Thursday, August 9, 2012

People today forgot

Tumblr_m5siytlqqd1r68l0uo1_500_large

Assalamualaikum. Brothers and sisters, Let's wake up from our dream. A dream where we forgot about who we are and for what we're breathing right now.

Mengapa perlu bersangka baik?

319727_319143261502259_431863271_n_large


Tujuh sebab mengapa kita mesti bersangka baik;

Satu Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana mungkin kita mempunyai sijil-sijil kecemerlangan kokurikulum atau akademik, tetapi kita tidak memiliki 'sijil' yang mengatakan bahawa kita antara yang dijanjikan syurga seperti 10 sahabat Nabi.

Dua Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana manusia lain juga seperti kita yang mempunyai setiap detik peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin semalam dia seorang yang kedekut tetapi tidak mustahil dalam sekelip mata, hari ini dia menjadi seorang yang pemurah dan mungkin tiada yang menyangka bahawa hari esok dialah yang paling ikhlas dalam memberi.

Tiga Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana semua kita adalah bersaudara. Andai hati sahaja mudah berprasangka, bagaimana mahu menebar bahagia?

Empat Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana percayalah setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya. Usah mudah mengangkat jari telunjuk menghukum namun eratkan jemari membentuk persefahaman dan kesatuan hati.

Lima Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana diri sendiri bukan seorang yang maksum dan sepi daripada melakukan dosa.

Enam Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana hanya Allah yang mengetahui segala isi hati orang lain. Adakah kita fikir kita seperti Tuhan yang boleh membaca isi hati orang lain? Na'uzubillah.

Tujuh Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana kita hanya seorang hamba yang mesti taat kepada Penciptanya. Husnuszonlah sentiasa selama masih bernyawa!

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain..."
(Surah al-Hujurat, ayat 12)

"Kenapa dia tak bertudung? Oh, mungkin kerana dia dibesarkan dalam suasana keluarga yang tidak menitikberatkan agama. Maka aku yang tahulah harus mengajaknya."

"Kenapa dia pulang ke universiti bersama seorang lelaki? Oh, mungkin itu abangnya kerana aku juga tidak mengenali siapa keluarganya. Atau mungkin sesuatu telah berlaku dalam perjalanan sehingga dia terpaksa menumpang lelaki tersebut."

"Kenapa dia ku rasakan makin menjauh tanpa sebarang SMS atau call? Oh, mungkin dia sedang sibuk menguruskan sesuatu. Aku sebagai sahabat mestilah memahaminya."

"Kenapa dia tak membalas senyumanku waktu berselisih ke kelas tadi? Oh, mungkin dia tidak perasan atau ada sesuatu yang membelenggu fikirannya waktu itu. Tidak mengapa, lain kali bisa memberi senyuman lagi."

"Kenapa dia mengumpat sedangkan dialah yang suka memberi tazkirah? Oh, dia juga seperti aku manusia yang sering melakukan kesilapan dan kadang-kadang terlupa. Aku dan dia sebagai sahabatlah yang mesti saling menasihati dan mengingatkan."

Seorang mukmin itu bersangka baik terhadap orang lain. Dihapuskan segala wasangka buruk yang terbit di dalam hati dengan alasan yang mungkin menjadi sebab sesuatu kelakuan dilakukan.

Dan seorang mukmin itu juga mempunyai sifat berhati-hati. Jangan bersangka baik tidak bertempat hingga meninggalkan langkah untuk berjaga-jaga.

Tatkala terbangun pada pukul 3 pagi, terdengar bunyi dari rumah jiran. Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang bertopeng penuh di muka. Langsung tidak bertempat sangkaan baik mengandaikan bahawa tuan rumah yang bercuti di Pulau Langkawi baru sahaja pulang ke rumah sambil memakai topeng Spiderman sedang mengumpil pintu rumah sendiri.

Andai mulut tidak bisa berhenti daripada mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah dan yang mungkin mengundang dosa, maka diam itu lebih baik.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Wassalamualaikum.

credits : iluvislam.com


Sunday, August 5, 2012

Penghinaan? Adakah kebetulan atau disengajakan?


[KEBETULAN ATAU SENGAJA]
PENGHINAAN KEPADA NABI MUSA A.S !!
LIHAT GAMBAR INI..INI ADALAH SEWAKTU PEMBUKAAN SUKAN OLIMPIK LONDON 2012..!


DICERITAKAN BAHAWA NABI MUSA A.S DIHANYUTKAN OLEH IBUNYA DI SUNGAI NIL KERANA BIMBANG AKAN TENTERA FIRAUN YANG AKAN MEMBUNUH MANA-MANA BAYI LELAKI YANG DILAHIRKAN PADA WAKTU ITU.


LIHAT GAMBAR INI SEORANG BAYI SEDANG TIDUR DAN DIBAWA SECARA PERLAHAN-LAHAN..


MENGGAMBARKAN BAHAWA BAYI TERSEBUT ADALAH MUSA A.S YANG SEDANG DIHANYUTKAN DIATAS SUNGAI NIL KETIKA WAKTU MALAM..


SELEPAS ITU DALAM GAMBAR INI MUNCUL PULA PATUNG SEOLAH-OLAH AHLI SIHIR YANG MEMEGANG TONGKAT..
KITA PERNAH DENGAR CERITA-CERITA MENGENAI NABI DAN RASUL KITA TERMASUKLAH NABI MUSA A.S..


NABI MUSA A.S MEMPUNYAI TONGKAT YANG MEMPUNYAI KUASA DAN ITU ADALAH MUKJIZAT YANG DIBERIKAN ALLAH SWT KEPADANYA..


NABI MUSA A.S JUGA MENGGUNAKAN TONGKAT ITU UNTUK MEMBELAH LAUT SETELAH MENDAPAT PETUNJUK DARI ALLAH SWT BAGI MENYELAMATKAN KAUMNYA BANI ISRAIL UNTUK MELARIKAN DIRI DARI DIKEJAR FIRAUN LAKANATULLAH.
DAN DENGAN KUASA ALLAH SWT LAUT ITU TERBELAH DUA DAN KETIKA FIRAUN MELINTASINYA LAUT ITU KEMBALI SEPERTI SEDIA KALA DAN MENENGGELAMKAN FIRAUN DAN PENGIKUTNYA.


GAMBAR INI ADALAH SATU PENGHINAAN KEPADA ISLAM UMUMNYA..


MEREKA MENGGAMBARKAN NABI MUSA A.S SEBAGAI AHLI SIHIR TERSEBUT..


DIKATAKAN KETINGGIAN NABI MUSA ADALAH 40 HASTA.


1 HASTA = 45.72 CM
40 HASTA = 1828.8 CM
1828.8CM = 18.2 M


BUKANKAN KETINGGIAN AHLI SIHIR ITU LEBIH KURANG 18 METER????


WALLAHUALAM..SEMOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG MENGAGUMI ACARA PEMBUKAAN ITU KERANA PERCAYALAH BANYAK LAGI BUKTI-BUKTI UPACARA PENYEMBAHAN SYAITAN DAN PENGHINAAN KEPADA ISLAM BERLAKU PADA ACARA ITU.


CUMA KITA SEDAR ATAUPUN TIDAK SAHAJA.


INSYAALLAH LEPAS INI KAJIAN AKAN DIBUAT LAGI DAN AKAN DIBONGKARKAN.SEBARKAN KEPADA KAWAN-KAWAN YANG LAIN AGAR KITA TAHU BAHAWA MEREKA INGIN MEMANIPULASI DAN MENIPU KITA.


WALLAHUALAM.ALLAH MAHA BESAR.!




sekadar berkongsi. copy paste from here
 
Copyright © 2022 meetweirdo.blogspot.com | Template by Kemetot Chomel | Powered by Blogger