Tuesday, August 11, 2015

KE IPT KA AKU


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 11.AUG.2015, SELASA- Budak-budak lepasan asasi dan matrikulasi digempaqkan dengan berita mendebaqkan dari pihak upu apabila pihak berkenaan mengeluarkan keputusan permohonan yang dinanti-nanti bermula pukoi 12PM hari ini. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya dalam permohonan dan takziah kepada yang tak berjaya. Ok melawak ja. Tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat walaupun kos atau institusi tu membuatkan mata bertakung ayaq, hidung berhingus-hingusan. Semoga Allah tinggikan kesabaran mereka yang tak berjaya tersenarai diantara yang mendapat tempat di ipt. Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita.

Hmm macam mana aku nk start cerita hmm. *oksigen dimasukkan ke dalam rongga saluran pernafasan dengan rakus* Haaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhh. Alright. Ehem. Maka ini adalah satu lagi cerita sedih menyayat hati yang dibaca anda dari blog ke blog. Speechless. Kaku. Terkejut. Hmm kecewa. Sedih. Nak gelak. Tenang (paling tak expect). Sebab website upu macam biasa tak boleh pakai (aku rasa ni strategi nak masuk duit sebab budak2 terpaksa sms), aku pun sms lah ke 15888. Jen jen jeng,.. setengah jam aku tunggu. Sementara tu check dulu usm. Rasa yakin dpt bioperubatan menebal sikit uhuk. Tiba-tiba ...  "maaf anda tidak tersenarai dlm calon layak ke vlavlavla.." terkejut punya pasal terkentut hati ni. Maaf tak senonoh.

Betapa Allah nak tunjuk, yang overconfident boleh ke laut. Mungkin aku pandang rendah dengan kos ni, tu yang dia rejek aku terus. Pengaruh punya pasal sampai kos pilihan terakhir aku pun rejek aku. Allahu. Memang nak tergelak cemas semua ada. Jangan upu pun buat hal macam usm sudah. Mau gugur bulu kening kalau terbaca perkataan "maaf". Dan kemudian sampailah mesej keramat tu kat henpon aku. Alhamdulillah dapat tawaran kat uitm kos em14. Andd i was like. Ehem em14? Berdebaq jugak time check nama kos. Memang sah la bukan medic tapi aku keep calm. Ingatkan opto rupanyaa.. fisio. Time tu aku tunduk tak tau nak react macam mana. Nak nangis? Gelak? Marah? Entah konpius pulak. Lepas beberapa minit surprisingly, aku keep calm. Like seriously aku sendiri terkejut dengan diri sendiri. Aku macam relaks semacam. Heart beat normal semacam. Aku macam semacam.

Mood tak swing. Aku redha? Allahu. Sungguhlah tiap kali lepas solat aku doa jugak supaya aku terima ikhlas dan redha dengan apa jua yang Allah bagi harini. Awesome sangat rasa dia. Hebat.
Hati aku keep saying "takpa, takpa, yang ni yang terbaik. Ni yang terbaik. Allah bagi yang terbaik kat hang. takpa, takpa," macam automatik ayat ni berulang supaya aku tak sedih. Aku suka perasaan ni.

Tuesday, July 28, 2015

Salam Syawal

Assalamualaikum. Erghmmm. Rasanya,,.. masih sempat lagi aku nak ucap Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Hahaha. Maka debaran sebenar kian terasa. Debaran result upu muahahaha *kasi naik tanduk sikit*. Sedar tak sedar, ghupanya aku dah berbulan2 kat rumah tanam anggur yang tak berbuah. Fuhh lama? Aku rasa macam baru bulan lepas aku ambik last paper kat Puncak Alam. Lepas ni nak melangkah alam degree pulak, inshaa Allah. Takut. Nerves. Malas. Blur. Rasa bodoh pun ada jugak, sebab dah lama sangat ni tak study.

Teruskan bidang apa? Nahhh. Aku pasrah. Aku serahkan pada Allah. Apa jua Dia bagi, aku terima inshaa Allah. Dan semoga orang sekeliling aku pun terima, inshaa Allah. Tak guna kalau aku dapat kos hebat kalau aku tak mampu nk bawak jadi,, aku serahkan pada yang Maha  Mengetahui. Rezeki Allah tu luas. Haha sebenarnya aku masih lagi takut dan nerves. Kalau hampa baik hati kan,, doakan aku. Mana tau Allah perkenan doa salah sorang dari hampa. Sebab doa ni satu benda yang hebat. 

Saturday, July 4, 2015

Satu Sembilan

Heart spring!

Assalamualaikum. 17 Ramadhan 1436H. 

1 Julai 2015. Umur aku 19. 19. Tahun depan genaplah 2 dekad aku hidup. Berakhirnya usia "belasan tahun". Entah kenapa part of me nak ulang semula semuanya. Ya semua sekali. Dan another part pula kata redha dan teruskan sajalah. Me against the world. And the world will win. Thats the reality. Sigh. Setiap kali umur meningkat, aku akan throwback. Pejam mata. And snap out of it. Ada memori. Ada memori yang akan buat aku gelak. Ada memori yang akan buat aku rindu. Ada memori yang akan buat aku happy. Ada memori yang akan buat aku rasa bodoh. Ada memori yang akan buat aku menangis. Menyesal. Bersalah. Malu.. Mungkin aku tak patut throwback. Tapi itu yang berlaku setiap 1 julai. Well, mostly. 

Usia mematangkan seseorang. Buat masa ni mungkin aku rasa lebih matang berbanding tahun-tahun yang lalu. Dunia ni satu penyakit. Hidup umpama misai sepah yang aku sendiri tak faham kenapa. Tapi itupun kalau hang lahir dalam keadaan islam tapi hang sendiri tak faham islam. Solat tiap hari hang buat macam ritual kosong yang tak ada apa makna. Puasa suatu adat yang hang buat sekadar cap ayam sahaja bukannya dengan penuh taqwa. Raya Aidilfitri satu perayaan tradisi yang penuh pembaziran dan materialistik. Aduhh. 

Aku cemburu. Aku cemburu dengan mereka yang sentiasa menitis air mata tatkala beribadat. Solat yang dibuat sepenuh hati. Puasa yang bermati-matian tidak disiakan. Aidilfitri yang penuh rendah diri dan kemesraan. Ibadah sebagai nyawa dan nadi hidup. 

Sempena hari lahir aku, aku taknak apa-apa. Kecuali doa. Tiada apa yang lebih istimewa dari doa sebagai hadiah. Doakan aku untuk jadi seorang muslim yang baik. Itu ja yang aku mintak.

Terima kasih dan minta maaf atas apa jua dosa aku kepada anda. Yang tengah baca ni.

 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger