Thursday, March 6, 2014

Takut.


scary | via Tumblr

Assalamualaikum.  ...  Astagfirullahal'azim. Subhanallah. Dah berapa haribulan ni? Cepat sungguh masa berlalu. Time mula-mula cuti dulu kemain dengan word 'lambat lagi'. Sekarang, lambat lagi? Tak ok. Tak. Walaupun ada err.. berbelas-belas hari lagi. No. No. Aku dah takut. Bila ada orang bukak mulut pasal ni, aku macam ..

Untitled
ohno ohno
..
..
..

Btw, this is cute, aww  >>

:)


Saturday, March 1, 2014

JPJ test


KIDS DON'T DO IT AT HOME

Assalamualaikum! Ehehe. Ok ok entry ni mungkin berbaur kepoyoan yang agak ekstrem. Oleh itu mereka yang tak dapat menghadapinya diminta tutup mata bagi mengelak anda membacanya. Kalau ada adik kat sebelah tengah baca kuat-kuat, give-me-five dia at the face kuat-kuat. Cepat! Dah tutup mata? Baiklah saya akan teruskan entry ni. Tanpa anda dapat membacanya.

Jadi aku dah lepas JPJ test. What the late. Gap berapa bulan dari hari mendaftar. Nak buat lagu mana dah ramai orang. Aku pi test pun mak hai ramai kot manusia. Aku? Calon third-last tau. Lama yang teramat aku tunggu dari pagi sampailah ke petang. Tapi semua tu berhikmah. Dah habis bahagian dua, ujian jalan raya pulak. Aku tunggu lama but atleast aku lulus. Dengki jugak dekat budak yang nombor dia betul-betul lepas aku. Aku 45 dan dia 46 and guess what? Nama dia dipanggil dulu. Dan kira-kira 20 orang selepas dia baru nombor aku dipanggil. Great.

Budak batch last-last ni lelaki semua. Oh. Kecuali aku. Blablabla.. sampailah turn aku. Untuk jalan raya aku tak nervous sangat. Aku cuma susah sikit bahagian bukit. Alhamdulillah aku lulus pun bukit. Parking dengan 3 penjuru aku buat dengan penuh pro. Gila laju aku buat sampai calon sebelum aku pun aku potong habis. (gelak gaya action kamen)

Berbalik kepada ujian bahagian tiga, jalan raya, sampai turn aku, pakcik JPJ tu dah marah-marah suruh cepat masuk. "Kamu beruntung jadi calon last saya" Haha indeed. Ya terima kasih incik JPJ yang awesomely cool. Nak cepat punya pasal, dia suruh aku ambik shortcut. Dan disebabkan aku terkonpius sebab jalan lain, gear aku pun berterabur. Dan pastinya markah untuk gear aku hancur habis. Dalam rasa takut tak lulus sebab gear dan mungkin ada yang lain-lain aku tersalah, ahaks daku lulus jua. Apa yang aku tau, dia nak cepat. Total masa ujian bahagian 3 aku daripada kira-kira 15 minit bertukar menjadi kira-kira 5 minit. Ini pastinya mengundang jealous calon lain namun mereka semua tu dah balik pun. 

Apa-apa pun, Alhamdulillah aku tak perlu ambik ujian jpj semula macam mereka2 yang kebanyakkan hadir hari tu. Ya, sebilangan besar adalah mereka yang second time dan third time dan so on. Alhamdulillah aku tak perlu jumpa lagi dah cikgu aku yang super garang tu. Tapi credits to him alsolah sebab mengajar aku yang super lembab ni. Hehe. Alhamdulillah aku dapat pegawai JPJ yang baik. Dan Alhamdulillah aku lepas pun test tu. Haha macam not a big deal but for me yes. When melibatkan duit ehehh

Tuesday, February 25, 2014

Lelaki dan accesories wanita~


Untitled | via Tumblr

Assalamualaikum. Jawab-waalaikummussalam. Ok aku memang tak rasa nak menaip apa-apa lately. Out of the biru, hari ni rasa macam nak menaip sesuatu. So here i am typing. ok straight to the point. Ada apa dengan lelaki dan accesories wanita? Macam ni. Aku sangat-sangat-sangat-sangat lah sangat tak berkenan tengok lelaki pakai rantai takpun subang atau gelang or even cincin! Gelang kaki? Hmm, belum pernah jumpa pulak lelaki yang pakai gelang kaki ... Atau adakah? Kepada kebanyakkan orang maybe lelaki camtu dilihat cool or hot or warm or steamed. Malang sekali bagi insan seperti aku, meluat adalah perkataan yang paling molek ditampal di dahi mereka.

Apahal aku ni tak suka sangat? Maybe sebab aku sendiri yang perempuan ni tak suka pakai, untuk rasa logik mereka yang berjantina lelaki suka pakai adalah agak terlalu susah. Aku tak nafikan lelaki pun suka berfesyen jugak. so why not? Ok aku sangat strict dengan 'lelaki tak boleh pakai perhiasan wanita'. Sampaikan cincin kahwin pun aku macam err hmm haishh. Bagi aku mereka ni tak nampak macam real man atau spekulasi gelojoh aku, gay? ok tak adalah sampai gay kan. Its just fashion. Cincin kahwin-tunang pulak bagi tujuan hey-saya-ni-tunang-suami-orang-jgn-kacau-saya atau tanda-hubungan-kasihsayang. Orang dulu tak ada masalah pun tak pakai cincin. Tapi org sekarang kan entah apa-apa perangainya.

Berkaitan cincin, kalau pakcik-pakcik kan suka pakai cincin yang besar tu kan, aku pun taktau nak panggil apa. Tapi aku betul-betul tak suka tengok. Funny la. Aku tak benci dengan pemakainya ok. Cuma mata ni tak berapa suka melihatnya. Bukan benci cuma tak suka ..

Tujuan aku post mende ni bukanlah nak suruh kaum lelaki be a man, cuma nak bagitau ada spesis macam aku ni haa. Maybe anda akan macam like-i-care-who-cares-whatever. Ok fine. Aku pun tak kisah.

Okok thats all. Adios! Assalamualaikum~

 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger