Wednesday, November 21, 2012

Tuisyen Oh tuisyen


Assalamualaikum.

Tumblr_m13wu8sv1v1qcbw1ao1_500_large_large

Yay hari ni tak dak tusyen! Tau tak betapa gembiranya aku hahahaha -.- okay, inilah aku. pelik lagi ajaib. Sepupu, kawan aku semua suka pergi tusyen tambah lagi cuti sekolah sekarang ni. Aku? .... nahh... Bagi aku cuti sekolah adalah masa untuk aku, katil, dan tv mengeratkan wasilah sesama kami. Yes, aku memang tak suka keluar rumah. Tapi kalau nak pegi melancong mana-mana aku orang yang paling bersemangat. ceit semangatlah sangat.  

Actually hari ni ada kelas moden math. Cuma aku tak ambil. Aku ambil subjek elektif sahaja iaitu fizik, chemistry, bio dan add math. 4 tu saja dah cukup mahal yurannya. Nak cari tempat lain susah pulak sebab tuisyen yang ni ada kemudahan transport dan aku dah biasa. Cuma aku tak de kawan je. Semua kawan dengan budak2 sekolah dorang je. Aku rasa cam aku sorang je yang takde geng dari sekolah yang sama. Ohh tak mengapalah. Ilmu yang penting. 

Semalam start kelas Fizik. Ckg fizik tak dapat datang so ada cikgu ganti. Okay, aku mengaku dia memang bagus jugak dan best lah dia ajar. Asyik tanya paham tak paham tak je. Dah tu sebut nama sorang-sorang plak tu. Dan aku rasa cam tu first time aku bercakap dalam kelas tuisyen tahun ni. Sebelum ni cikgu ajar aku just pasang telinga. Budak-budak lain tanya, aku tumpang sekaki. 

Yang aku tak suka pasal kelas tu semalam, cikgu suruh introduce diri sorang demi sorang. Alaa budak tak sampai 10 orang tak de hal. Yep kelas kitorang memang agak sunyi. Dah sebut nama sebut sekolah sekali. Bila sampai turn aku, ... "kat mana tu ek?" okay aku paham sekolah aku mmg tak dikenali. Yang aku tak tahan bila semua budak kelas tu dari sekolah yang hebat-hebat. Dari mrsm ada, sekolah sains ada, sekolah kluster.. aku sorang je dari sekolah yang kurang kluster. 

Then cikgu asyik ulang, "wahh semua dari sekolah yang hebat-hebat! Budak yang hebat-hebat ni. Mrsm ada, Sains ada, Kluster dan er.... (pandang aku)... macam-macam sekolah ada". Okay agak tersinggung disitu. Then aku asyik gelak kat diri sendiri. hahahhhh! Sengihhh je. 

Awal tahun ni ramai orang tanya kenapa tak masuk asrama? Kenapa stay? sebab kawan? sebab tak boleh berdikari? takut? hmmm,...aku tak tau kenapa. Sejak darjah 6 aku nak sangat masuk asrama tapi sampai sekarang .... =.= Mungkin ada hikmahnya. Allah saja yang tahu. Sekolah aku yang sekarang ni lah tempat aku mengecapi kejayaan pmr. So, apapun aku tetap berbangga dengan sekolah aku walaupun aku mmg tak suka sekolah ni. hahahh

Esok ada kelas Chemistry. Aku harap Kelas ni best sebab dalam banyak-banyak subjek yang aku belajar, aku paling tak minat chemistry =..= Aku susah nak faham. 

Bye. Sayonara. Adios. Wassalam. 

Monday, November 19, 2012

Updated skin


Assalamualaikum :D


Disebabkan banyak kekurangan pada skin talking note. aku ambil keputusan untuk re-edit. sorry kalau tak comel. Nama masih dikekalkan sebagai Talking Note. Tema masih dikekalkan iaitu tema biru. Sedikit perubahan telah dilakukan seperti header dan sebagainya. 

Sekiranya berminat, jangan lupa tukar semua churp churp (advertisement) di bahagian earning, Sila ubah comment form kpd pop-out window, Masukkan blog ID di bahagian follow dan jangan sentuh bahagian credit untuk template. Itu saja Terima Kasih :D


~

sila click 'blogger main' untuk download


Friday, November 16, 2012

anime : Another

Assalamualaikum.


Tumblr_m4y0f53wtj1ru9s5bo1_500_large
Misaki Mei

 
  

Aku suka anime ni :D haha. tak da idea nak post apa dah. Ni anime 2012. Antara favourite aku walaupun mulanya confusing :D 


 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger