Wednesday, March 12, 2014

MH370


Pray for #MH370

Assalamualaikum. Alhamdulillah, masih hidup lagi saya dan anda dan mereka di sekeliling saya dan anda. Akhirnya .. Aku post jugak pasal ni. Satu dunia dah tahu. Dah boring kita dengar berita. MH370. Dah hari ke-5 dah pesawat ni hilang. Hilang. Perkataan tu cukup misteri. What happen. Unknown. Kuasa Allah mengatasi segalanya. So lets pray. Even mereka tu bukan sesiapa bagi kita. Even cuma sikit saja orang Malaysia dalam plane tu. Even sebahagian besar penumpang kapal terbang tu bukan seagama dengan kita. Tak salah nak berdoa untuk mereka. Kemanusiaan. Itu yang penting. 

Just bayangkan saja kita yang berada dalam plane tu. Entah apa jadi. Satu dunia wonder. Just bayangkan pula saudara kita yang ada dalam plane tu. Lagi-lagi orang yang dekat dan sangatlah kita sayang. Tak luruh hati jantung limpa dengar mereka hilang no khabar berita? Lesap tak tahu apa jadi. Be a human. We understand the feelings. Tak ada benda boleh kita buat. Doa saja lah. Alang-alang lepas solat fardhu, solat lah lagi 2 rakaat. Alang-alang doakan diri dan keluarga kita, doakanlah mereka yang tak senasib dengan kita. Kita tolong orang. Someday ada yang akan tolong kita. 

this really broke my heart to pieces . keep praying for 239 people who lost in MH370 :'((
Allahuakbar :'(

Peringatan buat diri dan semua. #prayforMH370

Thursday, March 6, 2014

Takut.


scary | via Tumblr

Assalamualaikum.  ...  Astagfirullahal'azim. Subhanallah. Dah berapa haribulan ni? Cepat sungguh masa berlalu. Time mula-mula cuti dulu kemain dengan word 'lambat lagi'. Sekarang, lambat lagi? Tak ok. Tak. Walaupun ada err.. berbelas-belas hari lagi. No. No. Aku dah takut. Bila ada orang bukak mulut pasal ni, aku macam ..

Untitled
ohno ohno
..
..
..

Btw, this is cute, aww  >>

:)


Saturday, March 1, 2014

JPJ test


KIDS DON'T DO IT AT HOME

Assalamualaikum! Ehehe. Ok ok entry ni mungkin berbaur kepoyoan yang agak ekstrem. Oleh itu mereka yang tak dapat menghadapinya diminta tutup mata bagi mengelak anda membacanya. Kalau ada adik kat sebelah tengah baca kuat-kuat, give-me-five dia at the face kuat-kuat. Cepat! Dah tutup mata? Baiklah saya akan teruskan entry ni. Tanpa anda dapat membacanya.

Jadi aku dah lepas JPJ test. What the late. Gap berapa bulan dari hari mendaftar. Nak buat lagu mana dah ramai orang. Aku pi test pun mak hai ramai kot manusia. Aku? Calon third-last tau. Lama yang teramat aku tunggu dari pagi sampailah ke petang. Tapi semua tu berhikmah. Dah habis bahagian dua, ujian jalan raya pulak. Aku tunggu lama but atleast aku lulus. Dengki jugak dekat budak yang nombor dia betul-betul lepas aku. Aku 45 dan dia 46 and guess what? Nama dia dipanggil dulu. Dan kira-kira 20 orang selepas dia baru nombor aku dipanggil. Great.

Budak batch last-last ni lelaki semua. Oh. Kecuali aku. Blablabla.. sampailah turn aku. Untuk jalan raya aku tak nervous sangat. Aku cuma susah sikit bahagian bukit. Alhamdulillah aku lulus pun bukit. Parking dengan 3 penjuru aku buat dengan penuh pro. Gila laju aku buat sampai calon sebelum aku pun aku potong habis. (gelak gaya action kamen)

Berbalik kepada ujian bahagian tiga, jalan raya, sampai turn aku, pakcik JPJ tu dah marah-marah suruh cepat masuk. "Kamu beruntung jadi calon last saya" Haha indeed. Ya terima kasih incik JPJ yang awesomely cool. Nak cepat punya pasal, dia suruh aku ambik shortcut. Dan disebabkan aku terkonpius sebab jalan lain, gear aku pun berterabur. Dan pastinya markah untuk gear aku hancur habis. Dalam rasa takut tak lulus sebab gear dan mungkin ada yang lain-lain aku tersalah, ahaks daku lulus jua. Apa yang aku tau, dia nak cepat. Total masa ujian bahagian 3 aku daripada kira-kira 15 minit bertukar menjadi kira-kira 5 minit. Ini pastinya mengundang jealous calon lain namun mereka semua tu dah balik pun. 

Apa-apa pun, Alhamdulillah aku tak perlu ambik ujian jpj semula macam mereka2 yang kebanyakkan hadir hari tu. Ya, sebilangan besar adalah mereka yang second time dan third time dan so on. Alhamdulillah aku tak perlu jumpa lagi dah cikgu aku yang super garang tu. Tapi credits to him alsolah sebab mengajar aku yang super lembab ni. Hehe. Alhamdulillah aku dapat pegawai JPJ yang baik. Dan Alhamdulillah aku lepas pun test tu. Haha macam not a big deal but for me yes. When melibatkan duit ehehh

 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger