Itu baru tanggungjawab aku dalam universiti ni. Macam mana pulak dengan tanggungjawab aku sebagai manusia? Jeng jeng jeng (gulp)
Perhatikan firman Allah dalam surah Al-ahzab, ayat 72 :
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh. Sehingga Allah mengadzab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang musyrikin laki-laki dan perempuan; dan sehingga Allah menerima taubat orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan. Dan Allah Mahapengampun lagi Mahapenyayang.” (QS. Al-Ahzab: 72-73)
Sesungguhnya, tanggungjawab besar sebagai seorang manusia ada 2 ; khalifah dan abid.
Khalifah. Macam yang kita tahu sebagai khalifah, ada 2 tugas; Memakmurkan dan memelihara bumi.
Tugas manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi antara lain menyangkut tugas mewujudkan kemakmuran di muka bumi (Q.S Hud : 61 ), serta mewujudkan keselamatan dan kebahgiaan hidup di muka bumi (Q.S al-maidah : 16), dengan cara beriman dan beramal soleh (Q.S Al-ra’ad : 29), bekerjasama dalam menegakkan kebenaran dan bekerjasama dalam menegakkan kesabaran (Q.S Al-Ashr : 1-3).
Abid. Hamba Allah. Taat perintah Allah, jauhi laranganNya.
Senang kan? Tapi senang ka nak buat? Ini amanah Allah buat aku, hang dan depa yang lain. Aku takmau jadi munafik. Tapi sering kali aku lupa pada tanggungjawab ni. Semoga Allah ampunkan kita semua.
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba. Kau fikir kau siapa?
good read here. love ur blog.
ReplyDeleteala lupe, followed u here #7596.
ReplyDeletedo visit my new blog kayy