Monday, December 16, 2013

ADIOS Form 5

I hate finals, spending all your time studying and what they put on there you never learned

Assalamualaikum. Form 5? bila? tahun depan? SPM dah lepas pun. Kalau diberi peluang memang nak aku start balik. Menyesal? sedikit. Lega? boleh tahan. Sedar-sedar dari tidur aku rupa-rupanya seorang penganggur bebas lepasan SPM. Sekarang terasa macam boleh terbang dah. Time exam dulu terasa berat sangat badan ni sampai terpaksa mengesot ke peti ais. Tapi pengalaman SPM yang memang tak boleh lupa adalah bila nak ambil first paper yang kebiasaannya BM lah. Perghh nervous dia lain macam. Kecut perut dia lain macam power. Memang terasa gila nak ambil exam besar. Tapi bila hari-hari lepas tu, dah tak berapa nervous dah masuk dewan. 


Lihat lihat. Yes. Paper yang paling ditunggu-tunggu. Memang mencabar iman betul nak tunggu last paper ni. Betapa aku rasa masa time tu berlalu terlalu pantas dan terlalu lambatnya. 

       

Ni lah kerja aku setelah berkali-kali menyemak jawapan dan sementara tunggu kertas dikutip oleh pengawas. Kertas yang mana aku cepat siap, kertas tu lah yang banyak contengan. Yang paling banyak sejarah paper 1. Setiap soalan aku tulis sebab-sebab kenapa aku pilih jawapan tu. Hmm sejak PMR aku buat kerja ni. Ni boleh dijadikan tips untuk hilangkan keraguan dalam menjawab ni. Haha yalah sangat.


       

Ok apollo-apollo tu lah peneman aku time buat revision. Haha punyalah aku jaga tak bagi adik-adik aku sentuh satu pun. While study nak landing otak jap. Maka, landing lah seotak diatas burger syamsyam :) Don't worry syam, burger masih sihat walafiat walaupun telah dihenyak otak yang tensyen beberapa kali. Masih sihat. Masih tersenyum beliau. 

 

Last add math class >..< di kelas tumpangan yang kureng disenangi. hehhhehh. Bercakap pasal add math, hmmm add math ada soalan bocor kan. Kawan aku ada cerita yang pusat tuisyen kawan dia suruh kawan dia datang pusat tuisyen pukul 4 pagi. Ok apakah maksudnya itu?? Why 4 pagi? Sooooo suspiciouss... Ok nevermind. Biarkan mereka. biarkan~

 

Hari last aku sempat pulok meninggalkan kenangan kat garaj motor. Boleh pulak jatuh motor gara-gara tongkat tak letak elok yang berpunca pula daripada kepeningan yang melanda akibat sumbat macam-macam dalam otak semalam tu. Allah saja yang tahu betapa bersyukurnya aku bila takda seorang pun kat situ pagi tu. Yang sedar aku jatuh cuma pak gat dengan sorang abang india ni yang nampak berminat nak tolong aku lepas aku ditindan oleh sang motor. Tragedi tragedi =.=

So here is the end of the the story. Byebye smkti. Byebye 5ST. Byebye everyone. Thanks for everything :')  

Tuesday, December 10, 2013

Spongebob, Mirmo and minions ><

Best friends ♡

Assalamualaikum. Ahai. Klik iklan saya? Alhamdulillah. Terima kasih. Baru-baru ni ada kenduri kat kawasan madrasah. India yang buat kenduri tu. Tapi dia amibil melayu masak. Kat situ terasa terharu sikit. India tu banyak kawan Melayu. Dasar setia kawan, dia sanggup pulak buat kenduri kedua untuk kawan-kawan melayu dia. Tiba-tiba kan, teringat kawan kawan lama. Kawan-kawan Madrasah dengan skbj.

Ala. My very own spongebob. My very first best friend. My very first 'kembar angkat'. My very first 'sepupu angkat'. My very first friend, i think. How i met her? alkisah aku dengan abang dihantar ke rumah pengasuh tak jauh dari rumah. Aku panggei dia 'mak' dan suaminya 'abah'. Thus, mereka ini 'parents angkat' aku. Sayang sangat-sangat kat depa. Haah. Tak dilupa abang wan, kakngah, kakcik dan abang shidi yang tanpa aku sedari time tu, aku ada keluarga angkat sendiri. Ala duduk dekat atas rumah keluarga angkat aku. Macam mana dan bila entah, Ala ni jadi kawan baik aku. Almost setiap hari ada saja aktiviti aku, abang dengan dia. Oh man Oh man. Miss those moment a lot >_< Dia sangat sangatlah surportive, lembut hati, bijak, matangg.. Dimana kan ku cari ganti?!

Mirmo? Mirmo is my lovely Hana :D Best friend yang paling best for serious. Budak ni sangat fun orangnya. banyak cakap. Senyum kompom nampak gigi. Time tu kami peminat tegar Mirmo Zibang. Dan dia suka panggil aku donat. haha >< miss you miss you. Tidak dilupakan juga dayah, nabila, shazlin, hani dan ramai lagi.

"knowledge cannot replace friendship. I'd rather be an idiot than lose you." -Patrick Star

Oklah. klik satu iklan lagi? Terima kasih :D Bye Adioss.


Tuesday, December 3, 2013

Jari Jemari kembali menaip

winter wonderland | via Tumblr

Assalamualaikum. Ohoi :D Almost satu tahun aku tak online. Akhirnya kita berjumpa sekali lagi di bulan Disember. Bagi budak-budak baru habis SPM macam aku ni, semestinya 'rehat' kewajiban yang perlu dilaksanakan. Aku dah pun merdeka 27 November hari tu. Last paper Biology 3. Lega tak jugak la. Pejam celik pejam celik masuk bulan March baru nak kecut balik segala2nya. 

Habis SPM ni nak buat hapa? cari kerja? cari kerja? atau cari kerja? Hmm, aku plan nak belajar masak jo. Kerja? Malas la. Aku nak mengeratkan silaturrahim dengan rumahku syurgaku ini. For sure mesti ramai yang nak cari kerja. Cari Duit. Cari pengalaman. Cari aktiviti mengisi kekosongan cuti sampai bulan 3 nanti. Bagi aku, kerja? Terasa jugak. Nak kerja kat kedai buku tak pun butik tak pun kedai serbaneka. Tapi bila fikir balik, malas la. haha. Secondly, nak ambil lesen kereta. Selain tu tak terfikir lagi. 

Tak sampai seminggu aku lepas spm dah survey jalan seterusnya. Kalau result ok, aku ikut Matrikulasi atau Asasi. Kalau result tak ok... hmm .. lets just think positive. 

So ni short post. Sebab aku nak pergi makan. So, Adios
 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger