Wednesday, December 25, 2013

Sweetnya Dia

Alhamdulillah
Assalamualaikum. Dalam menyoroti kehidupan yang penuh pancaroba ni, aku lupa yang dia sentiasa di sisi aku. Aku kenal dia sejak lahir malahan sebelum lahir kot. Aku makin kenal dia sejak aku kecil lagi. Semua orang asyik bercerita pasal dia. Dekat tadika, madrasah, sekolah rendahlah aku lebih mendalami kisah dia. Tapi semakin dewasa aku, semakin lupa aku kat dia. Sampaikan aku lupa banyak hal yang aku tahu masa kecil dulu. Aku betul-betul lupa. Pada masa tu, aku still kenal dia. Bukannya lupa habis. Cuma buat-buat tak kenal. Malas nak tahu pasal dia. Tapi.. aku sedar yang dia sentiasa tolong aku. Cuma aku yang tak pandai nak menghargai pertolongan dia. Dan kadang-kadang aku salahkan dia atas perkara buruk yang terjadi.
Selalu sangat aku persoalkan keadilan dia. Selalu sangat aku merungut. Selalu sangat.

"Kenapa aku macam ni? Kenapa aku macam ni? Aku tak mintak jadi macam ni". 

Tapi. Dia sayang aku. Even aku ni selalu jahat kat dia. Pelan-pelan dia bawa aku ke jalan yang benar. Dan amazingly aku dapat rasa proses tu. Slowwwly. Lepas tu aku tanya. Kenapa tak cepat-cepat? Kenapa tak on the spot? Kenapa slow sangat? Sebenarnya, dia nak aku lihat betapa indahnya proses ni. Aku ni besar. Tinggi aku 170cm. Aku dulu berpegang pada prinsip buat sekadar yang boleh. Sampailah dia bagitau kawan aku untuk tegur aurat aku terdedah dengan tudung bawal bdg 45'. Tudung tu memang tak sesuai dengan aku. Macam mana aku labuhkan pun tetap tak akan labuh >.< Jadi aku nekad nak cari tudung labuh. Melalui internet, aku start shopping tudung yang labuh sikit. Mula-mula tak sanggup nak pakai bdg 60'. Terasa amatlah besar tudung tu. Try dulu bdg 50'. Taklah labuh mana tapi boleh dilabuhkan sebab kainnya tak jarang. Lama-lama terasa nak try bdg 60' pulak. Dan sejak tu sampailah sekarang aku jadi lover of tudung bdg 60'. Tudung tu kalau aku yang pakai taklah nampak labuh sangat. Kawan ak kata, just nice. Inshaa Allah.

Solat aku tak terjaga. Dalam sehari mungkin 2-3 saja yang aku sempurnakan. Tapi, dia suka tolong aku. Dia suka ingatkan aku tentang pentingnya solat. Aku masih dalam perjuangan. Jihad menentang nafsu dan bisikkan syaitan. Tapi aku tahu dia akan sentiasa di sisi aku. Banyak lagi yang perlu aku hadapi. Dan dia sangatlah penting buat aku. Dialah Allahu Rabbi. Layanlah video bawah ni. Moga terkesan di hati :P


Salah dan silap harap dimaafi. Assalamualaikum.

Monday, December 16, 2013

ADIOS Form 5

I hate finals, spending all your time studying and what they put on there you never learned

Assalamualaikum. Form 5? bila? tahun depan? SPM dah lepas pun. Kalau diberi peluang memang nak aku start balik. Menyesal? sedikit. Lega? boleh tahan. Sedar-sedar dari tidur aku rupa-rupanya seorang penganggur bebas lepasan SPM. Sekarang terasa macam boleh terbang dah. Time exam dulu terasa berat sangat badan ni sampai terpaksa mengesot ke peti ais. Tapi pengalaman SPM yang memang tak boleh lupa adalah bila nak ambil first paper yang kebiasaannya BM lah. Perghh nervous dia lain macam. Kecut perut dia lain macam power. Memang terasa gila nak ambil exam besar. Tapi bila hari-hari lepas tu, dah tak berapa nervous dah masuk dewan. 


Lihat lihat. Yes. Paper yang paling ditunggu-tunggu. Memang mencabar iman betul nak tunggu last paper ni. Betapa aku rasa masa time tu berlalu terlalu pantas dan terlalu lambatnya. 

