyak mana doa yg kita telah hadiahkan.. Umat Islam itu lemah kerana mereka JAUH daripada agama mereka sendiri..

Subhanallah..Subhanallah..Subhanallah..

 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger