Assalamualaikum.
Sejak tahun ni dan mungkin tahun lepas, aku tak pernah upload gambar aku ke internet. Kalau blog, serius tak pernah. So, korang pernah terbayang tak cam mana rupa Nur Qistina ni? Maybe korang akan bayangkan yang aku ni kurus kecik molek plus comel dan macam-macam lagi seperti budak-budak perempuan sekarang ni. ceh. Ok aku sebut 'maybe' tadi. Okay people, itu semestinya bukan aku. Mungkin 'comel' tu ya. hahahh.
Benda yang paling jelas atau asas pada aku semestinya 'besar' atau 'tinggi'. Tapi antara dua tu orang lebih nampak ketinggian aku. Cuba teka tinggi aku berapa? Salah. salah. Dekat lagi. Ya, 170cm. Tinggi ideal bagi seorang lelaki. Malangnya aku seorang perempuan. Tinggi normal yang aku perhatikan bagi perempuan sekarang adalah 155 cam tu. Tinggi ideal plak 160 something. korang baru tengok perbezaan nombor bukan fizikal lagi. ( kajian dibuat di smkti, Malaysia oleh professor kurang bertauliah, Nur Qistina )
Kawan-kawan aku cakap tinggi aku normal tapi in Malaysia .. nahhh i don't think so. Tambah pulak aku ni spesis besar. adoii >< Aku ni tinggi bukan sebab makan kalsium atau sayur atau apa-apalah yang korang rasa membuatkan aku tinggi. Tinggi aku ni disebabkan genetik atau keturunan.Tapi sebenarnya tinggi aku mmg normal. Manusia mengalami revolusi. Tu yg comel-comel orang sekarang ni.
Kadang-kadang tu, aku terdengar org bercakap pasal perempuan tinggi. Kalau dapat kawin ni mesti sebab tuah atau ni satu keajaiban atau jodoh. Ohh sekarang baru nampak erti jodoh. Baru faham cinta itu buta dan sebagainya. Entah kenapa aku rasa sakit hati. Rasa marah, sedih, kecewa semua ada. Terasa macam dorang tu bercakap pasal aku padahal tak de nawaitu bercakap pasal aku. Jodoh tu rahsia Allah. Mungkin orang yang kecik molek lebih laku tapi who know right? Okey kenapa aku bercakap pasal jodoh pulak ni -.-
Benda-benda macam ni dan banyak lagi yang buat orang-orang cam aku ni lemah semangat. Kurang keyakinan, takut entah hapa-hapa adalah simptom lemah semangat. Benda ni lah yang menghantui hidup aku selama ni. Kalau diikutkan ramai dalam dunia ni macam aku. Malah ada yang jauh lebih worse dari aku. So, aku kagum sangat dengan dorang.
Bukan salah sesiapa pun benda ni berlaku. Ni lah yang dipanggil ujian. Ujian dari Allah. Perhaps nampak kecik je kes ni tapi memerlukan ketabahan dan kekuatan yang besar. Tinggi aku pun kekuatan rohani aku jugak. Jadi aku mesti berbangga diberi kelebihan dan keistimewaan seperti ini. cehh :D
Begitu jugak buat yang antonim dengan tinggi. Mereka yang rendah-rendah bukan kelemahan tapi satu ujian dan kelebihan. Malahan semua jenis ketinggian mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Apabila kita lemah dalam sesuatu perkara, kita memerlukan kekuatan hati untuk mengatasi kelemahan tersebut. Kelemahan merupakan suatu kekuatan dan kekuatan itulah suatu kelebihan. Just be proud for it ^__^
*Ini namanya luahan perasaan. Sila betulkan mana yang salah. Salah dan silap harap dimaafkan.Wassalamualaikum :D
macam mana nak letak pic moving?
ReplyDeleteajar kannn :D
eh jadi tinggi best ape .. dapat lihat semua bende di sekitar kau :D dan yg plg penting. kau sng nak nmpk aku kan ? kan ? kan ? XD haha..
ReplyDelete@Arin lloha: Copy paste je gmbar tu
ReplyDelete@syamsyam: -_______-'