       

Ni lah kerja aku setelah berkali-kali menyemak jawapan dan sementara tunggu kertas dikutip oleh pengawas. Kertas yang mana aku cepat siap, kertas tu lah yang banyak contengan. Yang paling banyak sejarah paper 1. Setiap soalan aku tulis sebab-sebab kenapa aku pilih jawapan tu. Hmm sejak PMR aku buat kerja ni. Ni boleh dijadikan tips untuk hilangkan keraguan dalam menjawab ni. Haha yalah sangat.


       

Ok apollo-apollo tu lah peneman aku time buat revision. Haha punyalah aku jaga tak bagi adik-adik aku sentuh satu pun. While study nak landing otak jap. Maka, landing lah seotak diatas burger syamsyam :) Don't worry syam, burger masih sihat walafiat walaupun telah dihenyak otak yang tensyen beberapa kali. Masih sihat. Masih tersenyum beliau. 

 

Last add math class >..< di kelas tumpangan yang kureng disenangi. hehhhehh. Bercakap pasal add math, hmmm add math ada soalan bocor kan. Kawan aku ada cerita yang pusat tuisyen kawan dia suruh kawan dia datang pusat tuisyen pukul 4 pagi. Ok apakah maksudnya itu?? Why 4 pagi? Sooooo suspiciouss... Ok nevermind. Biarkan mereka. biarkan~

 

Hari last aku sempat pulok meninggalkan kenangan kat garaj motor. Boleh pulak jatuh motor gara-gara tongkat tak letak elok yang berpunca pula daripada kepeningan yang melanda akibat sumbat macam-macam dalam otak semalam tu. Allah saja yang tahu betapa bersyukurnya aku bila takda seorang pun kat situ pagi tu. Yang sedar aku jatuh cuma pak gat dengan sorang abang india ni yang nampak berminat nak tolong aku lepas aku ditindan oleh sang motor. Tragedi tragedi =.=

So here is the end of the the story. Byebye smkti. Byebye 5ST. Byebye everyone. Thanks for everything :')  

Tuesday, December 10, 2013

Spongebob, Mirmo and minions ><

Best friends ♡

Assalamualaikum. Ahai. Klik iklan saya? Alhamdulillah. Terima kasih. Baru-baru ni ada kenduri kat kawasan madrasah. India yang buat kenduri tu. Tapi dia amibil melayu masak. Kat situ terasa terharu sikit. India tu banyak kawan Melayu. Dasar setia kawan, dia sanggup pulak buat kenduri kedua untuk kawan-kawan melayu dia. Tiba-tiba kan, teringat kawan kawan lama. Kawan-kawan Madrasah dengan skbj.

Ala. My very own spongebob. My very first best friend. My very first 'kembar angkat'. My very first 'sepupu angkat'. My very first friend, i think. How i met her? alkisah aku dengan abang dihantar ke rumah pengasuh tak jauh dari rumah. Aku panggei dia 'mak' dan suaminya 'abah'. Thus, mereka ini 'parents angkat' aku. Sayang sangat-sangat kat depa. Haah. Tak dilupa abang wan, kakngah, kakcik dan abang shidi yang tanpa aku sedari time tu, aku ada keluarga angkat sendiri. Ala duduk dekat atas rumah keluarga angkat aku. Macam mana dan bila entah, Ala ni jadi kawan baik aku. Almost setiap hari ada saja aktiviti aku, abang dengan dia. Oh man Oh man. Miss those moment a lot >_< Dia sangat sangatlah surportive, lembut hati, bijak, matangg.. Dimana kan ku cari ganti?!

Mirmo? Mirmo is my lovely Hana :D Best friend yang paling best for serious. Budak ni sangat fun orangnya. banyak cakap. Senyum kompom nampak gigi. Time tu kami peminat tegar Mirmo Zibang. Dan dia suka panggil aku donat. haha >< miss you miss you. Tidak dilupakan juga dayah, nabila, shazlin, hani dan ramai lagi.

"knowledge cannot replace friendship. I'd rather be an idiot than lose you." -Patrick Star

Oklah. klik satu iklan lagi? Terima kasih :D Bye Adioss.


 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger