Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Assalamualaikum salam sejahtera. Di kesempatan ini saya, Nur Qistina ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Saya menyusun sepuluh jari yang comel ini memohon maaf jika ada salah dan silap kepada semua, sama ada followers, readers atau sesiapa sahaja.  

Happy? Awas, jangan terlalu happy kerana ..





Merindui Ramadhan


Assalamualaikum. Aku nak tanya sikit. Pernahkah korang menangis kerana ditinggalkan pasangan? Pernahkah korang menangis kerana ditinggalkan Ramadhan? Jika ya, yang mana lebih menyedihkan? Jujur kepada diri sendiri. Kalau korang pernah menangis kerana ramadhan nak meninggalkan korang, rasanya tersangatlah sayu, sedih dengan penuh penyesalan kerana terasa ibadat tak cukup untuk mengisi kekosongan bulan mulia. Terasa sayang sangat meninggalkan bulan yang penuh rahmat ni. Begitu cepat masa berlalu. Begitu leka manusia dengan dunia. 
Duhai Ramadhan...
Kehadiranmu
Mengukir senyuman
Bersulam syahdu tawa
Mengiringi sayu hangatan air mata
Menghimpun panjat syukur buat yang Esa
Duhai Ramadan...
Kehadiranmu
bak Penantian sang kekasih pada arjunanya
Biarkan penantian ini umpama episod cinta
Episod cinta 10 malam terakhir
Menguntum nikmat Lailatul Qadar
Padanya turunnya Al-Quran
Ganjaran melebihi seribu bulan
Duhai Ramadan...
Biarlah kehadiranmu kali ini
Menjadi pertemuan istimewa antara kita berdua
Titian hari merobah paradigma iman jiwa
Melakar megah lembayung Taqwa
Peroleh rahmat beroleh bahagia
Ampunan dosa hitam nan kelam
Terlepas azab Jahannam menjulang
Duhai Ramadan...
Biarlah kehadiranmu kali ini
Melambai mesra syafaat bahagia
Melakar senyuman cinta ke syurga
menguntum kasih buat Allah yang Esa
Membawa lalu duka nan lara
Mengusir pergi tangis sengketa
Duhai Ramadan...
Andai pertemuan ini yang terakhir
Jadikanlah saat bersamamu disusuli
basahan zikrullah
beralun merdu lafaz al-kitab
beserta istiqomah tahajjud syukur
Jua tadahan doa pohon ampunan
Mengecap impian syurga idaman..
credit : iluvislam.com
Aku berharap agar dapat berjumpa lagi dengan mu (ramadhan). Insyaallah.

Ikhlas kita Allah saja yang tahu


Assalamualaikum. Hai. Hello. Moshimoshi. Bercakap pasal ikhlas ramai yang pandang sebelah mata saja. Aku? Aku tak faham apa itu ikhlas. Aku konfius. Setiap benda yang aku buat, aku tak yakin aku ikhlas atau tidak. Orang cakap ikhlas itu membenarkan dalam hati, merelakan hati, buat something kerana Allah. Yang aku tau ikhlas ni senang tapi susah.

----------------------------

Ikhlas ialah kedudukan paling tinggi selepas Iman. Ikhlas adalah rahsia Tuhan sehinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia juga adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Terdapat para sahabat yang apabila mendengar tentang ikhlas mereka akan menangis. Mereka berasa tidak selamat dan tidak mungkin dapat memperolehi ikhlas kerana begitu tingginya nilaian untuk mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Sesiapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas maka secara automatik keikhlasannya terbatal.

Contoh-contoh yang dikatakan mengaku ikhlas;

Membantu seseorang sambil berkata,

"Ambillah, saya ikhlas."

Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak,

"Saya tolong awak ini ikhlas tetapi sedih kerana awak menolak."

Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan,

"Yang Ikhlas."

Tiada sesiapa yang berhak mengaku ikhlas. Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.

Erti Ikhlas

Murni, bersih, jenisnya sahaja dan tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung kerana apabila sudah bercampur dengan benda lain ia sudah tidak tulen lagi.

Begitulah dalam beramal - solat, zakat, membaca al-Quran, mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar semuanya semata-mata kerana Allah; kerana suruhan-Nya, kerana keredhaan-Nya, kerana arahan-Nya, kerana mentaati-Nya dan kerana patuh pada-Nya.

Jadi, perkara di atas adalah kerana-Nya yang satu. Tujuannya hanya satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Mengabdikan diri kerana Allah dan tidak dicampur atau bercampur selain Allah. Itulah ikhlas, dorongannya hanya satu.

Sekiranya niat atau dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain selain Allah seperti riak, megah, glamor, pangkat, takut orang tidak suka, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka keikhlasannya telah ternoda.

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, forum, upacara memberi hadiah; lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar.



Bila kita ada niat yang baik untuk mengerjakan sesuatu. Aku percaya yang tu lah ikhlas. Bila kita menjaga hati dan berusaha untuk tidak menyakitkan hati orang. Orang akan cakap yang kita ni hipokrit. So memantul pulak. Kita pulak yang rasa sakit -.-

 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger