Rumah no.1,.
Tingkat 2, blok D1,
Perumahan _____,
98700 Perai,
Pulau Pinang.
28
28 OKTOBER 2011.
kehadapan nyamuk-nyamuk yang dikasihi. semoga sentiasa berada dalam keadaan sakit dan uzur. Saya disini sakit sangat. Sakit sebab kalian asyik gigit saya. Walau apa pun saya sentiasa berharap kalian sentiasa bahagia setiap kali dilenyek atas kulit manusia. Al maklum lah warga nyamuk harus bangga dilenyek hidup-hidup oleh manusia setelah kenyang bedal darah manusia yang manis masam dan masin. Secukup rasa lah kata kan.
Tujuan saya menulis surat ni adalah untuk meminta jenayah terbesar nyamuk dihentikan serta merta. Menghisap darah manusia dan mewariskan penyakit comel bernama denggi telah memberi impak yang menyusahkan. Terus terang saya katakan saya, bekas pesakit denggi tidak suka penyakit comel ni. Mengapa? Hal ini kerana penyakit ini memaksa saya minum air isotonik at least dua botol sehari. air masak boleh juga saya telan. Masalahnya air isotonik merupakan air yang paliang saya benci. Sudah dua kali saya muntah air 100plus saja.
Selain itu, setiap hari saya terpaksa pergi klinik sorang-sorang untuk check darah. Hal ini jelas menyatakan bahawa saya terpaksa dicucuk diinject untuk ambil darah. ta suka tau! Lagipun, saya terpaksa ponteng sekolah :) dan menjejaskan ujian prestasi 1 tingkatan 3 semata-mata tidak mahu penyakit comel ni berjangkit padahal demam denggi yg saya alami tidak seperti demam langsung. Cuma perkataan denggi yang tidak membenarkan saya ke sekolah.
Penyakit anda anda juga telah mengakibatkan saya mengalami sindrom keboringan yang serius di rumah. Saya terpaksa menonton televisyen, baring 24 jam, online blogger and games dan main playstation 2. Ingat saya suka kah semua itu? mungkin la. Namun saya terpaksa menyiapkan homework bertimbun dan paling teruk 7 subjek ujian dalam satu hari! Math cikgu tak datang jadi terpaksa ah saya buat next day. Pening stress letih penat lelah tau tak!
Dalam kata lain, pergi lah honey moon tempat lain. rumah saya tidak sesuai. cakap saja mau pergi mana. Saya sanggup beli tiket flight pergi tak kembali ke mana mana sahaja nyamuk- nyamuk comel sekalian mahu kecuali rumah saya. Saya akan carik jugak rumah-rumah manusia pemurah yang boleh derma darah pada kalian yang desperate sangat nih.
Akhir kata, diharap para nyamuk pertimbangkanlah tawaran saya. Kerjasama anda sangatlah dihargai. Sebelum mengundur diri terimalah pantun kerat kerat dari saya yang baik hati ni. Sekian terima kasih.
dua tiga tampar kaki,
cepat mati, anda baik hati:)
dua tiga tampar kaki,
cepat mati, anda baik hati:)
yang benar jujur ikhlas,
No comments:
Post a Comment
Hello kind soul, please mind your words :)